PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Thursday 28 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 23

“Buat apa bos datang sini?” Aku tarik tangan Encik Razak jauh sedikit dari muka pintu. Aku terpaksa meninggalkan meja makan setelah ada orang mengetuk pintu. Jadi Encik Razak datang ke rumah aku mesti ada hajat sehingga sanggup datang ke mari sedangkan dia tidak pernah datang ke sini. Bagaimana dia tahu aku tinggal di sini? Itu tak penting.
“Aku nak ajak hantar kau ke satu tempat malam ni.” Desis Encik Razak seakan mengerti aku mahu dia berbisik sahaja.
“Hantar saya?” aku dah jadi panik. Aku sedang makan malam bersama dengan orang yang terbenci.
“Mari ikut aku. Kau pakai kemas-kemas dan bawa barang-barang tu sekali.”
“Apa ni bos? Saya tak faham ni. Bos kata biarkan saya yang uruskan tapi bos dah tetapkan jalannya pulak. Bosanlah macam ni.”
“Kau nak membantah ke?”
“Bukan macam tu...”
“Dah tu?”
“Yelah-yelah tapi tunggu saya habis makan nasi dulu. Saya lapar sangat ni tadi sibuk mengajar orang masak nasi.”
Encik Razak terus terjengul kepala melihat orang di dalam. Aku tak nak Encik Razak fikir yang bukan-bukan jadi aku terus menghalang pandangannya itu.
“Sekarang juga. Dekat kedai nanti pun boleh makan. Jangan risau aku belanja kau. Mari.” Pinta Encik Razak yang terburu-buru.
Aku tiada pilihan maka aku terpaksa tinggal minah tu sendirian di rumah. Apa aku nak takutkan? Dia kan garang jadi orang pasti takut dekat dia. Aku terus cuci tangan dan melangkah masuk ke bilik sementara Encik Razak menunggu di luar.
Agak lewat makan malam berlansung. Hampir jam sepuluh malam tapi semuanya tak sempat dihabiskan. Aku terpaksa ikut Encik Razak.
“Siapa tu?” Nisa Zulaikha bertanya padaku di saat dia masih di situ, di meja makan.
“Kawan aku.” Aku memberi alasan.
“Kau berkawan dengan orang dewasa ke?”
“Fikiran jauh takdelah sempit macam kau tu yang suka menuduh aku yang bukan-bukan. Barang-barang ni bukan untuk aku dan aku bukan seperti apa yang kau sangkakan. Aku belikan untuk awek aku.”
“Emy tu ke? Ha ha ha.” Nisa Zulaikha ketawa sampai tersembur nasi. Kata tak makan nasi malam-malam tapi aku tengok sudah dua kali dia menambah.
“Lantak kaulah nak cakap apa. Yang penting hatiku tulus mencintainya. Kau yang tak tahu erti cinta jangan nak pandai-pandai buat spekulasi!” Aku sengaja melahirkan ungkapan yang aku sendiri tidak mahu. Aku terpaksa supaya orang tahu aku mencintai Emy.
Dia terdiam seketika. Aku cepat-cepat beredar. Aku tidak mahu tunggu lama-lama lagi sekiranya aku tidak mahu melihat pinggan terbang.

***

“Perempuan mana yang ada dekat dalam rumah kau tadi tu?” pertanyaan itu memanah gegendang telingaku. Aduh parah. Bagaimana untuk aku beritahu dia?
“Perempuan yang mana?”
“Tadi ada dekat meja makan?”
Nampaknya Encik Razak sudah mula sibuk nak ambil tahu hal aku. Tapi memandangkan dia sudah bertanya maka lebih baik aku beritahu aje. Encik Razak yang sedang memandu masih menunggu jawapan dariku.
“Itu adik perempuan kawan teman serumah saya.” Beritahuku jujur.
“Tinggal di situ?”
Aku terus mengangguk.
“Sebenarnya itulah masalah saya.” Ucapku ingin meluahkan apa sebenarnya yang telah aku rasakan. Adanya perempuan itu di rumah seakan menghukum jiwaku. Hatiku bagaikan menerima tikaman dari pisau yang sangat tajam dengan bertubi-tubi. Lukanya parah hampir mati. Memandang wajah Encik Razak yang serius sejak dari tadi membuatkan aberasa gerun dengannya. Apa yang aku tahu dia sangat panas baran orangnya. Sikapnya kadangkala tidak menentu membuatkan aku lebih berhati-hati. Dia merupakan bos kepadaku maka menghormatinya adalah tanggungjawabku.
Dia, Encik Razak tekun dalam kerja namun semenjak jiwanya kacau dengan kaedah cinta yang bercambur baur itu membuatkan fikirannya serabut. Serabut dan tertekan tatkala mengenangkan acuan cintanya yang tidak menjadi. Namun malam ini ideologi cinta mesti dipersembahkan tetapi bukan dari dia. Aku yang wajib melaksanakannya. Apa punya bos ni?
“Masalah dengan perempuan tu?”
Aku mengangguk lagi.
“Pastinya ada yang tak kena kan?”
Aku angguk lagi.
“Cuba kau cerita.”
Aku diam.
Aku cuba meluahkan namun aku tidak mahu menambahkan bebanan masalah aku ni terhadap tugas yang bakal aku jalankan seketika nanti. Perjalanan menuju ke Dataran Merdeka berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Itupun bergantung pada keadaan lalulintas.
“Kenapa kau diam?” soal Encik Razak.
Diamku bukan dari kelemahanku tetapi dari rasa kasihan sekirannya aku terus memburuk-burukkan perempuan itu. Namun jika aku pendam ia menjadi barah. Barah kalau dikesan dari awal masih boleh diubati namun sekiranya sudah berada di tahap krital barangkali sukar untuk diselamatkan lagi. Barah dendam!
“Bos, saya ni serba salah sebenarnya.”
“Kalau hal kontrak tu aku tak nak dengar lagi. Aku nak kau jalankan kerja dengan sebaik mungkin. Kau jangan nak beratkan kepala aku dengan kekeliruan kau tu. Kau tak fikir ke perasaan aku ni? Apa akan jadi dekat aku kalau aku jadi macam orang gila dekat kilang tu? Kau nak kehilangan bos sebaik aku ke?”
Aku akui dia memang baik. Baik dari segi perhubungan antara pekerja bawahan dengan orang atasan. Tetapi itu bukan soalnya ini adalah hal hak kebebasan aku dicabuli. Waktu malam adalah waktu rehat aku bukannya buat kerja memujuk perempuan.
“Skrip tak ada macam mana saya nak berucap bos? Dan plot cerita pun saya belum rangka dengan baik. Bos ingat otak saya ni macam komputer ke boleh simpan segala data-data tu?” Aku memberi alasan demi alasan.
“Kau nak bercakap tentang cinta tak?”
“Saya nak kata saya tak nak.”
“Itu aku tak nak dengar.”
“Hakikat bos saya hanya suka bercakap tentang apa yang akan berlaku nanti. Saya sedang memikirkan akibatnya kelak. Bos yang sepatutnya kena faham perasaan saya. Saya ni budak lelaki yang tak kenal erti cinta. Cuba juga nak bercinta tapi saya tak reti. Saya fewit awek pun awek lempang saya. Macam mana?” aku bercerita.
“Awek yang kau maksudkan yangd ekat rumah tu ke? Kau suka adik teman serumah kau tu kan?”
“No! Saya bencikan dia.” Beritahu aku.
“Aku tahu kau nak bercakap tentang cinta. Kalau kau nak tahu apa yang aku lakukan ni pun sebab cinta. Cinta ni macam makan buah epal. Kau tahu buah epal kan?”
“Jangan nak peliklah bos.”
Encik Razak terus tersengih.
“Buah epal tu kalau kita tanam dekat dalam peti ais dia akan tumbuh tak?”
Merempek sungguh orang tua ni!
“Bos... tolonglah logikal sikit.”
“Ini logik.”
Aku mengeluh.
Aku benar-benar tidak faham berkenaan cinta. Dia orang dewasa dia lebih arif tetapi perumpaan yang baginya sungguh luar biasa. Aku tahu dia banyak makan garam sedangkan aku makan limau! Aku tak nak tahu pasal buah epal!
“Mana logiknya tanam dalam peti ais.”
“Epal tumbuh tempat yang sejuk kan? Iklim sejuk. Jadi hati kita ni sejuk tak dalam cinta?”
“Mana satu tau. Yang bos bercerita tentang hal ni kenapa?”
Aku bersilang tangan. Lambatnya Encik Razak ni nak berhenti bercakap. Aku sudah mula bosan. Bosan saat dia memperkatakan soal cinta. Lelaki bercakap tentang cinta memang nampak janggal dan jiwang. Awek mana suka. Kalau awek suka aku tak kena lempang punya. Tapi kalau dah dua kali kena lempang memang pasti dibenci selalu.
“Sebab cinta macam makan buah epal. Bijinya letak dalam peti ais dan bukan dalam hati jadi macam sekarang nilah cinta yang indah akan sentiasa segar seperti buah epal. Ada dua warna, hijau dan merah. Mana yang kau nak pilih?” dia tanya aku pasal warna epal pula dah. Aku dah pening dengan falsafah yang diketengahkan olehnya. Entah dari mana dia kutip agaknya?
“Kalau saya... saya pilih dua-dua.”
Encik Razak terus hempuk tangannya pada stereng kereta. Terkejut aku.
“Itulah masalahnya. Pilihan tak tetap. Kalau aku... aku akan pilih buah epal tak ada warna.”
“Tadi kata ada dua aje.”
“Epal yang tak ada warna tu adalah Emy!”
Memang dasar loyar buruk lebih teruk dari aku. Aku tak faham dengan bos aku ni. Siang jadi lain tegas dan rasional tapi bila malam lain pula jadinya. Ada dua versi nampaknya.
Emy buah epal yang tak ada warna? Sekarang ni Encik Razak dah mempermainkan aku. Aku nampak Encik Razak sudah seperti seekor biri-biri yang layak untuk disembelih lalu dipanggang daginya buat sate!
Kalau aku menulis novel nanti, maka plot macam ni memang tak patut ada kerana akan membazirkan ruang cerita dan membuat aku sendiri berasa bosan. Sudahlah aku yang kena buat kerja tu boleh pula Encik Razak menerangkan definisi cinta yang mengarut! Sungguh aku lapar! Pisau mana pisau? Aku nak sembelih aje Encik Razak ni!

p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

5 comments:

  1. sengal tol en razak ni...yg akim lak terpaksa je ikut..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ok la en3 ni.. 3/5.. Tapi kalau boleh bagi la panjang sket.., hehe.. bace kejap je dah habis.. x puas lak rasenye.. ;p

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka