PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Friday 15 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 2

Kisah aku si mamat kilang ni bermula lagi. Aku yang keletihan berkerja hari ni balik rumah landing atas sofa. Aku ada sofa yang baru aku beli. Duit dari gaji aku sendiri tapi bayar ansuran. Ha ha ha! Nak beli cash tak mampu. Beli dekat Couth Mammoth aje. Tunjuk aje slip gaji tiga bulan selepas tu tunggulah dia approve ke tidak bayaran bulanan tu. Selayaknya aku boleh diterima kerana gaji aku kerja kilang pun boleh tahan 1k plus plus juga sebab aku rajin buat OT cuma hari ni aku malas. Tapi nak tak nak aku kena juga rajin sebabnya aku nak kena bayar sewa flat ni lagi, sewa perabot lagi dan yang paling penting kalau aku tak nak motor aku kena tarik  maka aku kena bayar juga sampai habis.
Motor aku dah macam bini aku, kena jaga elok-elok.  Siap bawa masuk dalam rumah lagi. Nasib baik duduk di tingkat bawah senang bawa masuk motor terus ke dalam rumah. Kalau aku tak buat macam tu agak-agak apa akan jadi? Aku sekadar berhati-hati sahaja.
Aku menilai diri aku sendiri yang aku ni sangat rajin. Menjadi seorang lelaki mesti kena rajin. Aku nak kirim duit dekat kampung lagi bagi dekat mereka. Hah! Dah mula nak buka cerita sedih pulak. Bukan apa, terus terang kau beritahu mak aku seorang penoreh getah. Ayah aku dah lama tak ada tinggalkan aku dan mak aku serta adik-adik aku yang lain. Ayah aku pergi menemui Tuhan. Aku yang hidup ni mesti teruskan hidup sebab adik-adik aku ada tiga orang lagi yang masih bersekolah, Azman Zakry, Farah Najwa dan Syikin Fatmee. Menjadi tanggungjawab aku sebagai abang mereka dan aku adalah anak sulung. Tapi aku hairan kenapa SPM aku tak bagus? Siapa kata tak bagus? Sebenarnya SPM aku masih laku dan aku tak sambung belajar kerana aku nak berkerja membantu keluarga aku.
Setiap bulan aku akan kirimkan duit untuk mak aku dekat kampung di Utara sana agar aku dapat meringankan beban mak aku tu. Aku sayang mak aku. Aku memang sayang gila-gila dekat dia dan aku sayang juga dekat adik-adik aku. Tahun ni Azman akan menduduki Penilaian Menengah Rendah, banyak pakai duit. Farah tingkatan satu dan Syikin UPSR juga tahun ni. Aku nak adik-adik aku berjaya. Kalau mereka berjaya, hati mak aku sejuk. Aku sebagai abang mereka akan turut berbangga.
Sudah setahun aku kerja kilang selepas tamat SPM. Masa aku mula-mula nekad nak merantau dekat Kuala Lumpur ni, mak aku menangis. Adik-adik aku juga begitu tapi demi mereka aku harus korbankan. Aku nekad cari kerja di kota ini.
Mak aku kata kalau nak kahwin cepat-cepat bawa balik menantu. He he he, bab ni memang aku suka. Aku tak sabar nak dapatkan menantu untuk mak supaya mak dekat kampung tak susah. Aku berjanji, bila aku kahwin dan ada cukup duit dan pekerjaan aku serta kewangan aku tu dah stabil aku nak balik kampung demi desa tercinta. Nak jaga mak aku juga yang dah meniti usia. Mak aku bertemu jodoh dengan arwah ayah aku pun lambat maka mak aku berusia kini.
“Hoi!” aku terperanjat disergah begitu.
“Kau apa hal salam tak beri? Main masuk sahaja,”
“Ni pun rumah aku juga dan aku pun pegang kuncinya. Mana aku tahu kau ada dalam rumah ni selalu kau balik lambat merayau entah ke mana?” Nazmey merungut pula. Aku tahulah aku menyewa sekali dengan dia dekat sini. Salam tetap menjadi adab. Takkan sedikit pun tak boleh kan? Aku malas nak layan. Aku terkejut sebenarnya sebab teringatkan kampung. Nazmey apa tahu? Dia tak tahu apa-apa pun sebab dia tak pernah nak faham aku.
Nazmey terus melabuhkan punggungnya. Aku yang tadi terbaring di sofa terus bangun.
“Ika... mari masuk,”
Ika? Aku tertanya-tanya dalam hati? Siapa pula gerangan nama Ika tu? Aku cepat-cepat menoleh.
Apa?! Aku terkejut!
“Kim, aku kenalkan ni adik perempuan aku, Nisa Zulaikha,” Nisa Zulaikha? Sedapnya nama.
Aku lihat Nisa Zulaikha melangkah masuk dengan gaya yang penuh sopan. Rambutnya yang cantik ikal mayang serta lesung pipitnya terserlah malu-malu dan kulitnya cerah berseri sedang melangkah masuk lalu duduk di sofa.
“Hai,” katanya.
“Hai,” balas aku.
Fulamak!! Cantiknya dia. Tak sangka aku adik perempuan Nazmey ni cantik orangnya. Tapi aku tetap menyampah!
“Dia akan duduk di sini buat sementara waktu,” kata Nazmey.
Apa?! Tinggal di sini? Nazmey ni gila ke apa? Kalau kena tangkap basah macam mana? Eh? Tapi dia tu adik Nazmey kan? Aku ni siapa? Bukan muhrimnya. Aduhai aku betul-betul sakit hati kalau ada gadis tinggal dalam flat ni tapi kenapa?
“Sebelum ni dia tinggal di mana?”
“Dia dah tukar tempat kerja. Jadi tinggal dekat sini dekat sikit dia nak pergi kerja naik LRT,” beritahu Nazmey.
Itu sahaja ke sebabnya? Aku tak rasa itu sebabnya. Barangkali dia ni kena usir dari rumah sewa dia kut? Sebab tu datang sini pulak menumpang dengan abangnya. Pelik dia ni tak malu nak menumpang dekat sini.
“Macam tu ke?” tanya aku. Aku tahu Nisa Zulaikha terkejut tengok aku. Tapi tak apa aku tak kisah dia terkejut atau pun tidak yang penting sekarang ni aku memang menyampah gila-gila dekat perempuan ni. Tak kiralah dia ni adik pada Nazmey sekalipun. Benci tetap benci.
“Mari sini Ika... abang tunjukkan bilik untuk Ika,” Nazmey terus bangun untuk menunjukkan bilik untuk adiknya itu. Sempat lagi Nisa Zulaikha jelir lidah dekat aku! Siot! Aku buat biasa. Tak apa! Hari ni hari kau! Esok lusa hari aku pula. Kau dah tinggal dekat sini dan bermakna kau menempah maut! Begitu banyak rumah sewa dekat tempat lain kenapa dekat sini juga kau nak duduk? Mentang-mentanglah Nazmey tu abang kau! Aku mengumam geram dalam hati.
“Abang... kenapa bilik ni kecil sangat?” aku dengar perempuan tu merungut.
Kurang asam betul! Dah bagi bilik banyak bunyi pula.
“Habis tu dah memang rumah ni ada tiga bilik aje,” aku dengar Nazmey beritahu adiknya begitu. Aku sudah mula bosan. Aku nak tengok Astro. Aku on televisyen malas nak layan dua beradik tu.
Tengah syok-syok tengok kartun Nazmey datang dekat.
“Kau pindah bilik tu,”
“Apa? Kenapa aku kena pindah bilik tu?”
“Pindahlah!” arah Nazmey.
“Ini tak adil!”
“Ala...kau pindahlah bilik tu,” kata Nazmey lagi.
Siot sungguh perempuan tu! Bilik tu kecil! Kenapa aku pulak yang kena pindah bilik tu?! Oh dia nak main kasar dengan aku ya? Jaga kau perempuan. Tak apa aku beri kau peluang tapi jangan harap lain kali. Aku benar-benar menahan marah. Memang gedik sungguh perempuan tu dan mengada-ngada!
Aku tengok jam, sudah pukul sembilan setengah malam.
“Esok tak boleh ke?” aku tanya Nazmey.
“Abang!!” jerit Nisa Zulaikha.
“Ya!!” sahut Nazmey. “Adik aku tu lain sikit Kim... kau kena tolong aku... kau pindahlah sekarang juga jangan tunggu sampai esok.” Desis Nazmey.
Aku fikir Nazmey ni takut dekat adik dia ni. Sah! Memang sah ni nampak wajah dia menggelabah sahaja. Mesti ada apa-apa ni sampai dia menurut sahaja apa sahaja permintaan adiknya tu.
“Abang!! Kenapa bilik ni ada lipas?!! Kotorlah! Tak nak duduk bilik ni! Cepatlah! Saya nak duduk bilik yang luas dan besar sikit dari ni! Rimaslah!” demand betul perempuan tu! Sikapnya itu sungguh menjengkelkan aku. Langsung tak bersyukur. Perangai dia tu boleh buat aku hilang sabar.
“Cepatlah Kim, dia dah bising tu,”
“Yelah-yelah...” aku beralah kerana terpaksa. Aku malas nak bertegas kerana aku terkenangkan budi Nazmey ni sahaja. Kalau tidak! jangan harap aku nak layan perempuan yang mengada-ngada lebih tu! Hairan aku! Kenapa dia tu over sangat?
Mahu sahaja aku usir dia dari rumah ni tapi aku menyewa bersama dengan Nazmey. Nazmey juga ada hak ke atas rumah ni. Kalau perempuan tu melebih sangat kenapa tak tinggal dekat kondo sahaja? Kenapa flat juga yang dia nak tinggal? Alasan kononnya dekat dengan LRT!  Porahhh!


p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

7 comments:

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka