PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Monday 18 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 14

Ais batu tiub terpaksa aku letakkan dekat mata yang lebam. Aku terbungkam atas katil dalam bilik. Sakit sungguh hati aku mengenangkan hal itu. Sudahlah jadi begitu lepas tu pula tadi si perempuan senget tu menjelir lidah perli aku. Aku tak ada mood nak layan dia yang cari pasal dengan aku. Memang aku tunggu masa aje dia ni. Kesabaran aku semakin hari semakin tipis. Setiap saat helaian kertas sabar itu tercarik lantas kain hati pula koyak rabak. Memang rasa marah aku berada di tahap yang paling kritikal.
Dari sudut pandagan aku mengenai perempuan tu, memang tidak dapat dinafikan bahawa dia begitu cantik, kulitnya yang putih dan cerah dan ada gaya namun budi bahasa dia out terus. Aku tak tahu apa kena dengan dia tu. Dah berulangkali aku nasihatkan hati aku sendiri supaya memberi ruang untuk bertanya padanya. Bercakap baik-baik dan selepas itu selami apa masalah dia kenapa jadi begitu? Tetapi negatif perit dalam hati merusuh sahaja sukar meluahkan kata-kata yang baik.
“Hoi! Bukak pintu ni!” rehatku diganggu.
Kenapa jadi begini? Kenapa dia datang mengetuk pintu bilik aku bagai nak pecah? Tolong jelaskan padaku yang tidak mengerti. Oh! Sampainya hatimu wahai perempuan yang cantik yang tidak tahu budi bahasa namun malangnya aku juga begitu. Kenapakah? Tolong ingatkan aku kisah semalam kau ketawakan aku dan ingat kembali apa yang telah kau lakukan pada aku? Aku hanya sekali menyakiti lidah rasamu dengan air masin tetapi kau terus menerus sarkastik pada aku.
Aku bangun dengan perlahan-lahan. Aku kuak pintu bilik aku. Malam yang hangat dengan bahang rasa benci menular hebat. Kian membuak-buak di dalam hati aku ni. Barangkali dia juga begitu. Melihat dirinya umpama seekor kijang sedang menari-nari. Terasa lapar nak makan daging kijang pula malam ni. Bagaimana kalau aku mengambil pisau di dapur lalu aku sembelih kijang itu? Mahu salai atau goreng? Mana-mana mungkin boleh asalkan kena dengan rencahnya.
“Nak apa?”
“Saja nak tengok mata kau dan aku pun nak ha ha ha.” Siot! Itu aje ke? Dia nak tengok mata aku dan terus ketawa menggila?
“Aku rasa kau ni layak masuk Hospital Tampoi!”
“Kalau aku tak nak tapi kau aje yang masuk, macam mana?”
Dia tetap nak menang. Tak mahu mengaku kalah.
“Malas aku nak layan kau ni. Bila kau nak keluar dari rumah ni? Aku rasa lebih baik kau cari rumah lain je sebab perempuan macam kau ni tak elok tinggal dekat sini. Kau bukan muhrim aku!” Ucap aku akhirnya.
“Kau nak halau aku ke? Ada aku kisah orang nak cakap apa? Pegawai jabatan agama datang sekalipun aku tak peduli. Aku sanggup kahwin dengan kau.” Gila! Perempuan ni cakap apa? Aku betul-betul tak faham. Nak kahwin dengan aku?
Hello! Adakah kau layak menjadi isteri aku? Minta dijauhkan dari orang macam kau menjadi isteri aku.”
“Bukan ke kau dulu miang nak mengorat aku dan aku sedikit pun tak layan kau. Kau dah ubah fikiran ke?” dia mengerling mata padaku kemudian memuncungkan mulut.
“Dari aku layan kau baik aku berborak dengan abang kau tu. Tapi abang kau tak balik-balik lagi. Kau dengan abang kau tu sama aje. Liar!” tempelak aku padanya termasuk Nazmey yang tiada di rumah. Semua tanggapan aku berubah kerana mereka berdua pulang dalam keadaan mabuk semalam. Jadi aku memang tidak senang dengan keadaan ini. Aku tidak suka melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata aku begitu sahaja.
Nisa Zulaikha tarik telinga aku. Sesuka hati dia tarik telinga aku. Apa hak dia?
“Kau kenapa tarik telinga aku?”
“Sini kau! Duduk sini!”
Dia mengarahkan aku duduk atas sofa. Apa yang menghairankan aku adalah kenapa aku ikut sahaja laluannya ketika dia tarik telinga aku sampai ke sofa? Mudah-mudah aku menurut. Jangan-jangan hati aku ni... ah! Tak mungkinlah. Mana mungkin aku jatuh hati pada dia. Aku benci dia! Aku benci dia! Sekali lagi aku ulang, aku ben... ah! Tak dapat ulang banyak kali nanti kalau aku benci lebih-lebih orang kata bertukar sayang. Tak nak aku!
Aku tenung dia dalam-dalam. Tiba-tiba satu keanehan telah berlaku. Dia duduk sebelah aku. Aku jadi pelik. Memang pelik. Dia sapukan ubat pada bahagian muka aku yang membengkak tu. Biar betul? Dan aku pun tak melawan. Statik sahaja di situ.
“Kenapa kau tiba-tiba baik dengan aku ni?” aku  bertanya padanya.
“Aku kasihan tengok kau kesakitan. Maklumlah aku dah terlebih teruk hingga sanggup pancitkan tayar motosikal kau tu di depan dan belakang. Lepas tu aku buang helmet kau dalam longkang. Tak cukup dengan tu, baru sebentar tadi aku masukkan sekilo garam dalam tangki minyak motor kau.” Dia membuat pengakuan jujur dan aku tersenyum kerana dia mengaku juga. Eh?! Aku dah pelik ni.
“Apa?! Kau masukkan garam dalam tangki minyak motor aku?! Hoi! Berkaratlah tangki aku! Rosaklah enjin motor aku! Kau ni memang gila! Memang gila!” bentak aku sambil hantuk-hantuk kepalanya dekat meja sofa itu sampai berdarah.
“Kau memang gila! Kau memang gila,” sambung aku lagi.
“Hoi Hakim!!” eh?!
‘Gedebuk!’ aku terjatuh dari sofa. Aku terpisat-pisat memandang sekeliling. Aku dah bingung sendiri. Apa hal dengan aku ni?”
“Kau kenapa bising-bising? Aku balik sahaja kau meronta-ronta macam kena tikam pisau aje.” Tadinya pandangan mata aku kelabu sekarang ni sudah jelas. Aku nampak Nazmey bercekak pinggang di hadapan mata aku.
“A..aku... a...aku...” dah tergagap pula.
“Kau mengingau! Aku tahu kau mengingau!” bentak Nazmey. Aku rasa dia baru balik agaknya. Aku pandang jam di dinding. Pukul tujuh setengah petang. Tidak pernah aku tidur petang sampai waktu Maghrib.
Rupa-rupanya aku mengingau. Astargfirullah al`adzim... aku mengucap panjang sambil mengusap wajahku sendiri yang terjelepok di lantai birai sofa.
“Tu... kenapa dengan mata kau?”
“Terjatuh.” aku berbohong.
“Dekat mana kau jatuh?”
“Jatuh dekat bawah.” Kata aku selamba.
“Memang jatuh dekat bawah! Kalau jatuh dekat atas itu bukan jatuh namanya! Itu melayang!” Nazmey naik angin pula.
“Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Selalunya kau tak macam ni?”
“Kau diamlah!” aku nampak muka dia merah padam. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Wajahnya yang langsung tidak ceria. Banyak berubah sejak dari malam tadi dia mula mabuk lagi. Hari ni bagaimana?
“Kau tak nak cerita apa-apa dekat aku ke?”
“Kau ni banyak tanya pulak Kim...” dia perlahankan suaranya sambil duduk di sofa. Aku juga bangun dan duduk di situ.
Aku paut bahu dia. Aku cuba tenangkan dia walaupun aku masih lagi tertanya-tanya apakah makna igauan aku sebentar tadi? Aku terpaksa lupakan seketika dan aku ingin tahu kenapa Nazmey marah-marah macam ni.
“Kenapa ni Mey...” aku goyang-goyangkan bahunya namun ditepis laju.
“Aku tension ni.” Katanya merenung tajam ke arah aku.
“Selalunya kalau kau tension kau mesti beritahu aku kan? Tapi kenapa kau nak berahsia dari aku pulak ni?” aku memancing.
Nazmey diam seketika. Aku tidak boleh tunggu lama lagi.
“Macam nilah, aku nak mandi dulu... waktu maghrib dah nak habis... nanti kita sambung okey?” pesan aku pada Nazmey. Aku harap dia akan menceritakan masalahnya pada aku. Masalahnya masalah aku juga. Sudah namanya teman serumah.
Aku terus angkat punggung mahu masuk ke dalam bilik. Aku pandang Nazmey yang sedang memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan lalu digosok laju melepaskan perasaan. Dari lagaknya itu aku yakin dia sedang tertekan namun aku tidak pasti apakah punca.
Langkah diteruskan lagi untuk masuk ke dalam bilik. Tapi aku rasa belakang aku dilanggar sesuatu. Aku terus menoleh. Aku nampak makhluk halus! Halus sangat di hadapan mata aku. Nisa Zulaikha menjadi halus di mata kerana kebencianku! Aku geram sangat tengok muka dia sedang menjuih bibir menyindir aku. Dia sengaja tolak aku tadi. Tak apa barangkali ada abang dia maka dia berani sentuh aku. Dia jelirkan lidahnya tetapi aku membalasnya dengan senyuman. Sengaja nak bersikap optimis terhadapnya menyorok perasaan sebenar dari Nazmey. Kalau Nazmey tahu aku bergaduh dengan adiknya bagaimanalah tanggapan dia terhadap aku nanti?

3 comments:

  1. mimpi rupenye..ingtkn betu;2 td..hehe..tu yg pelik nape la tetibe nisa jd baik cmtu..hehe

    ReplyDelete
  2. biar betui si hakim 2 baru 19 tahun?? gila muda... tapi,, cara dia cakapmacam dah 24+ dah.. hahaha

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka