PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Wednesday 20 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 20

“Ye mak, saya tengah goreng nasi ni.” Sedang aku syok-syok goreng nasi mak aku telefon aku. Mak aku yang telah menelefon maka aku mesti menjawabnya. Kalau tidak tak selamat dunia akhirat sekiranya aku abaikan mak aku. Aku dah simpan awal-awal lagi nombor telefon mak aku tu.
“Hang ni awat tak telefon mak?”
“Camno saya nak telefon mak? Saya baru ajo hantaq telefon kat mak. Camno dengan telefon baru tu mak, cantik dak?”
“Canggih na tapi mak tak reti nak tekan-tekan aih. Mak suruh adik hang tolong tekan nombor telefon hang tu. Hang ni tak rindu dekat mak ka?”
“Awat mak habaq lagu tu? Saya rindu dekat mak la ni saya beli telefon baru untuk mak. Mudoh kita cakap lamo-lamo. Telefon lamo yang saya beli tuk mak kan dah keno curi.”
“Itu mak tau la telefon keno curi depan mato mak. Mak tak tau deh camno boleh keno curi? Telefon tu mudoh mak nok tekan-tekan nombor hang tu ni telefon pattern apo ni banyok sangat butang aih?”
“BlackBerry mak. Telefon tu kan touch screen mana ada keypad nak ditekan-tekan lagi mak? Mak boleh layan facebook dekat dalam tu kalau mak tau guno. Bolehlah mak tengok gambaq sayo dalam tu nanti. Macam-macam ado gambaq saya upload masuk kat internet.”
Touch screen, keypad dan upload,  tu menatang apo?”
“Skrin sentuh, kekunci dan muat naik mak,” beritahuku pada mak aku yang tak mengerti.
“Mak tak tau deh,” balas mak aku di hujung talian. Aku senyum sahaja. Mesti mak aku tertanya-tanya dari mana aku dapat duit banyak tu beli telefon mahal untuk mak aku tu. Kalau mak aku tanya aku akan beritahu bahawa aku bayar ansuran. Sekarang ni beli apa-apa barang pun boleh bayar ansuran.
“Adik-adik sihat ka?”
“Farah demam tapi kau toksah bimbang eih adik hang baik-baik ja. Mereka rindukan hang lama tak balik. Azman beritahu mak yang hang beli telefon mahal kat mak. Banyak duit hang ni? Hang tak simpan duit tuk kahwin ka? Mak dah tak sabar nak ada menantu ni. Lain kali hang tak payah beli barang yang mahal-mahal untuk mak na. Mak tak nak duit hang tu. Apa yang penting mak nak hang selamat dekat sana tu. Ingat pesan mak ni na, solat jangan tinggal. Solat tu tiang agama. Tak solat maka agama yang kita anuti tu runtuh na. Ingat tu pesan mak ni Azamil Hakim.” Beritahu mak aku padaku. Mak aku sudah sibuk bercerita soal menantu pula. Mak aku yang bernama Halimah selalu berpesan padaku berkenaan solat. Mak aku tak pernah lupa atau tak pernah miss call dekat aku. I miss you mum.
Usai itu panggilan antara ibu dan anak ditamatkan dan aku menyambung kerjaku yang tergendala seketika. Tadi sebelah tangan pegang telefon bimbit sebelah tangan lagi gaul nasi dalam kuali. Mendengar suara mak aku maka hati aku syahdu teramat sangat. Tiba-tiba aje aku rindukan kampung. Mak dan adik-adikku aku benar-benar rindukan aku.
Aku terus menggoreng nasi namun tumpuan aku terganggu tatkala merasakan ada kehadiran seseorang. Cepat-cepat aku menoleh dan aku dapati pinggan kaca telah dipegang oleh seseorang.
“Lambat lagi ke nak masak?”
“Kenapa?”
“Nak makanlah. Lapar.”
“Masak sendiri!” marahku dalam bentuk arahan kerana aku masihs akit hati dekat dia ni. Malam tadi dia pijak kaki aku sesuka hatinya. Dia ingat kaki aku ni kayu yang tak ada deria sakit?
“Aku nak!”
“Masak sendiri!”
“Aku nak! Aku nak! Nak! Nak! Nak!” katanya dengan laju.
Kenapa pelik sangat dia pagi ni? Adakah itu tanda-tanda awal seratus hari seseorang itu akan meninggal dunia?
Aku jadi keliru dengan perangai dia ni. Sikap dan perasaannya itu tidak menentu. Adakah dia ini spesis Alien yang turun ke bumi membuat penyamaran untuk menguji tahap kesabaran aku? Ataupun dia mungkin dikirimkan Tuhan sebagai peneman hidupku? Tak mungkin perempuan mental ini adalah jodohku. Tengok dari wajahnya sahaja sudah dapat aku agak dia ni memang ada masalah psikologi. Dengan muka tak mandinya dan mata masih sepet lagi datang mengemis minta nasi dekat aku. Siapa bawa pinggan lagi. Tengok! Dia main ketuk pinggan dengan sudu pula. Dia ingat aku goreng nasi pakai perencah Adabi ke?
Dia silap besar! Aku pakai rencah sendiri. Aku buat cara klasik dan memang itulah yang mak aku ajar. Cara klasik penuh dengan kesopanan dan kesusilaan sebagaimana hidup yang ada peraturannya tetapi tidak pada perempuan ini. Jika dia sudah tahu mudah untuk mencari makan kenapa tidak ke warung sahaja? Selalu lepak dekat luar kenapa tak makan kenyang-kenyang dulu lepas tu baru balik rumah?
Aku terus matikan api dapur gas. Gorengan aku tidak disudahkan kerana meluat tengok Nisa Zulaikha menyibuk dekat ruang dapur. Apron aku tanggalkan dan dengan selambanya aku terus letak atas kepalanya.
‘Ping!’ dia lempar pinggang kaca macam tu aje terus pecah berteraburan serpihannya di atas lantai. Dia menghempas pula apron itu ke lantai dan kemudian dia angkat sodek terus ketuk kepala aku. Aku benar-benar terkejut melihat dia meradang begitu.
“Adoi!” aku mengadu. Kuat sungguh dia ketuk kepala aku.
“Rasakan!”
“Kau apa hal?!”
“Kau tu! kau apa hal letak apron atas kepala aku?” mungkin salah aku juga tapi kenapa dia ni melampau sangat? Aku cuma letakkan apron tu aje bukannya ikat pada lehernya. Itu pun dia nak marah sampai handing pinggan ke dinding. Teruk! Memang teruk perempuan ni langsung tak ada kesabaran walaupun sekelumit.
Semakin lama aku semakin bosan dengan kerenahnya. Sikapnya sungguh tidak normal. Apa sebenarnya masalah yang dia hadapi? Adakah aku puncanya? Dia sungguh  bencikan aku sejak mula lagi aku fewit padanya. Kata Emy perempuan ni susah nak didekati tetapi kenapa malam dia balik mabuk tu mudah-mudah sahaja ada seorang lelaki memeluknya? Aku sudah hairan. Rosak sungguh akhlaknya.
“Aku nak kau kutip dan bersihkan pinggan yang kau pecahkan tu!” amu sudah mula naik angin. Adakah saat ini adalah kemuncak kemarahanku terhadapnya? Kenapa tangan aku seperti ringan sahaja hendak terbang? Aku tahan. Aku mesti bertahan! Aku tak boleh apa-apakan dia. Sesungguhnya perempuan mesti dilindungi bukannya dikasari tetapi perempuan seperti ini apa yang perlu aku buat?
Dia baling sodek terus ke dinding. Kemudian dia memeluk rapat tubuhnya sendiri dan berpaling wajah.
“Tak nak!” bentaknya.
“Kau ni kenapa? Aku tak pernah jumpa perempuan sebodoh kau ni!”
“Apa?! Kau kata aku bodoh?!” dia memusingkan semula badannya dan menjegilkan biji matanya. Dia mendengus laju lantas aku nampak dia menggenggam penumbuk lantas dia terus hayunkan penumbuknya itu namun dengan gaya pahlawan Matrix aku mengelak dengan begitu mudah sahaja.
“Takkan mudah kau cederakan aku.” Ucapku dengan begitu riak sekali kerana aku kecewa dengan sikap perempuan mental seperti Nisa Zulaikha.
“Kau tu yang bodoh! Kau tahu kau tu bodoh sebab kerja kilang aje. Orang macam kau ni tak layak nak mengorat aku!”
“Siapa mengorat kau hah? Kau ingat tinggi sangat ke harga diri kau tu kalau setiap lelaki boleh meratah tubuh kau?” aku tidak tahu kenapa aku boleh menghamburkan kata-kata itu terhadapnya. Adakah dari rasa ambil beratku terhadapnya? Atau mungkin juga ia lahir dari perasaan cemburuku?
“Kurang ajar!” sekali lagi dia cuba tumbuk muka aku namun aku terus mengenggam pergelangan tangannya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.
“Hei perempuan! Sehingga ke hari ini aku masih bersabar dengan kau! Tapi sikap kau tadi betul-betul membuatkan aku hilang sabar! Kalau kau fikir kau tu ada mertabat kewanitaan atau seorang gadis, kenapa kau berkelakuan seperti gadis liar yang tak ada pedoman?! Adakah sepanjang hidup kau hanya untuk sakitkan hati orang disekeliling? Aku yakin! Mak dan ayah kau begitu menyesal kerana mendapat zuriat seperti kau di atas muka bumi ni!” lidahku laju menyusun kata dari rasa bengangku yang tidak tertahan lagi kerana di hadapan rezeki pun dia boleh bertindak kurang ajar.
“Kau jangan nak berikan ceramah dekat aku! Kau pun tak betul! Kau pun lelaki yang tak tahu menghormati perempun. Dengan sesuka hati kau boleh anggap aku sebagai perempuan yang mudah untuk kau goda!”
“Woi?! Siapa yang goda kau!”
“Tengok muka kau ni membuatkan aku bertambah benci! Muka kau ni hampir sama dengan muka bekas teman lelaki aku! Lelaki tak guna tu telah mengecewakan aku! Dia... dia...” aku lihat tubir matanya telah bergenang air mata. Aku yakin dia menahan tangisan lalu tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Nisa Zulaikha mula sebak. Tangannya yang meronta-ronta minta dilepaskan itu mula lemah. Maka aku terus lepaskan.
Aku tidak tahu sama ada aku perlu bertanya padanya atau pun tidak. Aku lihat dia memekup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya itu sambil menangis teresak-esak. Aku mengeluh halus. Nisa Zulaikha tersendu.
Mungkinkah dia sedang menyimpan seribu kedukaan? Atau mungkin dia tidak dapat meluahkan apa yang terpendam. Aku tidak faham kenapa dia menuduh aku yang bukan-bukan malah mengatakan wajahku hampir sama dengan bekas teman lelakinya. Dan... aku tak faham bagaimana bentuk kekecewaan yang telah dia alami itu?
“I...Ika...”
Sebaik sahaja aku menyebut namanya, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik. Dia berkurung sepi sehinggalah dia tidak keluar pergi kerja. Selalunya dia akan keluar lebih awal daripada aku.

4 comments:

  1. huhu...ape sebenarnya yg dh tjadi kt ika? curious betul nk taw ni...smbung2 :)

    ReplyDelete
  2. maybe ika penah kna raped dgn ex dia kot???

    ReplyDelete
  3. meluat la perangai ika..mcm senget je minah tuh huhuh..mybe btl kot die kne raped dgn ex die..

    ReplyDelete
  4. sbnarnyer, kim ni org mne? dok campur loghat N.9 n utara nih..anak N.9 n utara ka?..jgn kim jatuh kasihan n jtuh cinta trus dh..hoho

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka