PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday, 30 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 26

“Sudah! Kamu berdua ni nak main tarik-tarik rambut ke?” Aku melarang pergaduhan perang mulut itu. Susah menghalangi mereka namun aku kena leraikan juga.
“Sampai hati kau buat aku macam ni Hakim!”
“Siapa buat kau? Kau sendiri tolak cinta aku. Kau sendiri tak nak dekat aku! Kau tak ingat ke malam tu aku meluahkan semuanya pada kau tapi kau reject aku seperti papan litar yang dah rosak! Aku sedih tahu tak aku sedih gila-gila dengan tindakan kau menampar aku. Kau ingat pipi aku ni tempat persinggahan tapak tangan kau ke?” Aku meluahkan apa yang tersirat di dalam hatiku pada malam yang lalu itu. Malam di saat aku dan Nisa Zulaikha dicekup. Sebelum dari itu aku berjumpa dengan Emy. Aku dihantar oleh Encik Razak berlagak polos tu.
Ketika ini Emy sedang merayu-rayu agar tidak ditinggalkan. Sedihnya aku tengok Emy. Maafkan aku Emy, bukan niat aku untuk melukakan hati kau dan sebenarnya aku tak mencintaimu. Aduhai, apa yang perlu aku lakukan? Aku dah rasa lain macam aje ni.
Aku tak sangka Emy telah jatuh cinta padaku tapi kan pada malam tu dia marah aku. Aku dah puas mengadu pada Encik Razak bahawa aku tak mahu teruskan namun Encik Razak meminta aku cuba lagi. Bagaimana aku nak mencuba? Emy sekarang sudah benar-benar kecewa dengan aku. Kira sudah berjayalah tu. Kan?
“Sebabnya aku tak percayakan kau.” Ujarnya yang tidak dapat menerima kenyataan itu. Kenyataan bahawa aku tidak dapat mencintai Emy.
Nisa Zulaikha bercekak pinggang melihat aku dan Emy pula berperang mulut. Jika awal-awal tadi mereka berdua hampir tarik-tarik rambut kali ini muka aku pasti menunggu masa untuk ditumbuk oleh Nisa Zulaikha.
“Kalau kau tak percaya kenapa kau datang sini?”
“Sudah!! Kalau macam tu kau tak payah kerja dekat kilang tu lagi!” Nisa Zulaikha mencelah dengan garangnya.
“Hei Ika gedik! Aku tahulah kau yang perangkap Hakim ni jadi suami kau! Kau ingat aku tak tahu ke apa tujuan kau.” Emy bengang sambil tuding jari depan muka isteri terbenci aku.
“Kau jangan nak masuk campur okey!” balas Nisa Zulaikha.
Keadaan bertukar kalut. Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka hendak bergusti agaknya. Perlukah aku menyediakan gelanggang untuk mereka lalu mengumpah pengadil untuk mengadili pertandingan itu?
Aku tak faham maksud Emy itu. Aku ingin dengar sendiri namun Nisa Zulaikha tolak badan Emy. Nisa Zulaikha membenci Emy. Meraka bekas teman serumah sebelum dihalau keluar dulu. Memang aku dah tahu tapi apa puncanya? Aku nak tahu puncanya sahaja.
Pagi yang haru biru. Bas bertolak pukul sepuluh pagi ni. Kalau aku dan Nisa Zulaikha lambat maka aku dan dia akan ketinggalan bas. Aku memandang kedua-duanya dengan silih berganti. Nisa Zulaikha tidak mahu mengalah dan Emy juga begitu. Mereka berebut hatiku ke? Wah! Laris! Aku jejaka terhangat nampaknya.
Aku menoleh pada Nazmey yang menggeleng tidak mahu masuk campur. Nazmey masih menunggu di kereta Perodua Kancil kelabunya itu.
“Nazmey! Kau tak nak tolong ke?”
“Aku tak campur urusan rumahtangga orang.”
“Aku kan adik ipar kau!” Pekik aku.
Sekilas aku menoleh ke arah pintu rumah. Aku terlihat Mak Munah melambai-lambaikan tangannya menyindir aku. Siot! Kau juga yang terlepas! Aku tak mungkin berkahwin dengan janda tua tu. Aku dah berkahwin! Berkahwin! Berkahwin dengan... perempuan gedik!
“Emy, dahlah Emy. Aku dah jadi suami Ika. Kau lepaskanlah aku. Kalau kau tak suka aku kerja dekat kilang tu aku akan berhenti walaupun hati aku tak nak.”
“Berhenti je! Kau berhenti dari kerja dekat situ. Aku tak nak kau berkawan dengan perempuan tomboy ni!” Nisa Zulaikha mencelah.
Emy pula berkerut dahi sambil membetulkan cap yang dipakainya. Dia memusing cap itu ke belakang. Aku mengeluh sarat. Bertengkaran ini belum berakhir. Aku yakin ia akan berlarutan selama mana aku dengan Nisa Zulaikha masih sah menjadi suami isteri.
Nisa Zulaikha menarik tangan aku supaya menghindari Emy. Emy pula tarik tangan aku juga. Adegan tarik menarik berlaku. Masak! Masak aku! Tercabutlah tangan aku woi!
“Hoi! Sudahlah! Kau berdua ni buat aku hot! Akukah jejaka terhangat? Tolonglah jangan buat aku tertekan. Kalau aku marah aku akan jadi rakasa. Nak ke aku jadi raksasa? Kalau nak cubalah. Aku dah lama bersabar ni!” Bentakku dengan serius.
Mereka berdua terus melepaskan tanganku serentak. Barangkali mereka takut tengok wajah aku membiru pekat. Aku dah bosan dan memang aku bosan pun.
“Kau janganlah ikut perempuan tu. Kau ikut aku ye?” Emy merayu dengan berwajah sugul dan hampa.
“Aku suaminya.”
“Suami terpaksa kan? Kau tak cintakan dia kan?”
“Cinta? Ha ha ha! Memang aku tak cintakan dia pun.”
Nisa Zulaikha berkerut dahi memandang aku. Aku menjuih bibir sahaja. Biar padan dengan muka dia. Memang dua-dua aku tak cintai.
“Aku pun tak cintakan kaulah! Tak hingin!” Balas Nisa Zulaikha.
“Kau tahu ke apa itu cinta?” Aku bertanya pada isteri terbenciku itu.
Dia berpeluk tubuh. Emy pula?
“Emy?! Kau tahu tak apa itu cinta?”
“Cinta adalah kasih sayang yang memerlukan kesetiaan dan saling hormat-menghormati ni.” Ucap Emy memberikan jawapan segera dan pantas sekali.
“Salah!” Bantahku.
Emy terus berkerut dahi.
“Cinta itu macam makan buah epal!” Ringkas sahaja jawapan aku berikan setelah teringatkan definisi cinta dari Encik Razak berikan dulu. “Epal tak boleh hidup dalam peti ais tapi boleh hidup dalam hati sahaja. Ada dua warna epal, epal merah dan epal hijau. Epal mana yang best?”
“Merah!” kata Emy.
“Hijau!” jawab Nisa Zulaikha serentak dengan Emy tetapi berlainan jawapan.
“Epal tanpa warna!” Kata aku tiba-tiba.
“Tak logik!” balas Nisa Zulaikha.
“Ya tak logik!” kata Emy pula.
Aku  tahu mereka berdua tetap berbeza. Terima kasih Encik Razak kerana memberikan aku kekuatan dalam mengenali cinta seawal ini namun aku tak pernah mencintai kedua-duanya. Dulu aku ada mencubanya untuk mengorat si Nisa Zulaikha ni tetapi bila tahu perangai sebenarnya aku terus tawar hati namun dia dah jadi isteri aku pula. Tak pelik ke?
“Maka kamu berdua pun dah tahu jawapannya kan?” Balasku.
“Mana jawapannya?” Nisa Zulaikha bertanya.
“Hoi!! Dah dekat pukul sepuluh ni! Nanti lambat! Sambung nantilah bertengkak tu!” jerit Nazmey menganggu pendebatan soal cinta.
Aku menoleh ke arah Nazmey.
“Okey!” Aku terus beredar. Emy terdiam tidak membalas apa-apa. Emy menangis di situ. Aku dah lemah semangat melihat Emy menangis. Memang belum pernah aku melihat dia menangis.
“Kau jangan percayakan air matanya! Dia nak goda kau!” Nisa Zulaikha menghalang.
Memang kau tak percayakan dekat sesiapa pun tetapi air mata itu cukup membuktikan bahawa Emy memang sayangkan aku. Bagaimana ni? Hadiah yang aku berikan malam tu dia buang macam tu aje. Hadiah tu bukan aku yang belikan tetapi Encik Razak. Encik Razak belikan tudung untuknya. Encik Razak belikan pakaian perempuan untuk Emy tetapi Emy marah. Katanya menyindir dirinya sahaja. Apa aku boleh buat kerana aku dah pesan awal-awal lagi dekat Encik Razak supaya jangan megubah seseorang itu dari luaran tetapi ubahlah dari hatinya.

***

Aku duduk di belakang. Nisa Zulaikha di hadapan. Aku bosan. Mereka berdua diam dan aku pun ikut diam juga. Masing-masing tidak bercakap. Dari awal sejak memulakan perjalanan sehingga hampir tiba ke Hentian Duta pun masih belum bersuara. Aku memang tak faham. Adakah kes tadi membuatkan mereka terkedu lalu menjadi bisu?
“Si tomboy tu awek kau ke?” tanya Nazmey memecah kesepian.
“Tak.”
“Kalau tak macam mana dia boleh cari kau?” Soal Nazmey lagi.
“Aku tak tahu.”
“Dan dia tahu hal perkahwinan ni daripada siapa?”  Dan Nazmey masih bertanya lagi.
“Aku pun tak tahu” Ia adalah rahsia tak mungkin aku memberitahu sesiapa pun walaupun pada Encik Razak sendiri. Inikan pula Emy. Takkan aku nak bercerita perkara yang memalukan ini pada semua orang?
Aku dengar Nisa Zulaikha sengaja membatukkan dirinya. Ada apa-apa ke dia nak beritahu? Nazmey pula sudah membisu.
“Kau kenapa?” Aku tanya Nisa Zulaikha.
“Lucu! Kau tak nak mengaku!” di dalam kereta pun dia nak bercakaran dengan aku. Apa jenis perempuan dia ni.
“Kenapa pula aku nak mengaku pada benda yang aku tak buat.”
“Biasanya macam tulah.” Balas Nisa Zulaikha.
“Kalau kau bercakap hanya untuk sakitkan hati orang lebih baik kau tak payah cakap langsung sebab kata-kata yang kau ucapkan tu kosong! Cakap tak fikir! Tak pakai otak.” Marah aku.
Nazmey picit dahi. Pening agaknya.
“Dahlah! Dekat rumah gaduh dan dalam kereta aku pun nak gaduh. Nanti dalam bas macam mana? Tak malu ke dekat orang bila bertengkak macam ni?” Nazmey mengingatkan aku dan Nisa Zulaikha.
Aku tak terfikir soal malu. Aku memang tak ada perasaan kalau berhadapan dengan Nisa Zulaikha ni. Aku pun yakin dia juga begitu. Biarlah! Aku peduli apa kalau dituduh sebagai lelaki yang tak bermoral pun! Sudah puas aku mempertahankan moral aku tetapi sentiasa dicabuli oleh Nisa Zulaikha. Dia toreh dinding hatiku pakai pisau lipat berharga lebih kurang dua puluh sen itu.
Aku dan Nisa Zulaikha terdiam setelah Nazmey meradang. Nazmey marah-marah dan berleter macam mulut Mak Munah yang asyik jaga tepi kain aku! Dia tak tahu ke aku ni tak pakai kain kalau keluar rumah? Aku pakai seluar aje.
p/s: Sila klik button 'LIKE' sekiranya anda sukakan cerita ni :)

7 comments:

  1. makin suspen la cerita ni. huhu. x sabar nak tunggi habiss

    ReplyDelete
  2. Asal x gentle sangat razak neh.. kalo die ngaku kan senang...

    ReplyDelete
  3. pe mksud amy erk?? mcm de udang d sebalik mee la..huhu..

    ReplyDelete
  4. ape sudah jd..cmlicated pnya cinta..mgkinkah kasih&syg akn hadir dlm hti kim..

    ReplyDelete
  5. elok la tuh 2 2 kawen hahha..

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka