PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday, 23 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 21

 “Bos nak bawa saya ke mana ni?”
“Kau janganlah banyak tanya, ikut ajelah. Duduk diam-diam. Aku bukannya nak pergi jual kau pun. Aku nak bawa kau ke satu tempat.”
Aku tanya pun tak boleh. Nampak sangat simpan rahsia dan nak berikan aku kejutan. Kalau setakat karen 30 Voltan memang tak terasa apa-apa pun. Tempat mana pula Encik Razak ni nak bawa aku. Berkelah ke? Atau pergi melancong di dalam negeri sendiri ketika waktu berkerja? Encik Razak ni pun tahu mengular juga ke? Boleh tahan bos macam ni.
Keadaan kembali sepi. Aku rasa bosan.
“Boleh pasangkan radio?”
“Boleh.”
Aku terus tekan. Tiba-tiba keluar lagi rentak punkrock lalu aku pun terus tukar channel. Mana best layan lagu keras-keras macam tu. Dalam tukar channel tu terdengarlah lagu Ahmad Jais. Seronoknya dapat dengar lagu Si Dara Manis era 60an dan 70an ni. Tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan memang sukses selalu. I like!
“Tukar channel lain.”
“Kenapa?”
Encik Razak minta tukar pula.
“Tukarlah.”
“Yelah tapi kenapa?” aku terus tukar channel tanpa membantah dan sekadar ingin tahu sahaja kenapa.
“Lagu dan kenangan.”
“Maksud bos?”
Aku ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan lagu dan kenangan tu. Aku tahu lagi itu apa dan kenangan tu apa cuma aku nak tahu apa kena mengena ucapannya tu dengan lagu tadi.
“Dalam lagu pastinya ada kenangan dan lagu tu membuatkan aku jatuh hati dekat Emy.” Pengakuan yang sangat jujur.
“Rupanya bos dengan Emy hidup sejak era tu lagi ye?” aku meneka.
Encik Razak mengangkat kening sambil memandang ke arah aku seketika. Dia macam nak marah sahaja. Salah ke apa yang aku tanya? Rasanya soalan aku tu tak ada salahnya. Mana aku tahu mereka tu semua panjang umur ke hingga nampak awek muda sentiasa.
“Aku dengan dia pergi karaoke di Jalan Raja Laut dulu. Masa tu aku tak kenal dia tapi aku tengok dia layan aku baik sahaja aku pun ramah lah dengan dia.” Beritahu Encik Razak.
“Ya ke? Masa bos belum jadi pengurus operasi di kilang elektronik tu ke?”
“Iyalah! Aku agak sakit hati jugalah sebab dia tak jujur dengan aku.” Kata Encik Razak sambil mematikan radio itu.
Orang tak jujur nak sakit hati. Pasrah ajelah apa boleh buat kalaud ah orang tu tak nak jujur mesti si Emy tu ada sebab tersendiri kenapa dia tak jujur.
“Apa yang tak jujurnya? Dia ada gosip apa-apa ke?”
“Bukan soal gosiplah Kim. Ni soal dia, tentang dia, di mana dia tinggal dan di mana dia kerja? Aku nak tahu semua tu tapi dia tipu aku. Aku marah dia kerana dia kata dia kerja di Hilton Hotel di KL Sentral tu tapi bila aku cari dia dekat sana takde pulak. Aku cuba cari dia lagi kerana aku nak berikan sesuatu dekat dia.” Kata Encik Razak.
“Ooo macam tu tapi apa yang nak berikan pada si Emy tu?” aku bertanya kerana ia membuatkan aku tertanya-tanya. Perasaan ingin tahu aku membuak-buak.
“Tak perlulah kau tahu. Kau buat apa yang aku suruh aje.”
“Bos nak berikan hati bos dekat dia ye?” aku menduga pasti. Aku tahu itu sahaja modal bagi lelaki untuk memenangi hati seorang perempuan. “Betul kan?”
Encik Razak diam.
Memang sudah pasti itulah jawapannya. Apa lagi yang ditunggu kenapa perlukan pertolongan aku untuk mengecewakan Emy?
“Kau tak tahu apa yang aku rasa.”
“Ce cerita ce cerita. Kalau bos cerita barulah saya tau.” Balasku untuk mengetahui segala-galanya. Aku umpama doktor cinta pula ingin menyiasat erti cinta yang telah terlibat dalam kemalangan di antara hati dan perasaan.
Berikan aku kepastian untuk aku mengkaji keberannya agar aku dapat menulis cerita berkenaan cinta. Aku memang tunggu sangat babak ni. Aku nak tahu kesudahan kisah cinta ini yang entah bila akan tamat di dalam pengolahan sesebuah penulisan nanti.
Encik Razak masih memandu kereta Honda Vios miliknya. Aku berasa selesa pula berada di dalam sebuah kereta yang mewah. Bagi aku kereta ini menarik. Ruangnya sangat luas. Bilakah aku dapat memiliki kereta sebegini besar? Ah! Dah mula nak berangan pula aku ni. Aku mesti kembali ke alam yang nyata.
Aku pandang wajah Encik Razak yang berkerut dahi itu. Dia seperti memikirkan antara mahu ataupun tidak menceritakan hal peribadinya pada aku.
“Bos boleh percayakan saya.” Awal-awal aku beritahu.
Encik Razak menoleh sekilas.
“Aku memang percayakan kau Kim dan aku harap ia kekal menjadi rahsia kita tanpa diketahui oleh sesiapa.” Ujar Encik Razak.
Bos aku mesti percayakan aku kerana aku seorang yang amanah. Selagi mana teguhnya pendirian aku maka akan terjaminlah rahsia itu. Aku seorang yang berpengang pada janji. Aku mengangguk faham. Lantas aku terus menanti ucapan seterusnya.
“Emy telah menuduh aku sebagai homoseksual. Sampai itu tidak disengajakan. Memang ia memberikan kesan yang mendalam pada aku setelah dituduh sedemikian. Kau fikir aku mampu ke berhadapan dengannya di kilang tu? Dia sebenarnya tidak sukakan aku biarpun aku telah lama jatuh cinta padanya. Dia membenci aku sebenar-benar benci namun oleh kerana sikap profesional dalam kerja, aku dan dia buat biasa sahaja walaupun di dalam hati hanya Tuhan aje yang tahu.” Luahan hati Encik Razak kepadaku.
Aku agak terkejut juga kenapalah si Emy tak selidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan? Aku juga terkena tempiasnya semalam tatkala dia juga menuduh aku seorang homoseksual. Memang terlalu berat tuduhan tersebut. Ia tidak harus menjadi topik perbualan namun itulah realitinya.
“Macam mana boleh jadi macam tu bos?” aku bertanya lagi dan lagi tidak berpuas hati dengan sikap si Emy menganiaya kaum lelaki dengan menuduh lelaki yang kacak bergaya itu adalah gay! Mana boleh berfikiran macam tu. Si Emy perlu optimis.
“Waktu tu aku berjanji dengan dia berjumpa di sebuah taman. Lama aku tunggu dia. Bila aku telefon dia kata tengah on the way, so aku tunggu lagi sehinggalah kawan aku ternampak aku. Masa tu pula kebetulan mata aku masuk habuk. Kawan aku tu tolong tiupkan. Tak pasal dia muncul dari belakang,”
“Waktu tu malam ke siang?”
“Malam.”
“Patutlah... yang bos nak berjumpa dengan dia pada waktu malam tu kenapa? Sangat berbahaya kerana malam itu terlalu indah bermacam-macam godaan akan muncul. Tapi habuk tu macam tau-tau sahaja tempat dia nak tuju. Ke mana bos juga dia nak masuk.” Ucapku.
Encik Razak mengeluh kasar. Aku tahu dia tidak dapat menerima keadaan itu. Dia bukan lelaki seperti itu biarpun usianya semakin meningkat.
“Dia boleh tuduh saya bercium! Saya bengang sungguh!”
“Sabar bos... saya pun hairan juga macam mana kawan bos tu boleh ada dekat situ?”
“Dia pun ada date dengan awek dia jugak. Kebetulan.” Balas Encik Razak.
Aku memandang ke hadapan memerhati lalulintas tapi aku tengok Encik Razak ni dah lain macam. Memandu mengikut perasaan. Semakin lama semakin laju. Aku dah cuak sebab dia ikut rapat di belakang sebuah bas ekspres.
“Bos! Jangan tempah maut dekat dengan bas. Kalau bos nak mati sekalipun jangan bawa saya sekali.”
“Kalau dah ajal? Siapa nak jawab?”
Aku diam kerana siapalah aku untuk melawan cakap bos aku sorang ni. Aku terpaksa menahan debaran aksi lagak ngeri itu biarpun aku memang sukakannya tetapi keadaan ini berbeza kerana aksi lagak ngeriku menggunakan motosikal bukannya kereta.
Aku dapat bayangkan perasaan Encik Razak ketika ini. Dia benar-benar marah kerana maruahnya tercemar. Patutlah setiap kalinya Encik Razak bercakap dengan orang lelaki di hadapan aku dan Emy, pasti Emy akan cuit paha aku. Dan memang aku tidak mengerti langsung. Tapi semenjak semalam barulah aku tahu hakikat sebenarnya sikap Emy. Emy suka terburu-buru tanpa selidik terlebih dahulu.


p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

3 comments:

  1. oh cm tu hal nye en razak tu....hmmmm

    ReplyDelete
  2. Vios x best.. sempit.. rupe macam dugong... handling macam sampan... Peugeot gak terbaek...

    Eh.. ape aku melalut ni.. huhu.. sori2.. aku memang anti ngan vios neh... tu yg ter emo lebey neh..

    Macam2 la Emy ni... semua die bajet gay.. Sian kat mamat yg dia hentak ngabn helmet tuh.. Dah la awek yg die minat tu bapok, kene pukul ngan kim, kene lak hentak ngan Emy... bapak loser idop..

    ReplyDelete
  3. zura........
    hirumakecil

    tq tq tq....

    encik razak camtulah, mmg ade hati dekat emy kut

    vios vios vios... i like vios.. hehehehe

    emy mmg cenggitu.....

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka