PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Tuesday 19 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 19

Dihukum cinta palsu. Panah hati menusuk jiwa mati terkulai dalam suara tangisan rindu. Argh! Apa kena dengan mental aku ni? Aku kena belajar jiwang karat. Aku kena jadi orang lain dalam bercinta dengan orang yang tidak aku cintai. Emy, I Love You, palsu bibirku mengucapkannya tidak seiring hati. Aku praktis di bilik sendiri. Tak boleh jadi macam ni. Aku kena tenangkan fikiran duduk minum dekat kedai ke. Perempuan tak guna tu masa aku balik tadi dia tak ada. Mungkin sekarang ni pun dia tak ada. Amannya dunia ni.
Aku bersiap nak keluar minum di restoran yang berhampiran dengan flat aku ni. Aku malas nak mengular jauh-jauh. Badan aku letih dan otak aku pun letih. Aku dan siap solat Maghrib dan solat Isyak. Aku juga dah siapkan makan malam untuk mereka berdua. Nasi putih ikan kering. Minta mereka belajar susah sedikit. Aku dulu pun makan nasi lauk tu aje. Takkan mereka pun tak boleh kut? Tapi aku patut sedar kerana lain orang lain caranya. Hurm...
Bukan mudah untuk mengenali hati budi orang lain namun ia masih boleh diperhatikan dari jarak seratus meter. Apa yang dilakukannya sama ke arah kebaikan atau pun sebaliknya. Bagaimana dengan aku? Jarak lima sentimeter pun orang dah boleh tahu aku ni seorang yang mudah gelabah. Ingin beri ayat-ayat cinta dalam perhubungan pun membuatkan aku berfikir sejuta kali sampai sel otak aku banyak yang dah expired date.
Aku melangkah laju untuk keluar minum. Motosikal RXZ aku masih ada dekat luar dan aku belum bawa masuk jadi tak perlulah aku susah-susah untuk menolak keluar dari rumah motor aku tu. Tombol pintu aku pulas. Aku nak keluar ada pula orang nak masuk. Siapa lagi. Perempuan itu.
“Kau nak ke mana ni?”
“Suka hati akulah nak ke mana pun. Aku tak boleh duduk dalam rumah ni, panas. Maklumlah cuaca sekarang tak menentu.” Balasku sambil memandang ke arah lain buat tak nampak Nisa Zulaikha.
Dia ni dari mana waktu sekarang baru balik rumah? Memang hidup perempuan ni tak ada protokol langsung. Alahai perempuan...
“Abang aku ada tak?”
“Eh? Dia tu abang kau kenapa tanya aku pulak? Kau ingat aku simpan abang kau dalam kocek aku ke?”
“Jawab elok-elok tak boleh ke?” marahnya.
“Nak elok apa bendanya kalau kau sendiri pun tak boleh nak cakap elok-elok dengan aku.” Aku pula yang kurang ajar di saat dia bercakap lembut tapi mimik muka dia tu yang aku tak tahan. Sarkastik gila!
Dia menjeling mata. Ingat lawa sangatlah mata bundarnya tu menjeling seperti orang yang sakit mata. Hairan aku. Orang lawa memang sombong macam ni ke? Pertama kali aku jumpa gadis macam songeh seperti dia ni. Menyesal aku fewit dekat dia dulu. Sungguh aku menyesalinya.
Dia main langgar sahaja tubuh aku ketika dia melangkah masuk. Sungguh tidak bersopan dia ni. Mental plus sewel memang begitu!
“Eh Hakim... dah kahwin kau rupanya? Perempuan mana tu yang baru masuk tu?” tanpa aku sedar terdengar satu suara menyapa aku dengan pertanyaan yang agak releven dan bernas sekali namun boleh dikatakan agak kurang ajar mengatakan aku berkahwin dengan perempuan itu.
“Mak Munah... tak perasan. Mak Munah dari mana ni?”
“Berapa kali dah aku pesan, jangan panggil Mak Munah, panggil Kak Munah pun dah cukup.” Geli aku!
“Siapa tu?”
“Adik kawan sayalah Mak... Kak Munah,” sempat lagi aku membetulkan panggilan itu. Hampir tersasul aku namun setelah memanggilnya sebagai kakak membuatkan aku bakal muntah hijau.
“Aku tak tahu pun?”
“Sekarang dah tahu kan?”
“Sejak bila?”
“Sejak dia keluar dari Hospital Tampoi. Adik kawan saya tu ada masalah otak sikit jadi Kak Munah janganlah usik-usik dia ya. Dulu dia tetak kepala orang sampai terbelah. Orang mental kan ada kad merah. Tapi sekarang ni dah okey sikit. Kak Munah jangan ambil tahu hal dia nanti kepala Kak Munah dan anak-anak Kak Munah sekali ditetaknya.” Aku mengada-ngadakan cerita. Aku memang sengaja nak beri Nisa Zulaikha dengar dan aku pun tak suka Mak Munah ambil tahu jal apa yang berlaku dalam rumah ni.
Aku berucap sambil menjeling sekilas ke arah Nisa Zulaikha yang sedang menghelakan nafasnya di sofa. Mak Munah pula sibuk nak menjengul kepalanya melihat perempuan tu.
Mak Munah terkejut mendengar kata-kataku. Wajahnya berkerut.
“Ye ke Kim?” desis Mak Munah.
Aku mengangguk.
Tapi malangnya anggukan kepala aku itu dihempuk dengan tas tangan.
“Adoi!” aku mengadu.
“Apa kau cakap? Aku mental? Aku baru keluar Tampoi? Kurang ajar kau ni.”
“Mak Munah! Cepat pergi dari sini nanti kepala Mak Munah kena tetak. Sekejap lagi dia pasti cari parang dekat dapur. Pergi Mak Munah!” aku menyuruh Mak Munah pergi dari situ. Mak Munah dengan kelam-kabut terus langkah seribu.
Badan aku dipukul-pukul oleh Nisa Zulaikha. Aku menahan sahaja. Dalam hati aku sedang ketawa riang mampu menyakiti hatinya dengan kata-kataku.
“Apa ni? Apa ni?”
Dia terus menghempuk aku dengan tas tangannya bertubi-tubi. Aku rasa seronok pula dia buat aku. Aih... bila aku tengok wajah dia tengah marah tu semakin jatuh hati pula. Eh?!! Tidak! Mana boleh! Aku benci dia!

***

“Kenapa kau balik lambat?” saat aku baru buka pintu pertanyaan itu terus menjengah di telingaku.
Nisa Zulaikha berdiri di hadapan mataku sambil bercekak pinggang. Wajahnya pucat sahaja barangkali dia takut agaknya tinggal sendiri di dalam rumah.
“Kau tahu tak rumah ni ada hantu!” katanya.
Aku hampir tergelak mendengar kata-katanya itu. Ada hantu? Dialah hantu tu! Bosannya. Takut rupanya.
Aku diam sahaja. Aku tak layan dia. Lantak dialah nak takut ke nak apa ke. Suruhlah balak-balak dia temankan. Jika dia berana bawa masuk lelaki lain dalam rumah ni aku bakar rumah ni!
Aku terus menolak motor aku masuk ke dalam rumah.
“Motor buruk pun nak simpan dalam rumah.” Ucapnya lagi. Aku tahu dia cuba nak sakitkan hati aku.
Usai itu aku terus melangkah dan menghempas punggung aku di sofa. Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menjeling sekilas ke arah perempuan sewel tu yang berkerut dahi dan bercekak pinggang.
“Kau dengar ke tak aku tanya kau?”
Aku terus pekup telinga. Aku yakin darah dia sedang mendidih sekarang ni. Dia mengeluh kasar lalu dia pijak kaki aku.
“Adoi! Sakitlah! Apa ni main pijak-pijak kaki orang?” aku mengadu.
“Aku tanya yang kau buat pekak tu kenapa?” soalnya lagi.
“Aku malas lah nak layan orang macam kau ni.”
“Kau tengok! Sekarang jam sudah pukul berapa?”
Aku terus tengok jam tangan aku.
“Pukul satu pagi.” Jawabku.
“Abang aku belum balik.” Beritahunya.
“Lantak kaulah abang kau belum balik ke apa ke. Yang kau tanya aku apa hal? Dia tu abang kau sepatutnya kau lebih tahu mana dia pergi? Jangan nak susahkan hidup aku boleh tak? Aku ni sebenarnya tak sabar-sabar nak tunggu kau keluar dari rumah ni.”
“Aku takkan keluar!”
“Kenapa kau ni degil sangat? Adik aku tak degil macam kau ni tahu tak? Sekali aku cakap dia mesti patuh.”
“Aku bukan adik kau.”
“Dan aku pula bukan muhrim kau jadi elok kau keluar dari rumah ni. Pergi cari rumah yang lain. Selagi kau ada dalam rumah ni jiwa aku jadi kacau.”
“Jiwa kau sahaja? Habis jiwa aku tak kacau ke makan nasi ikan kering?”
“Siapa suruh kau makan?” dia terus diam. Padan muka kau. Nak memilih sangat. Lauk ikan kering pun tak bersyukur ke? Aku tahu kau memang tak sentuh lauk macam tu. Aku menjenguk sikit putung saji di ruang dapur tu memang tak terusik pun.
“Aku tahu kau biasa makan dekat hotel lima bintang keluar dengan orang kaya lepas tu lepak dekat kelab malam menari-nari dengan mereka. Kau biarkan tubuh kau disentuh oleh lelaki lain dengan sesuka hati. Sekarang kau boleh nak merungut lauk ikan kering yang mampu mengenyangkan perut manusia yang bersyukur tapi aku tengok kau ni dah naik lemak. Semakin hari kau semakin mengada-ngada.”
“Hei! Kau jangan nak ambil tahu hal aku okey! Tak ada kena mengena dengan kau, faham?” dia tunjuk jarinya depan muka aku lantas aku tepis. Dia angkat lagi dan aku pun tepis lagi.
“Hei!”
“Hei!” balas aku juga mengikutnya.
“Kau kenapa?”
“Kau kenapa?” aku ajuk.
“Gila!”
“Gila!” balasku.
“Adoi!!” dia pijak kaki aku lagi. Kali ini lebih kuat tadi tadi.
‘Gedegang’ Dia terus masuk dalam bilik dan mengunci rapat pintu biliknya.
Kurang asam! Menyeringai aku kesakitan sungguh keterlaluan dan biadap sekali perempuan ini. Ya Allah, sampai bilakah aku harus berhadapan dengan semua ini? Semakin hari semakin benci. Nazmey belum balik lagi. Masuk ni sudah dua malam dia tak balik. Bahaya sungguh rajuknya dan ini bertambah bahaya kerana hanya aku dan Nisa Zulaikha sahaja di dalam rumah ni. Aku dah cuak. Aku dah bimbang. Apa perlu aku lakukan ni? Risaunya aku sekiranya JAIS datang secara tiba-tiba.

3 comments:

  1. mmg reject wat bini la si nisa neh haha..

    ReplyDelete
  2. kasian ler kalu macam tu, sampai tua ika @ nisa x kawen... huhu

    ReplyDelete
  3. bgusla kalau JAIS dtg..hehe..dpt hakim kawen free ;p

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka