PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Friday, 15 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 3

Papan litar menjadi mangsa amarah aku yang teramat dalam mencengkam jiwa. Aku terbawa-bawa perasaan marah dan bengang itu sampai ke tempat kerja. Orang dekat sebelah aku ni pandang semacam sahaja. Aku tak peduli. Aku malas nak ambil tahu hal orang lain. Perasaan aku, marah aku ada orang nak ambil hal ke? Aku tertekan ni hingga membuatkan jantung aku dug dag dug dag menahan debaran tatkala fikirkan aku hanya memikirkan perkara yang jahat-jahat sahaja tentang cara bagaimana untuk aku ajar perempuan tu yang pernah ketawakan aku ketika motor aku terbalik dan malam tadi senang-senang dia minta aku supaya berpindah bilik. Hal yang paling aku tak sangka perempuan tu adik pada Nazmey! Ya Allah!
Aku dah tertekan ni! Eh? Silap lagi! Sudah banyak kali aku tersilap masukkan komponen elektronik dekat papan litar ni. Ah! Rejected! Aku terus buang dalam kotak yang disediakan. Belambak-lambak pula tu.
“Kau ni kenapa?”  aku ditegur.
“Takde apa-apa,” balas aku.
“Aku tengok betapa banyaknya kaki perintang kau patahkan macam tu sahaja? Kalau bos tahu habislah kau,”
“Mana aku sengaja terpotong sampai habis,” jawabku.
Fazly menggeleng aku pula menjuih bibir memang aku tak hairan langsung dengan teguran dia.
“Hoi!” aku marah. Aku geram. Aku sakit hati! Ada orang tunjal kepala aku dari belakang. Suka-suka hati orang tu aje tunjal kepala aku!
Fazly terus sambung kerja. Aku pula toleh belakang aku nampak wajah seekor singa betina yang tak berapa betina sedang lapar nak telan aku. Aku tengok Emy berkerut dahi sambil bercekak pinggang. Cutter di tangan terlepas. Mulut aku ternganga sebab bukan aku takutkan Emy tapi aku takutkan orang yang berada dekat sebelah Emy, Encik Razak pengurus operasi ada di situ. Aduhai malang nasib aku pasti kena marah.
“Ikut saya ke pejabat,” arahnya lalu melangkah pergi.
“Kau ni biol sungguhlah! Kau tahu tak kau sedang diperhatikan tadi?! Habislah kau buat kerja main-main sangat,” Emy mengutuk aku pula.
“Apa hal kau? Kau tu kawan makan kawan! Sikit pun tak tolong aku, yang kau pi tunjal kepala aku suka-suka hati kau tu kenapa? Kau tahu tak aku tengah marah ni?”
“Aku peduli apa kau tengah marah ke tidak! Sekarang ni kau pergi! Bos nak jumpa kau tu,”
“Semua ni sebab kau banyak mengadu!” Aku marah Emy sebab aku tak puas hati tindakan dia tu. “Aku akan balas balik tindakan kau tunjal kepala aku,” kataku lagi.
“Bukan aku yang tunjal kepala kau,” ujar Emy menarik nafas.
Aku dah menggelabah. Kalau bukan Emy siapa lagi?
“Encik Razak,”
“Apa? Berani sungguh dia tunjal kepala aku! Pantang aku kalau ada orang tunjal kepala aku ni! Mak aku tak pernah buat macam tu. Jaga dia! Aku tak peduli dia bos ke kuli ke, anak orang kaya ke anak bangsawan atau hartawan mahupun dermawan sekalipun, perkara tadi tu agak kurang ajar,” aku marah lalu aku melangkah laju untuk masuk ke pejabat Encik Razaj. Argh!
Emy menahan aku dan dia minta aku bersabar. Ini tak boleh jadi! Tak boleh!! Aku bentak dalam hati dan aku tidak mengendahkan halangan Emy tu.
“Sabarlah Kim! Kau ni menggelabahlah...”
“Otak kau!”
“Tengok! Dahlah panas baran lepas tu nak tunjuk action dekat aku pulak. Kau jangan marah bos tu, semua ni salah kau. Dia tengok kau buang-buang barang, rugilah...” kata Emy sambil paut bahu aku. Aku terus meminta Emy jatuhkan tanganya.
“Tolong jatuhkan tangan kau tu sebelum kau aku terajang sampai masuk longkang!” marah aku. Aku ni sudahlah tengah geram dekat perempuan tu, Emy pula menambahkan lagi rasa marah aku ni. Selepas tu Encik Razak pun cari pasal dengan aku. Ah! Marah ni! Tak nampak ke muka aku dah berona merah padam ni? Silap hari bulan aku bakar jugak kilang ni! Sampai begitu sekali perasaan marah aku ketika ini.
Aku terus tepis tangan Emy yang enggan jatuhkan tangannya itu. Aku pandang Emy lama-lama. Emy berkerut dahi.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?” tanya Emy.
“Sebab kau cantik! Dahlah! Aku nak pergi jumpa dia ni! Dekat mana boleh aku dapatkan parang dalam kilang ni? Boleh kau tunjukkan tak di mana tempatnya? Aku nak tetak kepala Encik Razak tu,”
“Kau tu cakap je lebih!”
“Yelah!” aku akur lantas aku terus melangkah menuju ke pejabat Encik Razak meinggalkan Emy terkulat-kulat di situ. Biarkan sahaja dia tu. Aku ni tengah bengang tahap maksimum ni. Kalau sudah marah macam-macam perkataan keluar dari mulut aku ni. Susah aku nak kawal.
Aku berada di hadapan pintu pejabat Encik Razak sekarang ni. Aku tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya aku takut dekat dia. Badan dia sudahlah macam jaguh bina badan. Aku ni pula biasa-biasa aje. Sekali dia jentik aku dengan sekuat tenaganya melambung aku lalu melekat dekat dinding dan jadi fosil berabad lamanya.
Aku ketuk pintunya dan aku mendengar arahan supaya aku masuk ke dalam. Aku pun tanpa segan silu terus kuak pintu itu. Aku nampak Encik Razak berkerut dahi berwajah bengis. Jantung aku ni bagai nak luruh sebab takut. Aku ni cakap aje besar tapi hati kecil. He he he...
“Sila duduk!” arahnya dengan kasar sekali.
Aku terus duduk tanpa sepatah perkataan pun.
“Yang kau duduk atas lantai tu kenapa?” marah Encik Razak menyuruh aku duduk dengan perkataan sila duduk. Aku proses data tu jadi duduk bersila pulak.
“Mana saya tahu, bos suruh saya duduk saya duduk sahaja,” balas aku selamba.
“Duduk atas kerusi yang kau duduk dekat situ tu kenapa? Kau nak loyar buruk dengan aku ya?” Encik Razak tunjuk-tunjuk jari.
“Ada apa bos panggil saya ni?” soal aku sambil bangun dan terus tarik kerusi untuk duduk.
“Bagus pertanyaan awak tu,” tiba-tiba suaranya menjadi romantik pula. Teruk sungguh! Tadi bukan main marah-marah sekarang senyum meleret pula. “Awak ni handsome mesti dah ada awek kan?” sambungnya lagi. Aih! Lain macam sahaja ni! Aku dah meremang bulu roma.
“Itu saya tahu, saya memang handsome bos tapi apa kena mengena dengan handsome saya ni dengan tujuan bos panggil saya? Bos ni...” aku tak berani nak cakap. Aku bosan!
“Awak jangan nak main tuduh-tuduh pula. Tahu tak kenapa saya panggil awak?”
“Memang itu pun yang saya tanya tadi kan?”
“Oh lupa,” boleh pula Encik Razak ni. Kepala masuk air juga. Bos muda memang begitu. Ha ha ha! Aku ketawa dalan hati sahaja kerana lucu juga tengok dia garu kepala macam ada kutu seribu ekor atas kepalanya.
“Saya nak awak bantu saya,”
“Bantu apa bos? Bukan ke bos nak marah saya tadi?”
“Saya tak jadi nak marah sebab saya ada denda untuk kamu,”
“Denda? Sebab rosakkan barang kilang ke?”
“Yes,”
“Apa ni bos... potong gaji sudahlah...”
“Tak ada potong gaji tapi saya nak beri duit tambahan,”
“Rasuah ke?”
Encik Razak terus menggeleng. Aku dah hairan ni. Dia minta aku membantu dirinya pula. Apakah bentuk bantuan yang diharapkannya? Aku tertanya-tanya sendiri dan aku juga tidak sabar ingin tahu.
Encik Razak siap nak bagi upah pula. Aku fikir tadi dia nak buang aku dari kerja kilang ni. Mustahil juga kan? Kalau kes tadi memang pertama kali aku banyak masalah dalam kerja tadi tu. Dan pertama kali banyak barang yang aku rosakkan. Mungkin masih boleh dimaafkan lagi.

p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)

5 comments:

  1. Dik, ini 1 bab ke? Kalau boleh dalam 1 bab pecahkan situasi menjadi 3 bahagian. Setiap bahagian pula kena pisahkan dengan tanda ***. Yang lain ok, ada cerita yang boleh jual dekat situ.

    ReplyDelete
  2. macam mana tu kak? tak faham pun

    ReplyDelete
  3. Dik, cuba buka novel penulis siapa saja. Ok, kan dalam bab 1 tu mesti ada pecahan menjadi 3 episod.

    Contoh;

    Bab 1

    ................................................................................................................


    ***


    ............................................................................................................

    ***


    Bab 2
    dan seterusnya. Akak opun tak reti camner pula nak terangkan. Harap2 adik faham apa akak maksudkan. Kalau tak faham juga baik adik baca enovel kat group yang adik lihat ada attach link.

    ReplyDelete
  4. apa benda bos dia nak bg ni? naik pangkat?

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka