PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Wednesday 27 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 22

Cerita tercoret hari-hari dah memang dia selalu ada di mataku ini. Siang dan malam sering bertembung pandangan lalu aku tunduk dia pun tunduk. Bila aku angkat kepala dia pun angkat. Memang nak kena minah ni tapi tak boleh begitu kerena pagi tadi dia baru aje menangis. Tapi ada benda pelik yang berlaku. Memang. Petang ni agak ganjil tapi aku buat biasa sahaja kerana otak aku masih terfikirkan apa yang berlaku di kilang.
Encik Razak memang bikin parah kepala aku. Bawa aku ke shoping mall beli benda yang bukan untuk aku. Tak pernah aku jumpa spesis bos yang begitu teruja untuk aku kecewakan Emy atau nama betulnya Emylia.
Adakah kontrak itu bakal aku lalui dengan penuh kekejaman hati? Memang tak masuk akal langsung apa yang berlaku. Dan semua itu wajib aku simpan. Barang-barang itu memang aku bawa balik. Encik Razak mahu aku terus merahsiakannya. Tapi balik di rumah juga ada kejutan. Kejutan yang tidak terhingga mampu membuatkan jantung aku jatuh berkecai.
Aku hempas barang-barang tu atas sofa dan perempuan itu berkelip-kelip mata membiarkan sahaja kuali di dapur berasap dengan minyak panas mendidih. Apa yang dia masak tu sampai hangus?
“Kau tolong tutupkan sekejap.” Dia merayu pada aku kerana dia tak tahan panas. Puteri lilin sungguh dia ni.
Aku terus tutup dapur gas itu.
“Kau masak apa ni? Satu hari ni kau buat apa dekat rumah? Kau nak rosakkan dapur aku ke?” Aku memarahi Nisa Zulaikha. Entah kenapa aku lihat dia seperti sudah hilang taring. Dia tidak menjegilkan biji matanya. Dia tunduk sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.
“A... aku...” dia tergagap-gagap.
Pertama kali aku tengok dia takut macam tu. Kenapa dia jadi macam ni? Aku terus tampar pipir aku sendiri.
“Kenapa kau tampar pipi kau sendiri?” Nisa Zulaikha bertanya kehairanan.
Pipi yang aku tampar itu terasa sakit. Kini baru ku pasti dan nyata ini bukanlah mimpi. Ini adalah kenyataan yang benar-benar berlaku di hadapan mata aku. Aku takut terjatuh dari mana-mana tempat. Manalah tahu kalau-kalau aku masih mengigau ke?
“Takde apa-apa. Aku tengah marah kau ni. Kau buat apa dekat dapur ni?” aku memerhati keadaan sekeliling dapur tu. “Ya Allah! Apa yang kau buat ni? Bersepah-sepah? Kau ni betul-betul buat sakit hati aku!” bentakku.
Dia terus tunduk. Macam mana dia boleh rasa gerun dengan aku pula? Adakah ada bayangan harimau di belakang aku yang bersedia untuk mencakar wajahnya yang cantik itu? Aku menoleh ke belakang namun tak ada harimau di situ cuma yang ada hanyalah dinding  bersawang dengan asap hitam dari kuali tu.
Aku tenung dia dalam-dalam.
“Kalau rumah ni terbakar bagaimana? Siapa naka jawab? Bukan sahaja sini tapi akan merebak ke rumah sebelah dan sebelah dan sebelah kemudian satu flat ni hangus! Kau ni tak fikir ke? Kau letak dekat mana otak kau? Dekat lutut ke atau dalam tong sampah?” tempelak aku sesuka hati. Aku memang sengaja memarahinya ingin tengok tindakbalasnya. Aih?! Tak ada effect!
Perlahan-lahan dia angkat kepalanya. Matanya layu wajahnya muram dia mencebik tapi bibirnya bergerak-gerak mahu mengatakan sesuatu.
“Boleh tak kau ajar aku memasak?”
Tiba-tiba aku statik. Aku terpegun dan terpesona sekali dengan pertanyaan itu. Lambat sungguh otak ni nak memperoses data yang diterima itu ke dalam otak. Lama kelamaan data itu terus dihantar melalui sel otak terus dibawa turun ke hati yang menjadi satu rasa yang sangat menghairankan sehinggalah benda yang bernama hati gila telah muncul! Ia menggeletek hatiku yang murni maka data gila itu dihantar terus ke mulut. Tanpa berlengah lagi aku langsung ketawa tak ingat dunia.
“Kau nak belajar masak? Aku ingat kau dah pro memasak!” aku terus ketawa lagi dan lagi. Saat aku sedang ketawa hingga lemah segala sendi aku maka telihatlah aku akan langkahnya berlalu pergi membawa rajuk di hati. Kasihan sungguh. Tapi dia duduk di sofa tu. Aku perhati dia usik barang aku.
Aku terus melangkah mendapatkanya.
“Jangan kau usik barang aku!” dia terus lepaskan. Aku harap dia tak lihat apa isinya.
Sesuka hati dia nak sentuh aku punya barang! Chait! Dia telah memalukan dirinya sendiri di hadapan mataku tadi. Ada ke patut minta aku ajarkan dia cara-cara memasak? Sungguh mengaibkan dirinya sendiri. Akulah lelaki yang paling bertuah sekali di atas muka bumi ini setelah seorang perempuan gedik merayu-rayu minta aku ajarkan dia memasak. Bagaiman sekiranya aku terus mempertahankan egois aku sebagaimana dia mempertahankan egoisnya? Aku tengoknya seperti ais krim yang sedang cair meleleh-leleh.
Aku duduk di single sofa. Dia masih tunduk seperti pesalah besar yang telah ditewaskan dalam satu rompakkan bank. Ketakutan menguasai dirinya setelah disabitkan kesalahan akan dihukum penjara seumur hidup. Jika dia benar-benar bersalah tiada lagi hukuman penjara seumur hidup tetapi terus hukuman mati mandatori. Aku mahu dia terus berada dalam ketakutan seperti itu kerana hati aku menjadi puas.
“Kau ada masalah mental ke? Sekejap okey sekejap tak okey? Period kau dah habis?” aku bertanya lantang.
Dia berkerut dahi lalu menjegil biji mata bila aku menyebut perkataan mental. Hanya seketika sahaja dia berkeadaan begitu. Usai itu dia tunduk lagi. Semakin menjadi-jadi otakku untuk terus menggores hatinya unutk mendengar segala pertanyaan cepu emas aku ni.
“Aku tahu hari ni kau tak pergi kerja dan kau bermasalah dengan diri kau sendiri tapi masalah kau tu telah menyusahkan orang lain. Aku kadang-kadang pelik dengan sikap kau. Aku tak kenal kau dan kau pun  tak kenal aku dengan lebih rapat namun bagaimana kau boleh bencikan aku sesuka hati kau? Adakah hati kau tu memang hitam sejak mula lagi?” aku berkata-kata dengan penuh komitmen agar dia faham setiap luahan perasaan aku ini adalah berpunca dari sikapnya.
Nisa Zulaikha menjadi perempuan yang pendiam secara tiba-tiba. Gaya yang dipersembahan di dalam pementasan realiti ini begitu mengagumkan aku kerana jarang sekali perempuan yang bersedih akan tergaru-garu tengkuknya dan terseringai. Barangkali ada kudis? Eh? Teruk! Kenapa aku fikir sampai begitu sekali? Mungkin dia ada perkara nak beritahu aku tapi tak dapat. Ya atau pun tidak?
“Aku tak ada masalah!” eh? Dia dah mula cakap kasar semula. Aku dah agak, hormonnya memang tak stabil.
“Habis tu?”
“Aku nak belajar memasak! Tak boleh ke?” bentaknya lagi sambil menolak barang-barang aku terus jatuh ke lantai.
“Kenapa kau tolak barang aku?”
“Saja. Eh?” Balasnya terkejut.
“Apa?” aku terus pandang barang aku tu betul-betul. Alamak!!
“Kau...” dia meleret nadanya.
Aku cepat-cepat mengambil semula barang-barang itu dan terus melangkah menuju ke bilik tanpa menoleh kepadanya lagi. Aku kunci rapat-rapat pintu bilik aku. Selepas ni aku kena mandi pulak jadi aku kena keluar lagi. Aduhai... aku belum solat lagi ni. Nampaknya aku kena ke bilik mandi menyiapkan diri.
Barang-barang itu aku letak atas katil. Aku capai tuala mandi aku terus pulas tombol pintu setelah selaknya terbuka. Baru sahaja aku hendak melangkah keluar ada lagi manusia ni tercegat di hadapan pintu bilik.
“Kau buat part-time ke?”
“Apa?!” aku dah sangsi.
“Tadi tu?”
“Tak!!”
“Cakap betul-betul. Kalau ia adalah benar maka aku ada sebab untuk keluar dari rumah ni. Dan aku mungkin akan bawa abang aku sekali keluar dari sini. Aku tak sanggup membiarkan abang aku menjadi mangsa!” katanya sambil bercekak pinggang.
“Kau tak tahu apa-apa tentang aku dan jangan kau nak memandai. Kau fikir kau tu baik sangat ke?”
“Jadi betullah ye?”
“Tak betul! Kau jangan nak fikirkan yang bukan-bukan. Pemikiran macam kau nilah membuatkan jiwa raga orang lain tergores. Walaupun aku tak tau apa masalah kau tapi sedikit demi sedikit aku tahu kau bukanlah seorang yang optimis.” Balasku di situ bekerut dahi.
Kenapa semua ini harus berlaku padaku? Apa salahku, adakah salah ibu yang mengandungkan aku dan melahirkan aku ke dalam dunia ini? Argh! Aku tertekan. Aku tengok muka Nisa Zulaikha dan macam daging kijang salai! Ingin saje aku gigit telinga dia seperti Mike Tyson!
“Aku rasa betul.”
“Mana boleh rasa-rasa. Kalau ia benar maka elok sangat kalau kau keluar dari rumah ni pun. Tak perlu aku cerita panjang lebar lagi.”
“Aku akan berjumpa dengan tomboy tu!”
“Tomboy?” aku terkejut.
“Ya! Tomboy! Tomboy yang syok gila dekat kau! Hari-hari duk bercerita pasal kau saja dekat rumah! Aku bosan jadi aku keluar dari rumah dia. Hakikatnya aku kena halau sebab aku suka pecahkan barang-barang dalam rumah sewa tu. Aku cari abang aku dan aku tak tahu kau pun ada dalam rumah ni! Malang juga nasib aku ni bertemu dengan kau dekat sini! Tapi elok juga kau ada dekat sini boleh aku lempang hati kau tu dengan kekecewaan aku.” Katanya. Aku jadi keliru. Aku tidak faham! Kenapa dengan Tomboy. Siapa tomboy tu?
“Siapa yang kau maksudkan?”
“Emy! Emylia!”
“Ohh... kalau kau nak tahu dia tu kekasih aku. Baru aku tahu rupanya kaulah bekas teman serumahnya ya? Dia ada beritahu aku ada teman serumahnya tu gila dan mental memang patutpun dia halau kau.” Perliku padanya. Aku telah mengada-adakan cerita bahawa aku telah bercinta dengan Emy.
“Mungkin lepas ni tidak lagi.”
“Kau apa hal nak kacau hubungan aku dan dia? Atau...”
“Apa?” dia pula yang tanya aku.
“Kau ada hubungan dengan dia? Betulkan?”
‘Pang!’ aduh! Kena lagi! Sudah dua kali aku kena lempang dengan dia. Laju sungguh kerana kali ni aku tak sempat mengelak. Nasib! Dia tuduh aku yang bukan-bukan tak apa? Aku cuma teka sahaja adakah itu benar?


p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

3 comments:

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka