PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday 16 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 8

Aku gelisah sendiri. Aku tidak tahu di mana Nazmey dan Nisa Zulaikha berada kerana waktu ini mereka berdua masih belum pulang lagi. Sudah pukul satu pagi. Aku jadi risau dan takut kalau-kalau terjadi apa-apa pada mereka. Sebelum ni Nazmey selalu beritahu aku sekiranya dia pulang lambat supaya aku tak masak lebih takut membazir sahaja. Biarpun aku bencikan adik Nazmey tu tapi tidak bermakna aku tidak risaukan keselamatannya. Jika adiknya itu mahu mati sekalipun biarlah dia mati di tangan aku agar dapat aku hapuskan dendam ini secepat yang mungkin. Memang dia yang bocorkan tayar motosikal aku tu. Itulah sebabnya aku setia menunggu dan sudah tidak tahan lagi dengan sikap yang sedemikian rupa.
Tidak berapa selepas tu aku terdengar bunyi keriukan pintu dikuak aku yang terbaring di sofa itu hanya melihat kelibat dua insan dari kesamaran cahaya.
“Kau tinggal dekat sini ke? Carilah rumah besar sikit...” ucap suara seorang lelaki dan aku nampak bayangan mereka berpelukan. Tak senonoh betul, Nazmey ke tu? Eh? Mustahil Nazmey pula yang tanya macam tu. Aku pasang telinga.
“Yes, aku tinggal dekat sini. Kenapa? Kau nak tumpang tidur ke? Marilah sayang...” aku dengar lagi suara perempuan. Bila aku dengar betul-betul aku yakin mereka berdua sedang mabuk. Astarghfirullah al`adzim...
“Tak naklah sayang... nanti kena tangkap basah,”
“Ada ke tangkap kering? Basah-basahlah dingin...” balas perempuan itu. Aku yakin itu adalah suara Nisa Zulaikha.
Belum pun sempat Nisa Zulaikha menarik lelaki itu masuk sampai ke dalam aku terus tekan suis lampu maka terang-benderanglah keadaan di dalam rumah aku ni. Pembetulan, rumah sewa aku, nak beli tak mampu.
Aku perhatikan mereka berdua dari jarak seratus sentimeter. Nisa Zulaikha bermata sepet, begitu juga dengan lelaki ala-ala hero Tamil. Lelaki itu yang tadinya sepet matanya terus membulat besar terlihat aku bercekak pinggang. Memang dasar perempuan perangai tak elok! Maki aku dalam hati.
Lelaki tu terus pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada aku. Ceh! Pergilah! Kau fikir rumah ni tempat buat maksiat ke? Kurang ajar sungguh! Aku merenung tajam ke arah Nisa Zulaikha yang pulang dalam keadaan mabuk. Baunya sungguh busuk. Ya Allah kenapa perempuan ni jadi macam ni? Teruknya...
“Kau pergi mana masa ni baru balik hah? Kau fikir ni hotel ke yang kau boleh nak check in dan check out sesuka hati selepas tu bawa balik jantan nak bawa masuk dalam rumah ni? Kalau gempa bumi berlaku dengan aku-aku sekali terkambus kau tahu?!” aku berleter macam Makcik Munah jiran sebelah ni. Mulut jiran tu boleh tahan suka ambil tahu hal orang sekiranya dia tahu ada perempuan tak elok tinggal di sini. Kecoh satu flat ni nanti.
“Hei... kau ni kenapa nak ambil tahu hal aku hah? Kau jaga diri kau tu sudahlah! Yang kau sibuk-sibuk ni nak buat apa? Nak berlagak alim? Pigi daa...” jawab Nisa Zulaikha yang terhuyung-hayang sambil melangkah masuk.
“Kasut tu buka ar! Kau ingat ni rumah anak orang kaya ke boleh masuk pakai dengan kasut tumit tinggi tu?” larang aku yang memang tidak puas hati.
“Memang aku anak orang kaya, jadi ikut suka hati akulah nak masuk pakai apa pun. Kau jangan ambil tahu hal aku boleh tak? Kau tu sudahlah miskin, kerja kilang pula tu, tak ada value langsung kau tu. Ada hati nak mengurat aku. Aku tahulah aku ni cantik... kecantikan aku bukan untuk kau,. Tepi! Jangan halang laluan aku!” bentak Nisa Zulaikha yang mabuk. Memang sah! Bercakap dengan orang mabuk tak ada gunanya. Aku mengucap panjang di dalam hati lihat sikapnya.
‘Dedegang!’ bunyi pintu bilik dihempas kuat.
Kurang asam sungguh! Perempuan ni betul-betul buat aku hilang sabar. Aku terus kunci pintu masuk utama tu dan usai itu aku terus melangkah ke depan pintu biliknya. Aku ketuk kuat-kuat.
“Buka pintu ni!” suruh aku.
Tiada respons diberikan. Aku suruh lagi tapi tetap sama. Bila aku berundur baru pintu tu dibuka. Aku menoleh semula.
“Ada apa sayang... nak tumpang tidur ke?” soalnya pada aku.
“Otak kau! Kau bocorkan tayar motosikal aku kan?” aku terus soal siasat.
“Kalau ya pun kenapa? Dan helmet kau tu aku sedekahkan dekat orang... helmet sticker Power Ranggers kau tu...” bila aku dengar dia cakap begitu terus aku peratikan aurat rambutnya. Berdosa aku paksa mata aku tengok. Memang! Memang rambut dia perang! Bila masa pula dia warnakan rambut dia tu? Dia ni ke awek aku yang Abang Mokhtar katakan tu? Memang gila perempuan ni!
“Kau jangan cakap banyak! Aku nak kau bayar ganti rugi dekat aku!”
‘Gedegang!’ sekali lagi pintu itu dihempas. Nisa Zulaikha terus berkurung di dalam bilik. Aku panggil-panggil lagi dia tak layan. Dah mati agaknya!
Baru sahaja aku nak masuk dalam bilik aku, terdengar tombol pintu rumah sedang dipulas-pulas. Aku perati dan kemudian terdengar anak kunci jatuh berulang kali. Pencuri ke? Aku menduga.
Aku terus mengambil kayu besbol dekat tepi dinding tu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Selepas sahaja pintu itu dikuak aku terus menghala kayu besbol itu dan bagaikan filem Matrix masa dapat dihentikan seketika tatkala kayu besbol itu hampir kena kepala Nazmey. Kus semangat. Nasib baik tak pecah kepala dia kerana mata aku masih lagi terang memerhatikan rupa Nazmey.
“Kau ke mana Nazmey baru balik?” soal aku. Tapi keanehan telah berlaku. Nazmey tersedu-sedu pula selepas itu aku pun terbau benda yang sama seperti mana bau dari mulut Nisa Zulaikha.
Nazmey diam sahaja.
“Encik Nazmey Adam Bin Hisyam abang kepada Nisa Zulaikha Binti Hisyam, kau pergi mana balik mabuk-mabuk ni?”
“Balik dari parti...” balas Nazmey terhuyung-hayang kemudian aku memerhati sahaja langkahnya menuju ke bilik.
“Hello! Tu bilik aku! Bilik kau tepi sana tu!” beritahu aku pada Nazmey yang tersalah bilik. Aku terus menggeleng tak tahu apa yang perlu aku katakan lagi. Rosak! Aku tak dapat bayangkan betapa aku terseksa tinggal di sini. Tinggal bersama orang yang buat maksiat! Berkali-kali aku nasihatkan Nazmey. Sebelum ni dia pernah mabuk juga dan berjanji takkan mabuk lagi tapi baru tadi dia ulang lagi tapi yang paling aku tak sangka adalah adik Nazmey tu, hurm...

***
            Aku tidak dapat lelapkan mata. Tanganku di dahi dan mataku memandag sepi pada siling rumah. Aku sudah keliru dengan keadaan ini. Lantas fikiran aku beralih pada surat itu. Surat dari Encik Razak. Aku terus bangun dari katilku lalu aku teliti semula kandungannya.

Tawan hati Emylia.

Baca tajuknya sahaja pun aku dah cuak. Belum lagi aku nak teruskan baca syarat-syaratnya. Ini surat perjanjian! Aku kena turunkan tandatangan. Encik Razak memang betul-betul susahkan aku. Aku mana suka perempuan macam Emy tu. Dia tu lasak dan aku baru berusia sembilan tahun berbanding Emy enam tahun lebih tua daripada aku. Barangkali kematangan fikizal aku menampakkan aku sebagai lelaki macho dan tampan. Biasalah wajah anugerah Tuhan wajib aku syukuri.
Kenapa Encik Razak paksa aku buat kerja ni? Aku dalam dilema pulak dah! Aku dah banyak terhutang budi dengan dia. Aku disuruh bercinta dengan Emy. Gila ke apa ni? Patutlah dulu senang-senang dia pinjamkan aku duit sebanyak dua ribu ringgit walaupun baru kenal. Aku terdesak waktu tu. Ibu aku dikampung perlukan duit jadi aku terpaksa meminjam dan tanpa syarat, Encik Razak berikan aku duit tu.
Aku sudah tidak keruan. Cuma satu yang aku belum faham, kenapa? Kenapa aku mesti tawan hati Emy? Encik Razak langsung tak beritahu aku sebabnya. Dia suruh aku fikirkan hal itu. Tapi dia beri surat ni pula. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Semalam beritahu sama ada aku terima kenaikan pangkat atau pun tidak, aku kena fikir dulu kerana tanggungjawab jadi supervisor ni berat. Bukan aku tak nak jadi supervisor, baru kerja setahun aje pun, kemungkinan itu adalah rezeki aku tapi aku belum bersedia. Tapi soal surat ni pula...
Aku lemas! Dan aku rasa orang lain mungkin tak faham sekiranya aku mengadu. Mana boleh! Encik Razak pesan ini rahsia. Tak boleh beritahu sesiapa walaupun pada makcik cleaner ataupun pada pengawal keselamatan di kilang eletronik tu.

4 comments:

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka