PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Tuesday 19 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 18

Akan aku melabuhkan rinduku pada hamparan kasih yang sedia berada dalam dakapan jiwaku sendiri pada cinta yang terpaksa. Cinta pada orang yang tidak aku cinta. Aku terpaksa menjadi insan hipokrit. Akulah lelaki jahat yang akan mengancurkan sekeping hati insan yang bergelar wanita.
Tidak terkutik langsung rasa simpati ketika ini kerana aku tegarkan untuk melakukannya juga di atas kebodohanku sendiri. Berulangkali aku menyalahi diriku ini. Sudah pasti aku akan dibenci suatu hari nanti. Aku bakal ditikam bertubi-tubi dengan pemutar skru oleh Emy apabila dia akan aku kecewakan. Bedebah sungguh aku. Ya Allah Kau ampunilah aku yang terpaksa.
“Hai Emy...”
“Hai Kim.” Balas Emy di kafeteria.
Aku dan dia duduk bersama. Aku datang menyapa hati yang sunyi itu. Baru aku tahu bahawa Emy sukakan aku tetapi terus terang aku katakan di dalam hatiku ini bahawa memang tiada ruang untuk Emy dalam hatiku.
Encik Razak menceritakan padaku bahawa diriku dicintai oleh Emy di dalam diamnya terhadapku. Encik Razak telah menunjukkan salinan diari Emy padaku. Aku membacanya tadi di pejabat. Sepatutnya aku lebih prihatin dan tidak boleh bertindak menghancurkan hati Emy.
‘Emy, maafkan aku Emy... walaupun aku tahu kau seorang perempuan yang cukup baik dan selalu mengambil berat padaku namun aku telah ditugaskan untuk membunuh hatimu. Aku juga tidak mahu kau mencintai aku.’ Bisik hatiku tatkala memandang wajahnya. Wajah yang sedang sepi dan wajah itu juga sedang menyembunyikan perasaanya terhadap aku. Dia tidak meluahkan pada aku. Cintanya adalah cinta yang terpendam.
Aku bagaikan racun bagimu Emy.
“Emy...” sekali lagi aku memanggilnya. Aku tahu dia merajuk dengan aku kerana semalam aku enggan menceritakan padanya apa yang berlaku.
Emy memandang aku sambil memalsukan senyuman. Aku tahu senyuman itu senyuman plastik. Emy tidak akan senyum sambil mengetap bibir sekiranya dia ikhlas mengukir senyuman. Aku kenal sikap dia. Aku tahu perangainya tetapi dia tidak seharusnya mencintai aku.
Subjek jiwang dalam babak ini harus aku garapkan dengan betul-betul. Aku tidak boleh kelihatan sarkastik lagi padanya. Aku perlu belai hatinya.
“Ada apa Kim?”
“Kau sihat?” bermula sudah ucapan mengambil berat. Maka aku pasti akan bergelar Casanova yang tidak bertauliah.
“Yang kau tiba-tiba tanya khabar aku ni kenapa? Selama ni tak pernah pun kau tanya khabar aku.” Ucapnya memuncungkan bibir.
Aku yang berada di hadapannya terus menggarukan kepala yang tidak gatal tetapi aku perlu gatalkan hati aku dan perlu berlagak miang padanya. Aduhai miangnya aku...
Satu karektor yang perlu aku bina. Langkah pertama adalah aku perlu mengambil berat terhadapnya. Perlu menunjukkan kasih sayang untuknya. Belailah hati palsuku ini Emy...
“Saja je nak tau khabar kau. Maklumlah sekarang ni musim period berleluasa.” Ucapku tanpa segan silu. Emy tidak akan marah kerana dia perempuan lasak yang berfikiran terbuka.
Aku lihat Emy tidak ceria. Dia seperti memikirkan sesuatu. Melihat kerutan di dahinya itu telah membuatkan aku menelaah jawapan. Emy ni misteri juga kalau dia berahsia. Berahsia itu kan memang misteri. Hish!
“Memang. Aku juga tidak terlepas dari cengkamannya. Oleh sebab tu aku dah balas dendam untuk kau.” Katanya.
Kata-kata Emy itu membuatkan aku terfikir sejenak. Balas dendam untuk aku? What happen bebeh? Tanyaku dalam hati.
“Apa maksud kau?”
“Hari ni mood aku tak elok.” Jawabnya sambil mengeluh kasar.
“Patutlah dari tadi muka kau macam ayam berak kapur je.” Balasku sambil menyedut teh ais yang aku bawa ke situ dari tempat membeli.
Emy menyuapkan nasi ke mulutnya yang terhenti seketika tadi kerana terganggu dengan kehadiran aku. Waktu makan tengah hari kini bermula. Aku pula yang tiada selera makan. Bila berkeadaan begini, selera makanku tiba-tiba terkambus dahsyat. Tengok nasi aje dah nampak muka Nisa Zulaikha. Tak sanggup aku nak makan nasi tu. Mujurlah dalam air teh ais ni tak ada bayang-banyang perempuan sewel tu.
“Aku dah hempuk kepala mamat yang tu.” Ujar Emy.
“Mamat mana pulak ni Emy? Aku ni tak habis-habis nak bergaduh. Masuk kali ni sudah banyak kali aku dengar kau hempuk orang lelaki. Patutlah tak ada orang nak dekat kau. Jadi anak dara tualah kau nanti.” Beritahu aku pada Emy dan aku ingin tahu mamat mana yang dia maksudkan tu.
“Mamat yang kau berkelahi dekat taman permainan dua hari lepas tu.” Kata Emy. Aku terus tepuk dahi. Apa kena dengan Emy ni? Balas dendam bagi pihak aku pula. Benda tu dah selesai lagipun mamat tu atau namanya Abang Khai tak ada nak cari aku tapi kalau Emy dah buat pasal macam tu pasti Abang Khai yang menganggap dirinya gengster tu akan cari Emy.
“Kenapa kau pergi cari dia pulak? Kau ni buat hati aku tak senanglah. Tahu tak perbuatan kau tu telah membuatkan aku bimbangkan keselamatan kau?” Eh? Sudah mula babak kedua iaitu menunujukan rasa susah hati atas apa yang Emy lakukan. Kononnya nak tunjuk rasa bimbang. Tapi aku memang benar-benar bimbang ni. Kes ini pasti berlanjutan dan tidak ada penghujungnya melainkan mati. Aduh!
“Kerana kau tak nak bercerita pada aku. Tapi sekarang aku dah tahu sebabnya.” Emy mengeluh lalu menyedut minuman jus orennya dan dia tidak habiskan makanannya itu.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Apa yang kau tahu?”
“Aku kecewa kau sukakan sejenis.”
Eh?!
“Apa? Aku bukan gay! Kau ni kenapa tuduh aku yang bukan-bukan?”
“Oleh kerana aku tak percayakan mamat tu maka aku hempuk dia dengan topi keledar sampai pecah kepalanya.” Beritahu Emy.
“Pecah kepala?” aku terkejut.
Emy mengangguk perlahan.
Garang siot Emy ni. Aduh! Aku dah mula cuak nak teruskan semua ni. Kalau Emy juga hempuk kepala aku dengan topi keledar juga bagaimana?
“Emy, dengar sini. Aku bukan lelaki macam tu. Aku...”
“Sebab kau tak suka perempuan kan?”
Aku terkedu. Nampaknya Emy sudah menuduh aku dengan melulu. Katanya tak percayakan Abang Khai tetapi dia seperti telah terpengaruh sahaja. Aku mesti mempertahankan kebenaran.
“Sumpah! aku bukan lelaki macam tu.” Aku menegakkan kebenaran. Sampai hati Emy tuduh aku sampai macam tu.
“Aku susah nak percayakan sumpah lelaki sekarang. Sebab tu aku takut nak kahwin. Aku takut tersalah pilihan. Kau ingat senang ke hidup macam tu?”
“Tukar topik Emy.”
No! Lebih baik kau mengaku aje!” marah Emy pada aku. Dia minta aku mengaku pada benda yang tak betul.
“Kau fikir apa?”
“Aku fikir kau ada scandel dengan mamat tu.”
“Ya Allah! Emy... berat sungguh tuduhan kau ni Emy... sampai hati kau cakap aku macam tu. Aku tahu aku ni kacak dan tampan. Bila orang kacak dan tampan sahaja maka dengan mudahnya kau menuduh aku adalah orang macam tu. Kau tahu tak fitnah itu adalah dosa besar?” hati aku robek setelah Emy tidak percayakan aku.
“Aku bukan tak percayakan kau Kim. Tapi setiap kalinya aku ajak kau keluar kau selalu beri alasan. Kalau dengan budak-budak lelaki kau nampak gaul malah nampak mesra sehaja. Kenapa dengan aku kau tak pernah nak berlembut?” ucap Emy meluahkan apa yang terpendam di hatinya.
“Hanya disebabkan hal tu ke? Emy, aku friendly. Aku tak memilih kawan. Dengan sesiapa sahaja aku berkawan tapi dalam isu ini aku terpaksa mempertikaikannya. Kau tahu tak kenapa aku susah sangat nak keluar?”
“Assalamualaikum, rancak berborak nampak... topik apakah yang sedang dibualkan?” Fazly muncul dengan tiba-tiba. Aku dan Emy menjawab serentak salam yang dihulurkan itu.
Aku nampak sesuatu yang pelik.
“Kenapa kau berdua pandang aku semacam?” soal Fazly.
“Ganguan seksual!” balas Emy.
“Apa? Apa? Aku tak cabul sesiapa pun dekat sini.” Fazly terpinga-pinga.
“Kau tak zip seluar kau!”
“Argh!” Fazly malu sendiri.
Aku dan Emy ketawa walaupun perbualan antara aku dan dia diganggu oleh kehadiran Fazly tiga suku. Tapi bila aku tengok Emy, dia terus berhenti ketawa. Barangkali masih kecewa atau sama ada dia masih anggap aku lelaki seperti itu. Tolonglah Emy... aku bukan lelaki seperti yang kau sangka. Akulah lelaki Casanova. Eh?! Bakal Casanova.

2 comments:

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka