PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Tuesday 19 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 16

Di hadapan mataku adalah skrin komputer CRT. Komputer model lama yang aku dapatkan dengan harga yang murah. Harga laptop mahal. Kalau aku ada duit aku nak beli jenama Compaq untuk aku berikan pada adik aku di kampung supaya mudah untuknya mengetahui dunia globalisasi atau kini lebih dikenali dunia maya, dunia tanpa sempadan.
Saat ini aku hanya memandang sepi pada skrin komputer aku dan jari-jemariku masih statik di atas papan kekunci atau dikenali di dalam Bahasa English sebagai keyboard. Kenapa aku kaku sahaja di situ? Ini adalah kerana fikiran aku menerawang jauh. Aku teringatkan hal petang tadi. Hal kawan tiga suku itu sekian hal ditambah pula dengan hal Encik Razak. Hari ini aku rasakan bahawa aku telah melakukan satu kesilapan yang paling besar dan ia bakal mengubah hidup aku.
Mimpi ngeri bagaikan terus berpeleseran di mindaku. Telah berkali-kali cuba ku usir namun ternyata payah hingga bernanah kepingan hati dan juga beku otakku memikirkan bagaimanakah caranya untuk aku betindak dengan lebih cemerlang dalam menangani isu sakitnya jiwaku mengenangkan dia. Dia adalah Nisa Zulaikha! Berseling-seli pula dengan wajah Nazmey, Emy, Fazly dan juga Encik Razak namun yang paling membuatkan hati aku panas seperti air mendidih dengan takat didihnya melebihi paras normal adalah Nisa Zulaikha itulah.
Kehadiran kau menyeksa jiwaku. Kewujudan kau di mata aku dulu begitu memukau sukmaku dan menggetarkan naluri kelakianku namun adakah kau akan terus menyakiti hatiku? Adakah kau ingin melihat aku mati? Cintakah ini? Betapa sakit hatiku itu telah menguntumkan kuntuman kasih yang tidak pernah aku tanam apatah lagi untuk aku membajanya. Tidak pula aku ingin mencuba kerana aku takut kau akan terus bertukar kepada raksasa yang paling berbahaya di dalam dunia ini. Aku bukanlah Ultraman yang dapat menyelamatkan kekacauan yang berlaku dalam dunia. Usah dikatakan di dalam dunia, cukuplah hanya di dalam rumah ini sendiri hati aku kian parah tidak dapat berganjak.
Argh! Aku bingung dan resah sendiri memikirkan segala-galanya yang seakan-akan kepalaku telah diketuk kuat dengan objek keras lalu aku terus hilang ingatan sambil darah tersembur keluar dan aku bertanya “Di manakah aku? Siapa aku? Di Hospital Tampoi ke aku berada sekarang? Kalau benar seronoknya aku kerana akhirnya aku dapat mebebaskan diriku dari cengkaman perempuan tak guna tu.” Bisik hatiku yang ketawa riang.
Namun semua itu belum menjadi realiti keran ia hanya imaginasi. Tanpa aku duga jari-jemari aku terus lancar menaip menyusun huruf demi huruf sehingga menjadi perkataan lalu ia terus disusun kemas menjadi sebaris ayat kemudian terkumpul menjadi perenggang dan akhirnya menjadi sebuah plot ceritaku.
Aku melihat jam di skrin komputer ku telah menunjukkan pukul sepuluh lima belas minit malam dan aku masih lagut menulis pula meluahkan rasa untuk menciptakan sebuah cerita dengan imaginasi sibuk berkerja membayangkan aku sedang membalas segala-gala perbuatan Nisa Zulaikha. Seronok sungguh aku dapat membulinya di dalam cerita itu.
“Hakim...” terdapat suara yang memanggil mencuit halwa pendengaranku yang masih lagi sempurna.
Aku terus bangun nak memulas tombol pintu bilikku yang berkunci. Biarpun waktu menulisku diganggu namun aku terpaksa juga menyahut.
“Ye Mey.” Balasku terjengul di muka pintu bilik setelah dikuak perlahan.
“Hari ni kau tak masak ke?” Barangkali Nazmey lapar dan aku memang tidak memasak hari ni kerana aku hanya makan roti sahaja. Kalau Nazmey ingin makan suruh aje adiknya masakkan. Kenapa harus aku lagi? Bukan ke sudah ada perempuan di dalam rumah ini?
“Takde mood.” Kataku.
“Habis tu aku nak makan apa?” tanya Nazmey lagi.
“Kau makanlah apa yang ada kat dapur tu ataupun kau suruh adik kau tolong masakkan. Aku memang takde mood ni. Nanti lain pula apa yang aku masak tu.” Aku memberi alasan kerana perempuan tak pernah nak masak asyik makan apa yang aku masak sahaja. Dia tu musuh aku kenapa perlu makan apa yang aku masak? Memang muka tak tahu malu sungguh. Bagaimana aku letakkan racun tikus dalam makanan itu lalu dia memakannya? Mesti mati kan? Seronok juga tu.
Entah bagaimana akal jahat merasuk fikiranku namun takkan sampai macam tu sekali aku kena aniaya dia. Tapi... teruk juga dia aniaya aku sebelum ni? Perlu ke aku begitu naif?
“Kim... duduk diperantauan tu jangan pernah dengkikan orang, jangan cari masalah, dan jangan berkelahi dengan sesiapa sahaja. Kalau anak ibu nak berjaya dunia dan akhirat anak ibu kena dengar cakap ibu...” tiba-tiba suara ibu aku menjengah di fikiran. Pesanan ibu terngiang-ngiang di telingaku.
Aku teringatkan pesanan ibuku dulu namun aku telahpun berkelahi tapi bukan aku yang mencari masalah. Aku sudah membantah cakap ibu. Jahatnya aku? Pasti aku takkan selamat lagi di dunia dan di akhirat lagi. Bagaimana ni? Aku berkerut dahi dan mengecilkan anak mata.
“Kau nak telan aku ke?” soal Nazmey yang memuncungkan mulut. Aku yakin dia benar-benar lapar. Kasihan pula aku tengok Nazmey ni.
“Kau makan maggi tak?”
“Laa... maggi buat apa? Aku nak makan nasi.” Jawab Nazmey hampa wajahnya berkedut dan mulutnya muncung lebih panjang dari tadi.
“Kalau kau nak makan nasi lebih baik kau suruh adik kau tu Mey... dia kan perempuan takkan tak tahu masak?” aku tetap juga mahu Nazmey menyuruh Nisa Zulaikha masak.
“Dia mana tahu masak. Dia tahu makan aje.” Balas Nazmey sambil tunduk dan menggarukan kepala.
“Rugilah jadi perempuan kalau tak tahu masak Mey... macam mana ni? Aku memang malas nak masak untuk kau. Hari-hari aku kena masak tuk kau dan kau pun tak pernah nak masak untuk aku. Aku pun nak rasa juga masakkan kau tu.” Aku memberi alasan demi alasan. Memang Nazmey tidak pernah masak. Dulu dia masak tapi nasi hangus. Dia tahu buat minuman sahaja itupun untuk diri dia sendiri. Sudah setahun aku tinggal di sini aku sudah tahu sikap dan perangainya itu.
Sekarang baru aku tahu dari mulut Nazmey sendiri bahawa Nisa Zulaikha tidak tahu memasak. Memang tak boleh dibuat isteri orang macam tu. Buang karen aje. Kenapa aku lelaki boleh memasak dan si perempuan tu tak tahu masak? Pelik aku. Memanglah masakkan aku tak sesedap chef namun aku ada  kemahiran memasak. Tapi kalau dapat salai daging Nisa Zulaikha tu agaknya siapa yang nak makan? Argh! Mengarut!
“Takpelah Kim... aku makan dekat luar ajelah.” Balas Nazmey yang masih lagi kecewa putus dengan awek.
Nazmey beritahu aku semalam dia putus dengan awek. Aweknya berkeras hati mahukan gelang emas. Memang mengada-ngada aweknya tu. Apa yang aku tahu aweknya tu anak orang senang tapi kenapa minta benda yang bukan-bukan pula dari Nazmey? Kasihan teman serumah aku ni. Dapat awek materialistik yang tak bombastik. Isk isk isk...
Paling menyedihkan minta putus masa tengah tengok wayang. Habis orang dalam panggung wayang tu marah sebab mengganggu tontonan mereka tengok cerita pengembaraan bermula Upin dan Ipin. Memang aweknya tu awal-awal lagi dah naik angin. Harapan nak tengok cerita dari negara luar tetapi Nazmey beli tiket wayang cerita tu mana awek dia mahu. Takde mahunya...
Aku dah nasihatkan si Nazmey supaya jangan layan spesis awek yang macam tu. Buat akit hati sahaja. Eh? Pandai pula aku berikan nasihat padanya sedangkan aku sendiri pun tak ada awek. Nasiblah.
“Mey...” aku panggil Nazmey yang sedang melangkah perlahan mahu keluar pergi makan nasi di luar.
“Double chess burger satu.” Pesanku padanya.
Nazmey mengangguk perlahan sahaja dengan wajah hambar lalu dia meneruskan langkahnya. Aduhai kasihan pula aku tengok si Nazmey yang dirundung kekecewaan dalam percintaan.
Aku langsung tak mengharapkan dia pulang membawa apa yang aku kirim kerana aku tahu dia akan lupa. Memang selama ni dia pelupa dan kadangkala dia saja-saja lupa. Aku terus menoleh ke kanan. Semasa aku menoleh itu aku terlihat pintu bilik Nisa Zulaikha terus tertutup. Eh? Dia curi dengar perbualan antara aku dengan Nazmey ke? Kalau betul dia dengar maka biarkan berfikir sendiri. Perempuan macam dia tak tahu masak memang memalukan betul. Tak nak kuku rosak kut masa menyiang ikan? Tahu ke tidak agaknya? Atau memang tak reti langsung nak memasak?

1 comment:

  1. hakim pandai masak tp niasa ngn me tak pndai..hehe..padanla muka, asyik buli hakim je...sesekali biarlah hakim buli diaorg jugak :)

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka