PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Sunday 17 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 11

Akulah lelaki Melayu terakhir yang mempunyai kesabaran dan ketabahan yang terlalu tinggi. Sanggup tolak motor pergi ke bengkel Ah Keong yang jaraknya hampir satu kilometer lebih dari flat ni. Aku tahu kedainya tak tutup walaupun hari minggu dan ia beroperasi tidak seperti biasa kerana ia akan dibuka lewat sedikit. Jika selalu pukul sembilan pagi maka hari minggu pula pukul dua belas tengah hari kut. Tapi itupun bergantung pada ikut suka rasa aje. Muka kacak dah dua kali tolak motor semenjak motosikal RXZ ni dibeli dah dekat dua minggu. Terpaksa buat muka tebal empat belas inci darab lima belas persegi.
“Tolak motor ya bang?” seakan-akan ada sahaja perkataan tu dilemparkan ke arah aku ketika sedang menolak motor. Aku terus menoleh pada sebuah kereta Perodua Kelisa warna merah memperlahankan kenderaannya.
“Takdelah, aku tengah tolak lori ni,” balas aku selamba.
“Kasihan budak jambu tolak motor,” balas mereka terus gelak.
Memang kurang asam mereka ni selalu kacau aku. Ingat aku ni geng-geng mat rempit ke nak diganggu tepi jalan macam ni?
Mereka ni memang tak sudah-sudah nak memporak-perandakan jiwa dan naluri aku. Tidak sesekali aku tewas pada pujuk rayu mereka. Semoga Tuhan menyelamatkan aku dari godaan perempuan jadi-jadian itu dan aku mendoakan agar mereka kembali ke jalan yang benar dan lurus dont corner-corner lagi.
Sejak aku jual mahal dengan mereka, mereka terus sarkastik terhadap aku. Sabar ajelah jawabnya. Ideologi cinta yang dibawa oleh mereka itu memang tak boleh diikut-ikut. Sekalipun telinga ni akan bernanah, aku tak akan biarkan diri aku terpesong jauh. Jauh dari cinta sufi, cinta abadi. Mati kutu pun tak apa jangan mati iman. Mati kutu maka kulit kepala tak akan gatal lagi, sekiranya mati iman? Siapa nak jawab? Aku kena sedar diri.
“Nak kami tolong tolak sekali ke?” kata perempuan yang tak berapa nak siap tu.
Aku terus menolak motosikal aku ni buat tak layan aje.
“Amboi sombongnya budak ni. Tahulah muka awak tu jambu, takkan dengan kami pun nak berlagak?” kata salah seorang lagi.
Langkah kakiku segera dimatikan. Aku pandang mereka. Aku tenung mereka dalam-dalam ketika kereta itu juga berhenti. Maka keluarlah seseorang yang pernah memperkenalkan namanya pada aku ketika dulu bertembung dengan aku di pusat membeli belah di Sogo. Dia langgar aku dan bukan aku yang langgar dia. Tapi aku dapat rasakan dia memang sengaja.
“Awak ni dah sombong dengan saya tau...” ucapnya sambil menyetuh lembut pipi aku. Bulu roma aku terus merinding geli. Aduhai apa lagi si Natasya ni mahu dari aku? Nak pancing aku dengan duit dia ke? Sorry naik lori. Aku takkan layan dan aku tak terdesak sampai nak menggadai maruah aku sebagai lelaki sejati.
“Apa kena dengan aku ni? Aku dah kata jangan kacau aku kau degil kau nak kacau aku jugak. Aku bukan lelaki macam tulah! Please-lah. Kalau motosikal aku ni tak buat hal memang aku dah lari awal-awal dah,” ucap aku.
“Itu tandanya kita ada jodoh!” balas Natasya atau nama sebenarnya Nazzam. Pelik aku dengan dia ni. Aku dah lempang dia kuat-kuat hari tu pun tak makan saman juga. Masih kejar-kejar aku. Geli aku.
Ya Allah... hindarilah aku dari semua ini. Aku terlalu lemah ya Tuhan... aku merayu pada Yang Maha Kuasa supaya aku tidak tergoda. Kalau semua ini berlaku susahlah aku nak menulis cerita. Cerita dalam novel aku. Aku tak nak masukkan mereka ni dalam babak cerita aku. Sudah pasti penerbitan takkan layan. Nanti jadi sensasi pula.
‘Pong!’ yes! Aku intai-intai budak mana yang main mercun hari menjelang tengah hari ni?
Auw! Tayar kereta I!” jerit pemandu kereta tu terus turun tengok tayar belakang keretanya. Nasib! Nasib kaulah tayar kerata kau dah pecah.
Excume me Encik Natasya. Go to go!” balas aku  terus tolak motor tak nak layan mereka. Padan muka tayar kereta dah pancit. Apa aku peduli? Aku tak akan tolong sebab tayar motosikal aku pun nazak.
Aku menoleh sekilas dan Natasya bercekak pinggang angkat jari telunjuknya dekat aku selepas dia halakan dari matanya. Konon-konon bagi amaranlah tu.

***
“Bang... ganti tayar bang...” kata aku selepas berpeluh tolak motosikal dari rumah sampai sini. Letih sungguh dan aku tak henti-henti merungut kerana bengang dengan perempuan itu.
“Eh... kau lagi... semalam kan dah tukar?”
Aku mengeluh kasar kerana cerita semalam sudah meleret sampai ke hari ini. Pertanyaan itu sungguh mengecewakan aku.
“Semalam belakang, hari ni depan pulak,” kataku dengan penuh sedih dalam hati. Siapa tahu perasaan itu sudah tercalar? Tiada siapa yan mengerti akan diriku ini yang ala-ala pasrah. Tidak akan aku lepaskan kau wahai perempuan gedik!
“Kasihan... tabahkan hatimu dik. Sesungguhnya Allah sayang pada orang-orang yang tabah. Semua ini adalah ujian-Nya untuk menguji tahap kesabaranmu. Terlalu besar ganjaran bagi mereka yang bersabar. Dah buat solat hajat ke belum?” Ucap Abang Mokhtar dengan penuh dedikasi.
“Tak,” balasku sepatah.
“Bukan ke abang dah pesan buat solat hajat supaya orang yang aniaya motosikal kau ni mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat. Nanti esok lusa hilang terus motosikal kau ni, lagi parah,” kata Abang Mokhtar sambil menolak motosikal RXZ warna biru aku ni masuk ke dalam.
Abang Mokhtar cakap bab hilang pulang. Aku memang takut sikit kalau bab hilang motosikal ni. Kalau kes kecurian motosikal memang kerap berlaku. Aku tak naklah motosikal aku turut menjadi mangsa.
“Kau nak ganti ke nak tampung?” tanya Abang Mokhtar.
“Tadi kan saya kata ganti bang... kalau kata nak tambung entah berapa belas lubang pula ditusuknya,”
“Nak abang check ke?”
“Tak payahlah bang, buat sakit hati je,”
“Sakit hati dekat siapa pula ni?”
“Dekat seorang perempuan bang. Dia baru pindah dekat rumah saya tu. Saya memang bengang dengan dia tu,” ujarku dan Abang Mokhtar menggeleng laju sambil bunyi “Isk isk isk, kasihan.” Aku pun terus mencangkung.
“Abang kasihan sungguh ke dekat saya ni?” aku bertanya.
“Sungguh kasihan. Abang ni ada hati dan perasaan dik, abang bukannya binatang. Macam nilah, abang suggest kau halau sahaja perempuan tu dari rumah kau tapi siapa perempuan dengan kau sampai boleh duduk sekali dengan kau?”
“Abang... perempuan yang abang cakap rambut perang tulah... dia yang datang ambil helmet saya dekat abang semalam tu,” beritahu aku.
“Dia tu ke? Kalau dia tu kau jangan halau, kau kasi abang je. Lawa tu... cun! Body solit! Kemas!” ucap Abang Mokhtar buang tabiat.
Aku merenung tajam pada wajah Abang Mokhtar.
“Sebelum ni abang cakap bukan main alim tapi kalau bab perempuan laju aje. Apa ni bang? Hipokrit!”
“Syhhh... hidup dekat bandar ni kena pandai-pandai coverline dik... amacam? Kau ada nombor telefon dia tak?” aku pelik dengan perangai Abang Mokhtar ni. Baru sekarang aku perasan sifat dia yang sebenar-benarnya disebalik janggutnya yang panjang, misainya yang lebat tu rupa-rupanya seorang lelaki miang.
Dunia oh dunia. Macam-macam perkara pelik yang berlaku. Aku pun dah naik pening ni dengan menggalas kepercayaan orang lain lagi dan aku pula bakal tergolong dalam orang yang hipokrit tak lama lagi. Inilah yang aku risaukan ni. Aku dah puas berfikir tapi masih tak temui jawapan.
“Jangan kata nombor telefon dia bang... nombor pin kod kad ATM bank dia pun saya tak ada. Kalau ada memang saya dah kasi semuanya dekat abang,” balasku biasa-biasa sahaja sambil pegang spanar bersedia nak ketuk kepala Abang Mokhtar tu kalau dia main gila dekat aku.
“Kau cuba-cubalah dapatkan, awek bergetah tu.. sayang kalau dilepaskan,” kata Abang Mokhtar.
“Apa awek-awek?! Anak dah tiga ada hati nak cari awek lain!” tiba-tiba seorang perempuan muncul dari belakang Abang Moktar terus sahaja telinga Abang Mokhtar dipulas. Terseringai Abang Mokhtar tatkala telinganya dipulas rapat.
“Sakit Jah... jangan pulas kuat-kuat sangat. Pelan-pelan dahlah, nanti tercabut telinga abang ni susah nak welding balik,” ucap Abang Mokhtar.
Aku perhatikan sahaja lagak mereka berdua. Aku yakin sama sekali perempuan tu adalah isterinya sebab aku perhati ada tiga orang budak kecil di belakang perempuan tu sambil paut kain perempuan yang bernama Jah. Aku juga yakin itu adalah anak-anaknya.
Aku garu kepala laju-laju. Pening sungguh aku dengan sikap mereka yang sudah berumahtangga tetapi masih nak menggatal. Selepas aku garu kepala aku terus tepuk dahi kerana bertambah pening tengok perempuan tu angkat spotrim nak hentam kepala Abang Mokhtar. Aku malas nak layan saat suami isteri tengah bertengkar tu. Silap hari bulan kepala aku pula kena hentam dengan spotrim tu.
Bila nak siap tukar tayar motosikal aku kalau macam ni? Nampak gayanya aku kena gantikan sendiri. Aku pun apa lagi buat selamba sahaja capai peralatan yang ada lalu aku longgarkan skru sambil mengeluh.

3 comments:

  1. adeh...sakit perut bace...

    " takdelah, aku tengah tolak lori ni"

    ~ mmg lawak..muahaha..

    ReplyDelete
  2. hahaha..MMG!! wakakakakaka pecah perut ni..adess~ :P
    keep it up! ^^

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka