PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Friday 29 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 24

Telefon... telefon berbunyi
telefon... kami datang
telefon... telefon berbunyi
ada haiwan dalam bahaya
ada haiwan dalam bahaya
ada haiwan dalam bahaya di sana

Wonderpets, wonderpets, kami datang
membantu binatang dalam kesusahan 
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama kami jadi kuat
heyy.. wonderpets.. yeyyyy
Apa yang penting, kerjasama
apa yang penting, kerjasama

  Deringan telefon kubiarkan begitu sahaja. Tak nak! Tak nak balas SMS dan tak nak aku layan! Aku tahu itu adalah SMS dari insan yang terluka. Insan yang tidak percaya dan insan yang tidak mengerti sebenar-benarnya punca. Kau Encik Razak semakin lama semakin menyusahkan aku! Kontrak kau tu telah membuatkan aku jadi bagai nak gila! Tak lama lagi aku bakal masuk Hospital Tampoi!
  Aku yang duduk di birai katil hanya memandang sepi pada telefon bimbit XpressMusic milikku ini. Nama yang tertera berulang kali itu tidak dapatku layan. Tidak dapat aku maafkan. Jika tadi satu lagu habis ku dengar kini panggilan pula masuk. Aku terpaksa silent! Aku bosan dia telefon aku berulangkali. Akhirnya.

Aku tengah merajuk ni!

Aku membalas pesanan ringkas agar Emy tidak menelefon aku lagi. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Emy tekun menelefon aku untuk meminta maaf. Bari dia tahu apa yang aku rasa. Dia ingat semua lelaki dia boleh buat begitu ke? Aku lelaki yang setia. Lelaki yang akan mencintai gadis sepenuh hati tetapi gadis manakah yang bakal menerima cinta setulus jiwaku ini? Jiwang karat sangatkah aku ni?

Kalau kau tak nak kawan dengan aku lagi tak apalah. Esok kau takkan nampak aku lagi dekat kilang – Emy Tomboy

Dia membalas pesanan aku. Aduhai! Kenapa sampai macam ni sekali? Aku ke yang benar-benar bersalah dalam soal ni? Bukan!! Bukan aku! Aku yang tak bersalah maka aku tak akan minta maaf! Kalau dia nak berhenti kerja pun berhentilah dan apa gunanya kontrak itu lagi maka segalanya selesai. Aku tidak boleh mencintai Emy malah untuk berlakon sekalipun begitu susah. Aku bukanlah bintang filem. Aku hanyalah mamat kilang yang mencari duit dengan berkerja selama dua belas jam termasuk over-time.
Aku tersentak tatkala pintu bilikku diketuk dan kemudian senyap pula. Aku terdengar lagi dan kemudian senyap. Siapa tu? Nazmey dah balik ke? Dari tadi aku tengok dia tak ada. Dia tak balik juga malam ni. Yang ada hanyalah aku dan Nisa Zulaikha sahaja di rumah ni. Itulah perkara yang membimbangkan aku. Bersekedudukan di bawah satu bumbung. Tapi flat ni memang ada satu bumbung pun dan banyak buah rumah pula. Kira aku tak tinggal sendiri kan? Ah! Aku pula yang loyar buruk. Semua ni gara-gara perasaan aku tidak menentu.
Ketukan pintu berbunyi lagi. Aku sudah berdebar. Siapa pula yang ketuk pintu seawal ini tanpa ada suara yang memanggil? Bulu roma aku meremang. Dengan perlahan-lahan melangkah ke arah pintu bilikku. Ingin kupulas tombol itu dan ingin melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu itu.
Sebaik sahaja aku membuka pintu bilikku jantung aku terus luruh. Aku terpaku. Aku terpesona. Aku C-I-N-T-A ke? Tidak! Aku tidak akan jatuh cinta! Ini bukan soal jatuh cinta ini soal ada perempuan pengsan. Nisa Zulaikha pengsan di hadapan pintu bilik aku. Kenapa?
Ya Allah!!

***

Dia macam tahu-tahu sahaja nak pengsan depan pintu bilik aku. Aku fikir dia pura-pura tapi bila aku cubit lengannya untuk menguji tiada respon dan dia tidak pula menyeringai. Aku cuak juga dan aku terus merangkulnya lalu aku meletakkan perlahan-lahan tubuhnya itu di atas sofa.
Saat ini dia sudah mula sedar. Aku sapukan wajahnya dengan air bacaan Yasin. Alhamdulillah tidak perlu dukun atau pawang mahupun doktor buat ketika ini. Dia cuma pengsan sahaja namun aku rasa esok dia perlu buat pemeriksaan doktor selanjutnya.
Matanya berkelip-kelip hairan. Barangkali dia terfikir kenapa dia boleh berada di atas sofa pula dan aku ada di birainya. Dia cepat-cepat bangun.
“Apa kau buat dekat aku hah?” dia bertanya.
“Aku tak buat apa-apa pun!”
“Kau tipu!”
“Kau rasa kau sedang berbogel ke sekarang ni?”
Dia terus diam kerana agak kurang sopan bahasa aku sebentar tadi kerana dia seperti mahu menuduh aku yang bukan-bukan.
“Macam mana aku boleh pengsan?” soalan yang agak tidak releven diajukan kepadaku. Agak-agak dia ni hilang ingatan tak?
“Mana aku nak tahu! Kau sendiri yang pengsan!” aku terus bangun dan menghindari dia supaya dia tidak lempang aku. Mana mungkin dia dapat lempang aku dari jarak dua meter melainkan dia ada ilmu terbang.
“Jadi kau nak ambil kesempatan ke atas diri aku ke hah? Orang lelaki semuanya sama!”
“Jangan nak berlagak suci kalau sudah ada lelaki lain yang sudah memeluk kau!” aku ulang perkara yang sama. Itu sahaja modal yang aku ada untuk menyedarkan dia.
“Bila masa ada orang peluk aku?!”
Baru sekarang dia nak tanya setelah aku ulang banyak kali. Dia masih nak menafikannya. Malam tu dia balik mabuk-mabuk tu apa? Bukan ke lelaki yang tak aku kenali itu telah memeluknya? Baru aku sedar inikan kota besar maka boleh sesuka hati melakukan maksiat secara terbuka. Orang macam dia inilah yang mencemarkan nama baik ibu kota! Dia tak faham-faham!
“Aku malas nak bercakap dengan kau ni! Kau ni sah-sah ada penyakit lupa ingatan atau kau benar-benar mental. Kau ni sekejap okey sekejap tak okey ni kenapa?” aku bertanya padanya.
“Aku jadi tak okey bila tengok muka kau.”
“Yang kau pergi ketuk pintu bilik aku tu kenapa?”
“Bila?”
“Sebelum kau pengsan apa yang kau ingat?”
“Aku takut!” beritahunya yang kemudian tunduk. Wajahnya masih lagi pucat namun dia tegar melawan setiap kata-kataku.
‘Habis kalau kau takut kau perlu ketuk pintu bilik akulah ye? Apa yang kau takutkan?”
Dia diam.
“Cakaplah!” bentakku bertanya tidak pernah nak lembut kerana aku sudah pening kepala mengenangkan sikapnya yang semakin keterlaluan anti dekat aku.
“Hantu!”
“Mana ada hantu dalam rumah ni. Kau tu yang hantu sebenarnya.”
“Masa kau tak ada aku dengar suara.”
“Perasaan kau aje.”
“Sumpah!”
“Suara iblis lah tu.” Balasku sambil melangkah untuk meninggalkannya di situ. Aku malas nak bertengkar dengan dia dipagi buta ni. Malam yang sepatutnya dipenuhi dengan dengkuran tiba-tiba tiada. Aku nak tidur. Aku dah ngantuk sangat tambah lagi aku memang tertekan sekarang ni. Nisa Zulaikha menambahkan lagi keperitan yang aku alami.
“Kau nak pergi mana tu?”
Shoping...” Jawabku menyindir.
Tiba-tiba tangan aku dipaut. Eh?! Aku terus menoleh. Aku nampak dia kegelisahan. Dia resah ditinggalkan agaknya. Tapi aku dah nak masuk tidur. Dia mana boleh temankan aku tidur dan aku juga tak boleh temankan dia tidur! Memang tak masuk akal!
“Aku takut.” Katanya.
Hairan aku kenapa dia nak takut sangat? Mana ada hantu! Dekat kampung aku tu lainlah hantu masih melepak tepi jalan. Hantu masih lagi merayau. Ini kota tak pernah lagi aku nampak hantu tapi malaun memang banyak.
“Habis tu kalau kau takut? Aku kena temankan kau tidur ke? Macam tu? Kau jangan buat gila lah Ika. Kau ni tak habis-habis cari masalah. Kalau kau takut kau bacalah ayat suci Al-Quran tu. Sebelum kau tidur kau baca surah Qursi tu banyak kali. Jangan lupa basuh kaki barulah tidur tu tak kena ganggu lepas tu jangan lupa ambil wuduk.”
“Kan aku dah kata! Aku period! Kau ni tak reti bahasa ke?”
“Kau tu yang tak reti bahasa! Aku cakap bahasa Melayu bukannya bahasa Tamil sampai kau tak boleh nak faham lepas tu pula cakap tak pandai nak berlapik apatah lagi nak bersopan.” Aku terus membuatnya marah namun aku mahu dia berfikir. Kalau dia tak boleh nak fikir juga memang aku betul-betul buang masa.
Apa yang aku sakit hati ni, si Nazmey masih tak balik-balik lagi. Apa hal rajuknya tu? Dia tu pun mental juga ke? Tinggalkan adik perempuannya dengan aku. Teruk sungguh si Nazmey tu langsung tak fikirkan tentang adiknya yang buruk perangai ni. Pendek cerita dua-dua buruk perangai! Aku aje yang elok, kononnyalah.
Namun ada sesuatu telah berlaku. Aku resah dan aku mendengar jeritan terperanjat. Aku pula jadi takut. Takut kerana kemungkinan benar ada hantu. Jangan-jangan perempuan ni main lempar aje bendanya tu? Argh!
____________________________________
p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

8 comments:

  1. best part ni..nk taw gak nape nisa tetibe pengsn..dia ade sakit lain ke? btw kenape en rylontus sedih??

    ~ tak sbr tgu next entry :)

    ReplyDelete
  2. manja suka jalan ceritanya... best tau... mana sambungannya.... tak sabar nak membacanya...

    manja..

    ReplyDelete
  3. Panjangkan lagiiiiiiiiii.......... haha... ;)

    ReplyDelete
  4. yup..nk tau sgt nape nisa pengsan.. pregnant ke? hohoho..

    ReplyDelete
  5. sakit kanser kot..ahak3..best part ni..i like..;;))))

    ReplyDelete
  6. xde pencegah maksiat dtg ker?? lame dh dyeorg tgl berdua nih,.huhu,,,jiran2 mst nmpak de laki n pompuan kuar msuk rumh 2..hoho

    ReplyDelete
  7. x sababr nak tunggu next episod. ape jadi ngn nisa 2

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka