PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday 30 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 25

Menyedari diriku dipeluk dalam keterpaksaan membuatkan aku berasa sudah naik ke bulan. Sungguh terpesona tatkala blackout secara tiba-tiba. Aku terasa hangatnya dakapan itu sehangat kasih dan sayang walhal perempuan itu berada dalam ketakutan. Sungguh aku terpaksa.
“Lepaskan aku!”
“Aku takut!
Itulah kata-katanya di dalam keadaan sekarang ini. Dia berdegil dan aku berkeras pula kerana aku kurang selesa meskipun mahu tapi malu. Kurang asam kalau aku berfikiran begitu. Aku mesti pertahankan maruahku.
“Lepaskan!” Pintaku sekali lagi.
“Tak nak!” Dia tak mahu mengalah dan masih memeluk aku bersama dengan ketakutannya itu. Aku tak boleh biarkan. Mana boleh perempuan peluk aku! Dia bukan muhrimku. Perasaan dan naluri kelakianku bergetar hebat. Sejauh manakah aku mampu menahan godaan ini?
Ini adalah serius. Ini bukan main-main. Semuanya gelap gelita. Badannya aku tolak supaya dia lepaskan aku. Namun dia tidak lepaskan. Dia memeluk kemas. Jantungnya dan jantungku terasa berdetak kencang.
Aku dan dia berkeadaan begitu dalam beberapa minit. Usai itu bekalan elektrik bersambung semula. Aku dan dia bertaut pandangan. Mata bertentang mata mesti salah satu mengalah. Dia mula tunduk malu-malu dan segan dengan aku. Aku juga begitu. Sungguh tak ku sangka diriku didakap erat oleh seorang perempuan yang paling aku benci dalam dunia ni.
“Kenapa kau peluk aku?”
“Kau ingat aku ingin sangat ke nak peluk kau tu? Badan hamis bau minyak!”
“Badan aku wangi okey! Hari-hari aku pakai perfume.” Suka-suka hati dia tuduh badan aku bau hamis! Apa dia fikir badan dia wangi sangat ke? Bau macam loji kumbahan pun layak untuknya.
“Perfume pasar malam berharga lima ringgit!” Dia perli aku lagi.
Kenapa dengan dia ni? Geram sungguh aku dengan spesis perempuan macam ni. Ya Tuhan, pengsankan aku ketika ini ataupun biarkan aku koma selama seminggu agar aku boleh lepas dari memikirkan hal yang mampu membelah otakku. Dia boleh aje pengsan tapi kenapa aku tak pengsan pulak ni? Pengsanlah, pengsanlah, aku merayu dalam hati.
“One Drop Perfume okey! Macam-macam jenis bauan ada dan kau jangan nak berlagak dengan aku ya! Kalau kau tu kaya sangat kenapa nak tinggal kat sini? Pergilah tinggal tempat lain. Kondo ke atau hotel ke. Tempat ni juga kau nak duduk.” Aku geram.
“Ikut suka hati akulah nak duduk dekat mana-mana pun. Ini rumah sewa abang aku okey! Dia beritahu aku kau duduk dekat sini baru setahun sahaja sedangkan dia sudah dua tahun tinggal sini masih tak boleh nak balik ke Johor lagi! Aku pun terpaksa duduk sini!”
“Ada aku kisah kau tak balik Johor ke balik Johor ke? Ooo kau nak balik Tampoi ke? Baru aku tahu kau dan abang kau memang penghuni setia dekat Hospital Tampoi tu...” Aku menjeling dan Nisa Zulaikha berkerut dahi serta mengecilkan anak matanya merenung tajam ke arahku.
“Boleh tak kau jangan sebut nama tempat tu lagi? Atau kau sebenarnya nak duduk kat sana? Aku bukan asal Tampoi! Aku asal J-O-H-O-R B-H-A-R-U! Johor Bharu! Faham!” Nisa Zulaikha marah betul nampaknya siap bercekak pinggang. Selagi dia marah selagi itu aku suka. Tapi kenapa dia tak pengsan lama-lama? Aku juga yang susah. Rasa menyesal pun ada kejutkan dia dari pengsan.
“Ada aku tanya ke? Takde kan?Jadi jangan nak beritahu aku apa-apa kerana aku tak berminat nak tahu di mana asal kau sebabnya aku dah tahu kalau abang kau tu asal dari Johor takkan kau dari planet Marikh pulak kan?” Balas aku dengan penuh rasa geram berguni-guni banyaknya. Tadi elok aje peluk aku sekarang buat muka retak seribu. Hati aku ni dah berkaca dia tak tahu.
Di saat aku dan Nisa Zulaikha bertegang leher, tidak semena-mena pintu rumah diketuk. Perang mulut antara aku dan dia terhenti begitu sahaja. Aku pandang dia, dia pandang aku lantas aku dan dia serentak menoleh semula ke arah pintu masuk utama yang berkunci.
“Aku rasa abang kau dah balik. Pergi bukak pintu.” Arahku padanya.
“Kenapa aku pulak yang kena buka pintu? Kaulah pergi!” bentaknya sambil menghempaskan punggung di atas sofa.
Aku menjeling ke arahnya. Aku yang tidak berbaju itu terus melangkah untuk membuka pintu. Badanku yang seksi memang dari awal lagi dilihat oleh Nisa Zulaikha. Malu jugalah tapi apa boleh buat keadaan memaksa sebab aku terkejut masa awal-awal dia pengsan.
Nazmey pula waktu begini baru nak balik. Sungguh menghairankan aku. Ke mana dia pergi sejak semalam? Jauh membawa diri baru sekarang dia pulang.
Dengan perlahan-lahan aku membuka pintu itu.
“Assalamualaikum... kami dari Jabatan Agama Islam.” Terbeliak biji mata aku melihat orang berkupiah dalam enam orang itu berdiri di hadapan muka pintu. Darah aku naik mendadak rasa nak pitam. Apa sudah jadi?

***

Bagaikan sebuah mimpi ngeri. Apa yang berlaku sebulan yang lalu membuatkan aku betul-betul bertaubat. Begitu susah untuk aku memikirkan hal berkenaan. Mengambil masa selama itu barulah kes aku kena tangkap basah tu dapat diselesaikan. Sungguh mengaibkan diriku. Oleh kerana tidak mahu berita ini tersebar maka aku terpaksa berkahwin dengan Nisa Zulaikha! Argh! Dia menjadi isteri aku juga! Ya Allah dalam usia semuda ini aku sudah ada isteri.
Nazmey senyum sinis di hadapan mataku. Dia gembira bergelar sebagai abang iparku. Dia ingat adik dia tu bagus sangat ke untuk aku mengahwininya, semua ni kerana terpaksa tau! Perempuan yang sudah dipeluk oleh lelaki lain di hadapan mataku masih lagi laku menjadi isteri aku. Tiada pilihan lain lagi ke?! Aku takkan pernah lupakan hal tu.
Aku memang tak nak kahwin dengan Nisa Zulaikha tetapi semuanya kerana sebuah kontrak. Ada kontrak lagi! Kontrak aku dengan Encik Razak belum settle lagi ini kan pula kontrak terbaru dan terkini tapi aku sebenarnya gembira dengan kontrak baru ni, kontrak di antara aku dan Nisa Zulaikha. Oleh itu aku terima sahaja.
Aku tak beritahu ibu aku tentang pernikahan ini tetapi bagi pihak Nisa Zulaikha hanya keluarganya sahaja yang tahu. Baru aku tahu hal sebenarnya. Kini jelas siapa sebenarnya Nisa Zulaikha dan Nazmey Adam.
Mereka anak kepada seorang Dato`. Bertuah sungguh Dato` tu dapat anak yang tak tinggal rumah besar. Yang anak lelakinya pula pakai kereta biasa tinggal rumah flat aje dan yang perempuannya tu kerja McDonalds rupanya. Nak tergelak aku. Tapi baguslah mereka berdua tak menunjuk dan aku tak tahu kenapa mereka berdua tak berkerja di syarikat ayahnya sendiri? Kenapa berkerja sebagai kerani dan seorang lagi bekerja di fast food tu?
Tapi, bagi aku itu semua tak penting. Aku bukan nak berkahwin dengan anak Dato`. Aku tak nak dianggap sebagai lelaki pisau cukur. Ada ke? Aku memang tak nak! Bagaimana ni aku dah jadi suami pada perempuan gedik?
“Abang, hari ni kami balik JB.” Nisa Zulaikha memberitahu pada Nazmey.
Aku diam sahaja tak banyak cakap. Sejak berlakunya tragedi malang itu aku kurang bercakap. Serius aku tak berani cakap apa-apa. Encik Razak juga tidak tahu hal ni. Aku merahsiakannya.
Nazmey mengangguk sahaja. Dari riak wajahnya dia tidak suka berpisah namun apa boleh buat aku dah jadi suami orang. Aku dah jadi adik ipar Nazmey tanpa ku sangka-sangka bagi menutup aib ini aku terpaksa berkahwin dengan orang yang ku benci sebenar-benar benci.
“Abang tahu kamu berdua balik JB kerana abang juga yang kena hantar kau ke hentian bas Jalan Duta tu.” Nazmey tersengih-sengih.
“Tapi kami akan datang KL  ni semula. Lelaki bengap ni nak teruskan kerja dekat kilang tu.” tempelak Nisa Zulaikha.
“Apa kau cakap? Kau kata bengap?!” aku terkejut ucapan itu terpacul dari mulut dia.
“Habis tu apa lagi? Kalau bukan sebab kau aku tak berkahwin dengan kau tahu tak!”
“Kau ingat aku nak kahwin sangat ke dengan kau tu?” Aku tak kira depan Nazmey pun aku marah-marah.
Nazmey cuba menghalang tapi aku tak peduli. Kalau Nisa Zulaikha masih keras kepala aku juga akan keras kepala. Aku tak nak mengalah dengan perempuan bernama Nisa Zulaikha ni.
“Cukuplah tu, kenapa dengan kamu berdua ni? Asyik nak bertengkar aje. Abang dah pening dengan korang ni. Cepat sikit angkat barang-barang tu abang tunggu dekat kereta.” Nazmey mula menyusun langkah.
“Aku tak boleh panggil kau abang!” Balasku tidak berpuas hati bila Nazmey berbangga dengan pangkat ‘abang’ yang disandangnya kini. Aku tak suka Nazmey berbahasa dirinya sebagai abang dekat aku.
“Aku pesan dekat adik akulah!” bentak Nazmey mencerlung mata.
Memang sakit hati aje dengan semua ni. Bilakah mimpi ngeri ini akan berakhir? Kena tunggu enam bulan? Lama tu enam bulan. Tension aku begini dan alamatnya mati keringlah aku.
“Cepatlah!” Nisa Zulaikha pula memarahi aku. Nasib...
Aku terus bawa beg. Dia goyang kaki! Argh! Macam ni pun ada ke? Bosan sungguh. Ya Allah kenapa nasib aku tiba-tiba jadi macam ni? Kenapa jodoh aku dengan perempuan ni? Aku masih layak mendapat perempuan lebih baik daripada ni.
Di saat aku hendak keluar dari rumah flat itu aku terlihat seseorang di hadapan mataku ini. Doa berdiri tidak jauh daripada aku. Nazmey kehairanan. Tanpa berlengah lagi Nisa Zulaikha pula meluru laju ke arah orang itu.
Aku cuak. Aku takut perkara yang tidak ingini berlaku. Mana boleh dibiarkan nanti terjadi perang. Perang dunia ke empat! Habislah meletup satu Kuala Lumpur ni. Aku cepat-cepat melangkah juga sambil melepaskan beg besar itu. Aku terkocoh-kocoh membuntuti langkah Nisa Zulaikha.

p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

8 comments:

  1. Peerang, jgn x perang.... Haila Nazmey neh.. Hilang camtu je, tetibe muncul wat macho.. hakhakhak..

    ReplyDelete
  2. cian.. terpaksa kawen perang dunia ke empatlah jawabnya...

    ReplyDelete
  3. Tak ape perang dunia keEmpat..heE
    tpi nanti bisa heppi n diorang bahagia;)

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka