PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday 16 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 4

Aku dah makan kenyang-kenyang perut aku yang kruk kruk tadi dah dapat aku settle-kan jadi waktu solat Zohor telah tiba maka aku mesti tunaikan kewajipan aku sebagai orang Islam. Apa lagi yang harus aku buat? Solat sahaja ke? Banyak benda lain aku kena buat dan aku kena patuh segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Hidup aku bukan novel tapi novel akan mengisahkan hidup aku.
Elemen penting dalam kehidupan adalah kepercayaan. Hah?! Kenapa aku bercakap soal kepercayaan ni pulak? Semua ni kerana aku telah diberikan kepercayaan yang cukup berat. Aduhai...
Apa-apa pun aku kena ke surau dulu untuk menunaikan kewajipan ini. Memang itulah rutin hidup aku. Lelaki tak ada uzur jadi tiada sebab untuk aku meninggalkannya. Orang lain pun sibuk juga aku pun sibuk jadi kena meluangkan masa menghadap Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kalau tak sembah Allah, nak sembah siapa lagi? Patung ke? Ish! Jangan! aku tetap percayakan Yang Esa, Tuhan Yang Satu.
Bila aku sudah tiba di surau aku pun mengambil wudhuk kebetulan pula Encik Razak ada dekat situ selalunya aku jarang nampak dia dekat surau kali ini dia ada. Alhamdulillah, ucap aku di dalam hati. Semasa di surau dia imamkan aku. Aku jadi makmum dan beberapa orang yang lain turut ada di situ menunaikan solat fardu Zohor berjemaah. Bos macam inilah baru aku boleh hormat. Bos yang menitikberatkan hal-hal kerohanian baru berkat cari makan.
“Bos,”
“Ya saya,”
“Saya ni rasa bangga dengan bos,”
“Kenapa pulak?”
“Iyalah, penguruh operasi sebelum ni tak pernah saya nampak dia jejakkan kaki ke surau, bos yang baru ni sahaja yang saya nampak, tapi baru sekaranglah, sebelum ni bos solat dekat mana?”
“Takkan saya solat pun nak kena beritahu kamu kut?” balas Encik Razak yang menggantikan Encik Tahar yang telah ditukarkan ke Johor.
Aku terus garu kepala. Dia melangkah laju meninggalkan aku di belakang. Aku terus mengejarnya.
“Bos... awat cepat sangat ni nak pi mana?” soalku.
“Awak fikir saya nak pergi shopping ke? Mestilah saya nak sambung kerja saya tu,” katanya sambil mengeluh halus. Barangkali dia tidak berapa suka dengan pertanyaan aku tu. Tapi aku tak kisah tentang hal itu. Aku kisahkan hal yang dia bincangkan dengan aku pagi tadi.
“Boleh saya nak cakap sikit?”
“Apa dia?” Encik Razak mematikan langkahnya.
“Berkenaan hal pagi tadi tu,”
“Tak sanggup?”
“Kalau bos lakukan sendiri tak boleh ke?”
“Kalau saya boleh saya tak suruh awak pun,”
“Tapi...”
“Saya perlukan jawapan awak esok, bukan sekarang,” beritahunya pada aku. Ini yang aku rasa lemah ni. Aku susah hati sebenarnya. Kenapa Encik Razak tak usaha sendiri? Kenapa harus aku juga yang kena tolong dia. Memanglah dia beri aku upah dan upah itu upah yang halal tapi kurang sukalah jadi orang tengah ni.
“Bos...”
“Saya dah lambat, saya perlukan jawapan awak esok,” Encik Razak terus melangkah meninggalkan aku.
Aku gelisah sendiri kerana aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Semuanya diserahkan kepada aku. Ini yang buat aku jadi pening ni. Apa aku nak kena fikir? Idealogi yang boleh menyatukan dua hati. Aku bukan doktor cinta! Aku mamat kilang!! Arghhhh!!! Aku mana ada pengalaman bercinta jadi bagaimana aku nak tolong Encik Razak yang berbadan sedap itu tetapi penakut! Tak berani! Ceh!

***

Kaca televisyen dipandang sepi. Sekilas aku menoleh jam dinding, sudah pukul lapan malam. Aku tunggu sesuatu agar aku kenyang lagi selepas ini. Aku fikir-fikir rasanya sudah okey kut? Aku terus ke dapur lalu aku lihat sama ada nasi sudah masak atau  belum. Aku sudah lapar sangat dah ni. Aku memang kurang suka makan dekat kedai. Makan dekat rumah lagi best. Boleh jimatkan duit. Makan dekat kedai ni membazir sahaja dan memanglah lauk pauknya boleh dipilih tapi tengok hargalah. Kalau dekat kilang tu aku bawa bekal dari rumah sahaja. Sesekali aku akan makan di kafeteria.
Nasi belum masak lagi!
“Wei nasi! Cepat sikit kau masak boleh tak? Aku dah tak sabar-sabar nak mencekik ni,” omel aku sendiri. Aku hairan sejak akhir-akhir ini aku cepat lapar. Aduhai barangkali banyak berfikir tentang hal perempuan tu dan hal encik Razak juga. Semuanya menjadi satu. Semuanya buat aku jadi tidak keruan.
“Hai lah nasi, aku nak bercakap dengan kau ni, bagaimanakah rasanya jadi orang tengah? Seronok tak?” aku dah biol agaknya bercakap sendiri di dapur.
“Kasihanya ada yang gila dekat dapur ni...” aku terkejut mendengar suara puntianak datang menyampuk.
Selamba sahaja dia ambil gelas lepas tu nak minum air yang aku bancuh di atas meja tu.
“Hei hei hei! Siapa suruh kau minum?” aku melarangnya.
“Suka hati akulah yang kau nak halang ni kenapa?”
“Air teh tu aku yang bancuh! Kau senang-senang je nak minum,”
“Ooo air ni kau yang bancuh ya...? okey,” dengan selamba dia terus angkat kole air tu terus menuangkannya ke dalam singki. Agak kurang ajar juga dia ni. Macam manalah Nazmey ni boleh ada adik perempuan sebaya aku? Adik perempuan yang tidak dididik dengan betul agaknya. Harapkan muka sahaj lawa tapi perangai nauzubillah...
“Kenapa kau buang air tu?!” aku tanya dengan perasaan marah.
“Aku nak bancuh air lain supaya aku boleh minum!” mudah-mudah dia menjawab.
“Cik Nisa Zulaikha... itu pembaziran namanya. Tahu tak membazir tu amalan syaitan yang terkutuk? Berkawan dengan syaitan ke?”
“Mulut tu jaga baik-baik sikit! Ikut suka hati akulah nak buat apa pun. Sewa rumah ni pun aku bayar jugak. Jadi aku ada hak ke atas semua yang ada!”
“Banyak cantik muka kau... barang-barang yang ada di dalam rumah ni aku dan Nazmey yang beli!” balas aku cukup tidak berpuas hati. Aku tengok dia tu sekejap kecil sekejap besar sahaja. Geram ni! Eee! Sabar ajelah...
“Nazmey tu abang aku, dia tinggal dulu di sini lepas tu baru kau. So do i care apa yang kau nak lakukan selepas ni? Kau nak sita semua barang-barang ni ke? Silakan... aku sedikit pun tak hairan,” Nisa Zulaikha betul-betul menguji kesabaran aku. Aku tidak tahu berapa lama lagi aku dapat bertahan dengan sikap perempuan yang agak-agak senget ni?
“Aku fikir kau menumpang sahaja lepas tu kau akan keluar dari sini tapi ternyata kau memang nak duduk sini. Aku alergik dengan perempuan macam kau  nilah. Sudahlah bilik aku kau kebas! Sekarang ni ruang dapur ni pulak kau nak buat hal? Apa jenis perempuan kau ni?” aku dah mula membebel. Tapi tambah menyakitkan dia menjuih bibirnya mengejek aku. Cara dia tu memang melampau pulak aku tengok.
“Yang kau berikan bilik tu dekat aku tu kenapa? Sekarang nak merungut pulak? Nasib kaulah mamat kilang!” perlinya pada aku. Dia hina aku lagi. Dia hina perkerjaan aku. Tapi aku masih belum mengetahui apakah pekerjaannya. Aku kena siasat ni supaya aku ada nak sembur dia semula. Aku dah tak boleh biarkan spesis perempuan yang bakal merosakan ketenangan jiwa aku. Bakal menghancurkan kesopanan dan kesusilaan diriku.
“Sebab kau paksa abang kau supaya aku berikan bilik tu dekat kau! Kau ni perasan lawa!”
“Excuse me... aku  memang lawa okey, kalau aku tak lawa kau takkan pandang aku berkali-kali,”
“Ha ha ha ha! Memang betul-betul perasan kau ni. Aku tak kata aku pandang kau. Aku pandang dinding sahaja,”
“Walaupun sampai terbalik motor?”
“Sudah! Aku malas nak layan perempuan senget macam kau ni,”
“Mamat kilang memang macam tu... lepas bosan bekerja terus pergi merempit kan?”
“Berat sungguh tuduhan kau ni, aku tak suka merempit tapi aku suka aksi lagak ngeri. Kalaulah suatu hari ni kebetulan aku nampak kau sedang berjalan kaki sambil bawa payung, gerenti aku langgar kau. Baru puas hati aku,”
“Ooo kau ugut aku ya? Okey kau tunggu dan lihat sahaja,” dia beri aku amaran pula. Aku dah mula gelisah. Apa pula dia nak buat selepas ni? Aku tertekan selagi perempuan ni ada dalam rumah ni. Ya Allah! Kenapalah aku diuji begini? Adik perempuan aku dekat kampung tak biadap macam dia ni. Aduhai...

2 comments:

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka