PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday 16 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 7

Hurm... keluhan kecil aku lepaskan. Aku tahu Tuhan tak suka pada orang yang berputus asa tetapi aku tidak akan sesekali berputus asa untuk menewaskan si perempuan itu dari terus bermaharajalela di rumah sewa aku. Dia fikir, dia adik pada Nazmey aku kisah? Hei! Ada aku kisah ke? Amboi marah sungguh aku ni pada dirinya. Memang muka aku menahan marah yang teramat dalam hari ini. Kalau diikutkan aku taknak pergi kerja tapi oleh kerana aku ada tanggungjawab maka aku pagi tadi pergi kerja juga. Aku terpaksa naik teksi! Argh!
Sesampainya aku dekat rumah mesti dia ucap “Naik teksi bang?” siap kau aku baling spotrim motor aku tu dekat muka kau!
Aku sekarang ni ada dekat kedai motor. Aku tampung tayar yang bocor. Motor aku tak pakai tiub, pakai tayar terus laa... silap! Bukan aku yang tampung tapi abang yang bekerja di kedai Ah Keong ni buatkan, aku tolong tengok aje.
Sorrylah dik, memang tak boleh nak tampung lagi ni kena tukar tayar baru,” kata abang tu. Habis duit aku! Memang perempuan tu buat nasib aku bertambah malang.
“Takkan tak boleh bang?”
“Lima belas lubang, mana boleh tahan dik?”
“Apa?! Lima belas?” terkejut aku mendengarnya lima belas tusukan pada tayar motor aku tu. Nampak gayanya benar-benar cedera parah ni.
“Ya adik abang dah pam banyak kali tapi laju je angin keluar. Tengok ni, bebuih-buih air dalam baldi... ish ish ish... ni mesti kes aniaya ni,” kata Abang Mokhtar.
“Tak apalah bang... abang tukar baru. Tak apa saya redha dengan ketentuan Ilahi ke atas diri saya hamba-Nya yang lemah. Saya pasrah dalam hal ni. Kerana jiwa terluka saya terpaksa korban duit untuknya,” balas aku sebak di dada yang tidak diketahui oleh sesiapa.
“Abang mendoakan kesejahteraan ke atas mu dik... abang tumpang simpati di atas nasib yang menimpamu. Semua ini ada hikmahnya. Adik hanya perlu berserah ya dik... malam nanti buat solat hajat... Tuhan makbulkan doa-doa orang yang teraniaya ni,” balas Abang Mokhtar mengingatkan aku tentang solat hajat. Betul juga kata Abang Mokhtar bahawa aku mesti buat solat hajat malam ni supaya Tuhan tunjukkan siapa sebenarnya orang yang khianat motor aku ni, mudah-mudahan orang itu mendapat seksaan dan azab yang pedih. Tapi... dalam hati aku timbul nama Nisa Zulaikha aje, kenapa ya?
Motor aku ada dalam rumah. Motor aku tu tak terbiar dekat luar. Siapa aje yang berani usik motor RXZ aku ni? Antara dua, Nazmey ataupun... ah! Aku yakin memang adik Nazmey punya kerja ni. Dia memang bengang gila dekat aku. Sah! Memang sah dia!
Lama juga aku tunggu Abang Mokhtar tukar tayar belakang motor aku tu. Aku dah nak balik dah ni... pagi tadi dia tak buat awal-awal. Aku dah tinggalkan motor dekat kedai ni. Datang je petang ni tak siap lagi. Pening kepala aku ni. Barangkali ramai pelanggan kut? Tak mengapalah asalkan siap.
“Okey dik... dah siap... pergi bayar dekat kaunter ye.” Beritahu Abang Mokhtar kepada aku. Maka aku mengangguk dan terus membuat pembayaran di situ.
“Bang... helmet saya mana?”
“Helmet?”
“Saya tinggal pada abang kan pagi tadi,”
“Yang warna merah tu ke?”
“Yelah bang warna merah itulah yang ada sticker Power Ranggers tu...”
“Oh... awek kau yang datang ambil tadi, dia kata kau yang suruh jadi abang beri jelah...” ujar Abang Mokhtar.
“Awek?” aku terkejut. Bila masa aku ada awek? Tackle awek pun tak pernah dapat, macam mana pula aku ada awek yang datang dengan baik hati sekali tolong ambilkan helmet aku? Luhur sungguh budinya hingga meruntun jiwaku.
“Ya awek kau yang rambut perang tu... kau ni ramai sangat awek kut sampai lupa yang mana satu.” Kata Abang Mokhtar.
“Abang...  pinjam helmet bang yang dekat dalam tu bang, boleh?” aku tak ada helmet nak pakai jadi aku harus pinjam. Kepala aku ni bukan cap besi. Kalau terhantuk dekat mana-mana nanti pecah, payah pulak kena masuk hospital.
“Pinjam tak bolehlah dik... kena beli,”
“Semua mahal bang, yang murah tak ada?”
“Ada, tunggu sekejap ye...” nasib baiklah ada. Aku takut juga berada di jalan raya yang sibuk sekirangnya tidak memakai topi keledar. Kalau sudah ditahan polis bagaimana? Itu satu hal, kalau terjadi apa-apa pula? Aku juga yang susah dan bukannya orang lain. Aku dirundung kesedihan mengenangkan nasib malang ini.
“Ini... kau tak payah beli, abang beri terus,”
“Bang... ni safety helmet orang bawa masuk tapak projek pembinaan bang... saya ni naik motor bukan bawa batu bata buat dinding rumah atau pun angkut simen,” Abang Mokhtar kenakan aku di saat hatiku berlagu pilu. Oh... mengapa begini? Sentimental pula jadinya. Aku rasa nak menangis aje melihat wajah Abang Mokhtar sedang senyum sinis. Nak tak nak aku kena beli helmet baru. Terbang lagi duit aku.

***

Saat pintu rumah dibuka. Sudah malam aku sampai rumah. Badan aku juga keletihan. Dalam banyak-banyak hari, hari inilah aku rasa sangat meletihkan. Ini mungkin otak aku lenguh berfikir. Krem kut? Aku melangkah masuk dan membuka suis lampu. Nampak gayanya memang tak ada sesiapa dekat rumah ni. Mana mereka pergi? Aku menjengah jam di tanganku sekilas, sudah pukul sembilan setengah malam. Aku belum solat fardu Isyak lagi.
Aku berundur semula untuk membawa masuk motor aku ke dalam. Malam ni aku tak nak ke mana-mana. Aku nak berehat. Esok hujung minggu bolehlah aku rehatkan minda. Aku menghelakan nafas aku dan aku lepaskan perlahan-lahan. Baru rasa lega sedikit tapi marah tetap marah.
Setelah semuanya selesai aku terus menuju ke bilik aku yang kecil tu! Sempat lagi aku melihat pintu bilik aku yang dulu tu sebelum bertukar milik. Rasa nak terajang aje pintu yang berkunci itu sampai pecah! Geram aku! Kalau dia tak ada malam ni pun okey juga. Buat menyemak aje dia ada dalam rumah ni. Tapi kalau dia balik bagaimana? Eee! Aku tak boleh tengok muka dia tu, naik muak aku rasa.
Abang Mokhtar kata awek rambut perang. Tapi rambut Nisa Zulaikha perang ke? Barangkali kut perang, eh? Hitamlah... macam mana boleh perang? Habis itu awek berambut perang tu siapa yang gatal sangat ambil helmet aku? Aku pula lupa nak tanya Abang Mokhtar tentang rupa orang tu. Hidung senget ke? Pipi tembam ke? Jalan terkangkang-kangkang ke? Silap aku juga tidak dapat mengenal pasti suspek.
Baru sahaja aku nak capai tuala telefon bimbit aku menjerit menyakitkan hati aku yang memang tengah bengan. Lantas aku mencapai telefon bimbit aku yang diletakkan di atas meja hadapan sofa tu. Aku tengok pada skrin, apa hal pula dia telefon aku ni?
“Hello...”
“Boleh kita jumpa tak malam ni?”
“Buat apa? Aku letihlah Emy... “
“Malam ni kan malam minggu keluar lepaklah,”
“Kau pun tahu aku ni tak suka lepak-lepak ni, hari minggu aku suka duduk dekat rumah je,”
“Apa kata esok kita pergi tengok wayang?” Emy memberi cadangan tetap juga dia nak keluar dengan aku. Kenapa dengan dia ni? Aku hairan.
“Aku...”
“Bolehlah, dah lama aku tak keluar tengok wayang dengan kau ni Kim... please jangan hampakan aku,” ini yang aku lemah ni. Kalau kena rayu aje aku pula yang lemas. Aku tak boleh beralah.
“Tak bolehlah, aku ada hal lain esok,”
“Hal apa?”
“Aku nak jumpa pari-pari.”
“Pari-pari? Kau ni biar betul. Dekat mana?” Emy banyak menanya.
“Dekat mata dalam tidurku. Aku nak tidurlah esok aku nak berahat sebabnya aku sekarang ni tak sedap badan.” Aku memberi alasan demi alasan bagi mengelakkan diri dari singa lapar itu.
“Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih ajelah,” balas Emy seperti merajuk sahaja lalu dia terus matikan telefon.
Alahai, aku memang serba salah. Tiba-tiba aku teringatkan isi tentang surat tu. Saat ini otak aku terus kusut! Aku seperti mahu kena demam panas ni. Ya Allah bantu aku Ya Allah...

4 comments:

  1. “Bang... ni safety helmet orang bawa masuk tapak projek pembinaan bang... saya ni naik motor bukan bawa batu bata buat dinding rumah atau pun angkut simen,


    ~ adoyai, sakit perut gelak..haha..dr sedih jd lawak plak...tahniah penulis, anda buatkan pagi saya jd ceria..hehe :)

    ReplyDelete
  2. Emy tu mcm suka dekat mamat kilang ni je

    ReplyDelete
  3. hahah... tragis gila hidup dia...kesian..

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka