PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Monday 18 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 12

Elemen terpenting bagi aku untuk buat novel mesti ada babak lawak. Memang begitu  orang sekarang suka baca. Tapi lawak apa aku patut letak di dalam novel aku tu nanti? Payah juga ni. Aku letak tepi sebuah buku yang aku baca. Aku dah pening kepala memikirkan cara-cara nak menulis sesebuah novel. Hakikatnya aku sudah menulis sedikit di rumah awal pagi tadi tapi kepala aku tiba-tiba saja masuk air gara-gara terfikirkan perempuan tak guna tu. Dalam perlumbaan mental yang besar begini, sakit kepala memang menganggu prestasi aku di hujung minggu. Ayat tiru macam dalam iklan Penadol Active 5 dekat televisyen cuma ubah sedikit sahaja.
Untuk menjadi seorang penulis aku harus peka pada keadaan sekeliling. Apa aku ni? Kenapa aku harus fikirkan semua ni berbanding hal Encik Razak dan perempuan mental plus sewel tu?
Aku bersandar rapat pada kerusi sambil merenung ke permukaan air Tasik Titiwangsa yang memang indah di kota Kuala Lumpur ni. Masa mula-mula Eye On Malaysia dirasmikan dan diadakan aku juga bertandang ke sini menyaksikan keindahan panorama tetapi tak pernah naik pun gondola tu, gayat duduk tempat yang tinggi-tinggi. Tapi kenapa aku boleh gayat pula sedangkan akulah pelagak ngeri di jalan raya? Ah! Aku memang takut pada ketinggian. Fobia!
Masa makan tengah hari tadi aku nampak si Natasya tu. Sebelum dia nampak aku lebih baik aku cabut. Aku tak nak dituduh berskandal dengan perempuan jadi-jadian itu. Bimbang aku dengan keadaan ini. Bukannya aku nak menyisih mereka tetapi cara mereka tu membuatkan aku rasa mual.
“Assalamualaikum dik...” lamunan aku berkecai seketika setelah disapa oleh seseorang. Lekas-lekas aku menoleh lalu aku terpandang seseorang yang cukup sentimental dengan jambangan bunga mawar merah di tangan. Lelaki misteri ke ni? Atau peminat misteri? Wajahnya cukup feeling make over bermata layu berhidung besar.
“Waalaikumussalam bang...” aku panggil dia abang kerana dia sudah panggil aku adik. Barangkali dia jauh lebih tua dari aku dengan janggut ala-ala satu watak dalam komik Blues Untuk Aku.
“Boleh abang tumpang tanya?” sungguh bersopan sekali si abang ni yang sedang berdiri di sisi aku. Aku hanya mampu tersenyum tanpa menyuruhnya duduk di sebelah aku.
“Adik ada nampak awek abang tak?” ini yang aku bengang. Kenapa awek dia nak kena tanya aku? Mana aku tahu awek dia tu bagaimana rupanya. Cantik ke? Kaya ke? Memang aku tak tahu. Maka dengan berhemah aku menjawab, “Abang dah salah kaunter ni, ini kaunter 14. Kalau nak bertanyakan hal kehilangan awek, kehilangan dompet atau sebarang jenis kehilangan sila ke kaunter 28 dekat hujung sana tepi gerai tu. Ini kaunter tempat orang tanya bagaimana cara nak tempah keranda je bang...” aku dah frust menonggeng tahap gaban sebab aku alergik dengar perkataan awek!
Abang tu senyum sahaja lepas tu dia tak ucap apa-apa pun. Aku fikir dia mungkin tidak berperasaan ketika ini. Aku tengok dia menoleh ke arah lain dengan cepat maka aku pun ikut pandang.
“Itu pun awek abang, dah lama abang tunggu dia buat date dekat sini, baru nampak batang hidung dia,” katanya.
“Natasya?!” aku terkejut terus angkat punggung kemudian aku capai buku aku tu terus cabut dari situ sebelum Natasya nampak aku lebih baik aku blah. Pelik! Mamat tu rupanya pakwe Natasya. Aduhai... parah macam ni.

***

Pukul tiga petang, sari berita utama. Sebenta tadi selepas aku cabut lari dari dilihat oleh Natasya, aku berhenti ke masjid untuk menunaikan solat fardu Zohor. Di situ aku terjumpa seseorang mat rempit yang panggil selepas aku turun dari masjid tu. Mat rempit tu tanya aku macam ni, “Berapa kau nak?” eh? Aku dah pelik dengan pertanyaan dia.
“Nak apa?” Aku tanya dia balik.
“Aku nak jual telefon, kau nak beli tak? Berapa kau sanggup bayar?”
“Telefon mahal tu, dari mana kau dapat?”
“Itu kau tak perlu tahu sebab aku terdesak perlukan duit. Aku tak kisah kau nak beli dengan harga berapa pun asalkan tak lebih dan tak kurang daripada seratus,”
“Kalau macam tu memang seratus ringgit ajelah kan?” aku ragu-ragu.
“Kalau kau bijak memang macam tu lah,” sememangnya aku bijak tapi aku tak faham dengan mat rempit ni yang kelam-kabut dalam menjaja telefon berkenaan.
“Lebih baik kau jangan tanya berapa aku nak, cakap ajelah yang kau nak jual dengan harga seratus ringgit. Maaflah aku memang tak layan BlackBerry. Apa-apahal aku pakai public phone je, senang aku nak telefon dan susah pula bagi orang nak telefon aku. Aku memang sukakan cabaran.” Aku terus gelak sendiri sebabnya aku memang tak nak beli pun telefon tu. Kalau dah macam tu cara dia jual aku boleh agak telefon tu adalah telefon curi. Aku tak suka pakai barang panas ni nanti rasa macam terbakar aje badan ni.
Begitulah ceritanya dan aku memang tak beli. Sekarang ni aku lepak sorang-sorang dekat kedai Mamak Imbi Plaza. Aku duduk minum teh tarik sambil perhatikan gelagat manusia-manusia kota yang tak pernah sepi dari aktiviti harian.
Gelas teh tarik aku capai dan aku bersedia untuk menyisipnya tetapi tidak semena-mena meja aku ditepuk kuat.
“Hoi!” sergah seseorang dari arah tepi membuatkan gelas teh tarik aku tuh terlepas dari pegangan.
‘Pinggg’ pecah.
Aku menjegilkan biji mata pandangan tidak puas hati aku lemparkan pada orang yang agak kurang ajar menyergah aku sedemikian rupa. Mengapakah aku diseksa begini? Tidakkah dia kasihan melihat aku yang kehausan ingin minum teh tarik idaman? Akhirnya terlerai jua impian dan harapan aku untuk habiskan terh tarik tersebut. Aku terpaksa meminta yang baru agar tidak terus dirundung kekecewaan. Tiba-tiba jiwaku menjadi terlalu sentimental.
“Kau memang kaki kencing Kim! Kau cakap nak tidur! Aku ajak keluar kau tak nak! Ooo kau nak lepak sorang-sorang tak ajak aku ye? Patutlah... kau ni kenapa sejak semalam aku tengok kau pelik. Tadi aku perhatikan kau seperti sedang berfikir, kenapa?” Emy bertanya pada aku yang memang tengan pening.
“Aku lagi pelik dengan kau tau! Aku betul-betul marah ni sebab kau mampu buat aku terkena serangan jantung tahap maksimum! Kalau aku mati terkejut macam mana?”
“Kalau ajal kau sudah tiba, salam takziah aku hulurkan. Tapi kan Kim... aku tengok kau ni macam ada masalah je... kau sengaja nak rahsiakan daripada aku kan?”
“Kau dari mana ni?” Aku mengubah topik.
“Ney... teh ais satu.” pinta Emy pada Mamak yang buat air. “Aku dari Berjaya Times Square tu hah! Tengok wayang sorang-sorang macam orang tak ada balak! Memang aku tak ada balak pun. Sedih sungguh aku tengok wayang tak berteman. Aku ajak kau semalam kau tak nak, kata hari ni nak tidur padahal kau nak larikan diri daripada aku. Kau bencikan aku ke kerana aku selalu buli kau dekat tempat kerja?”
“Bukan pasal tu,”
“Habis tu apa?”
“Ini tak ada kena mengena soal kau dan aku di tempat kerja. Aku tahu di tempat kerja kau memang tegas tahap gaban dan melampau-lampau pulak tu. Aku tahu aku ni siapa, pekerja bawahan je pun yang mesti bertindak mengikut arahan.” Aku meluahkan perasaan yang senak di perut.
“Jadi?”
“Jadi aku nak bersendirian dan tak nak diganggu,”
“Tak apalah kalau macam tu. Ney!! Cancel air tadi.” Kata Emy.
Apa kena dengan aku ni? Emy dah macam merajuk je? Adakah dia benar-benar merajuk dengan aku sampai nak cancel order tu? Aku tak patut cakap macam tu. Aku tengok Emy sedang betulkan cap yang dipakainya sambil melepaskan keluhan halus. Lantas dia menguntum senyuman memandang aku. Dari riak wajahnya aku tahu dia sedang sembunyikan perasaan sebenarnya itu, perasaan terkilannya terhadap aku.
“Emy...” sebutku perlahan.
“Its okey, aku faham... aku blah dululah. Lagipun kau tak suka aku ada dekat sini.” Ucap Emy dalam nada merajuk.
“Kau merajuk ke?”
“Aku tak merajuk pun. Aku dah lambat ni nak kena balik rumah. Ada hal nak kena uruskan. Perempuan yang menyewa dekat rumah aku tu dah blah macam tu je tanpa memberitahu aku terlebih dahulu sejak dua hari lepas. Memang tak guna perempuan tu,”
“Kau ni... dengan kaum sendiri pun nak maki hamun. Sabar jelah, cari je rakan sewa yang baru apa susah. Bukan ke ramai orang sedang cari rumah untuk disewa? Kau iklan jelah pasti ada orang yang contact kau bertanyakan mengenainya” saran aku pada Emy.
Dia tarik muka lepas tu terus bawa diri macam begitu sahaja. Aku tahu dia memang merajuk dengan aku. Apa yang dia cakap tadi tu cuma alasan semata-mata.

3 comments:

  1. “Abang dah salah kaunter ni, ini kaunter 14. Kalau nak bertanyakan hal kehilangan awek, kehilangan dompet atau sebarang jenis kehilangan sila ke kaunter 28 dekat hujung sana tepi gerai tu. Ini kaunter tempat orang tanya bagaimana cara nak tempah keranda je bang...”

    ~ keh3....semput rase nafas tahan gelak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry zura...nk knal dye awk....awk funny...ni id sye..
      nurshahedah94

      Delete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka