Setelah perjalanan beratus kilometer itu bermula, kini akhirnya kami selamat tiba di Hentian Larkin Johor Bahru. Di situ kami dijemput oleh seseorang yang sedia menunggu. Dalam masa yang sama aku telah dihubungi oleh Nazmey.
“Aku dah sampai JB. Dia ada dekat sebelah ni. Kau nak bercakap dengan dia ke?” Beritahuku pada abang iparku.
“Kalau aku nak bercakap dengan dia dah pasti aku telefon dia aje.” Balas Nazmey dihujung talian. Nazmey hanya ingin tahu sama ada aku telah tiba atau pun tidak. Petang yang masih panas. Sepanas hatiku yang membara ini.
Aduh lemah semangat aku mengenangkan mimpi ngeri ini. Sudah sampai ke Johor Bahru rupanya ni. Rasa bagaikan sebuah permainan hidup. Kalau berjaya maka aku akan terlepas dari ikatan yang tak disengajakan ini.
Panggilan telefon dimatikan dan aku memasukkan telefon bimbitku itu ke dalam kocek seluar jeansku. Aku dan Nisa Zulaikha duduk di bahagian belakang. Seronok sungguh sekiranya aku ada pemandu peribadi. Dapat naik kereta mewah. Kereta BMW 5 Series lagi. Aku berbangga seketika dapat isteri terbenci macam Nisa Zulaikha ni.
Nisa Zulaikha memandang aku. Dia menguntum senyuman yang paling manis persis madu yang tidak terjual di mana-mana. Dia sudah mula berlakon dari tadi lagi. Pandai sungguh dia ni yang bagaikan pemenang award aktres terbaik!
“Abang... boleh tak saya nak tanya abang satu perkara. Dari tadi saya nak tanya abang...” Katanya dengan lirih nadanya.
“Apa dia sayang...” Aku membalasnya walaupun terasa nak termuntah. Aku terpaksa tahan sahaja rasa itu. Sungguh meloyakan anak tekak.
“Epal tanpa warna tu apa? Masa abang bercakap dengan kawan abang tu?” Siaran ulangan bermula lagi.
“Siapa kawan abang tu? Kalau Emy tu bukan kawan abang tapi kekasih lama abang.” Aku sengaja menyakiti hatinya. “Ouch!” Paha aku dicubit.
“Seriuslah bang.” Dia ingin tahu. Degil! Aku tahu dia memang suka over acting.
Nisa Zulaikha masih menyimpan pertanyaan itu sejak pagi tadi lagi sehingga sekarang baru dia nak tanya. Awal-awal tak nak tanya dan sekarang menyusahkan orang pulak. Memang dia ni jenis perempuan yang suke menyusahkan hidup orang lain. Terutama sekali hidup aku! Emosinya aku saat ni tapi aku kawal aje.
“Bertuah Tuan Hakim dapat berkahwin dengan Puan Nisa. Sebelum ni dah ramai lelaki masuk meminang semuanya ditolak oleh Puan Nisa. Apa yang special sangat sampai Puan Nisa berkenan dengan Tuan Hakim?”
Wow! Pemandu kereta memanggil aku ‘tuan’? Hebat! Aku suka! Aku suka! Pertama kali aku dengar panggilan yang cukup membanggakan itu menjengah cuping telingaku.
“Pak Hassan ni... kenapa tanya macam tu? Kalau dah Tuan Hakim ni jadi suami saya sudah tentulah dia adalah hero pujaan hati. Perkenalan secara tak sengaja dekat Giant Hypermarket. Di situlah cinta kami berputik.” Nisa Zulaikha menjawabnya untuk aku.
“Setahu saya kan, Puan Nisa tak nak kahwin muda tetapi kenapa tiba-tiba sahaja berkahwin?” Pak Hassan seperti menghidu sesuatu keanehan. Aku mula cuak takut perkara ni terbongkar. Memang ayah Nisa Zulaikha mahukan hal ini dirahsiahkan.
“Pak Hassan ni jangan tanya macam tu. Perasaan boleh berubah tetapi tidak pada hati. Hati saya terbuka untuk berumahtangga supaya ada orang jaga saya.” Beritahu Nisa Zulaikha lagi.
“Oh ye ke? Minta maaflah ye puan kalau pertanyaan saya tadi tu salah. Tuan Hakim kerja apa dekat Kuala Lumpur tu?” Aku di soal lagi. Pak Hassan boleh dikategorikan sebagai seorang yang busy body jugak. Aish!
Tergagap-gagap aku nak menjawabnya. Tentang perkerjaan aku tidak diingatkan oleh Nisa Zulaikha supaya dirahsiakan. Aku tidak tahu sama ada aku perlu jujur atau pun tidak. Rasanya biarlah aku mengaku bahawa aku pekerja kilang sahaja.
“Saya kerja di ki...”
“Suami saya kerja sebagai penolong pengarah dekat syarikat ayahnya di Kuala Lumpur tu.” Nisa Zilaikha mencelah. Aku menarik nafas lega tapi penolong pengarah?! Besar gila jawatan tu dalam usia aku semuda ini. Memang tak logik! Tak masuk akal!
“Ye ke? Bertuah sungguh sebab dapat kahwin dengan orang yang berada juga ya.” Beritahu Pak Hassan. “Nak balik terus ke atau nak berhenti dekat mana-mana dulu?” Tanya Pak Hassan yang mati-mati percayakan kata-kata Nisa Zulaikha yang pandai berbohong! Geram pulak aku dengan insna yang tak jujur dan aku pula bersubahat. Teruknya aku.
“Kopitiam.” Beritahu Nisa Zulaikha.
“Baiklah.” Pak Hassan patuh.
Aku hampir sesak nafas rupanya lakonan ini sangat susah. Aku dah kenal siapa ayahnya tu tetapi ayah Nisa Zulaikha belum kenal seratus peratus siapa aku. Dia ke Kuala Lumpur secara terpaksa demi mewalikan Nisa Zulaika dalam pernikahan terpaksa ini. Dato` Hisyam tidak mahu perkara tersebut diketahui umum.
***
Berhadapan mertua. Segan? Malu? Semua itu sudah wajib kerana aku adalah manusia yang normal. Semua itu pasti. Terpaksa tebalkan muka ini sebanyak empat belas inci. Menerima pertanyaan yang bertalu-talu. Mana satu aku nak kena jawab dulu? Asal usul atau kerja? Soal keturunan pula, bagaimana? Sudah pasti aku keturunan yang baik-baik kerana tak ada seorang pun ahli keluarga aku pernah masuk penjara.
“Kenapa diam?” aku diperhatikan dari jarak tiga meter. Duduk di atas sofa kuning emas yang selesa memang membuatkan aku terhayal namun aku dikejutkan dengan pertanyaan itu.
“Tak ada apa-apa Dato`... maksud saya papa.”
Rumah yang besar dan mewah. Nisa Zulaikha benar-benar anak orang kaya. Namun kekayaan ini bukan milikku. Aku tidak inginkan semua ini kerana kehidupanku terlalu naif. Nisa Zulaikha sudah berpesan padaku lagi semasa di kopitiam. Dia menyuruh aku mencerita kisah cinta yang romantis. Jangan pernah menceritakan kedukaan. Ceh! Aku memang terasa duka. Kontrak cinta duka telah mula terlakar!
“Kau sayangkan anak aku ke?”
“Pasti.”
“Tapi kenapa tidak dengan cara yang baik?”
“Nasib malang.”
“Kau yang sengaja menciptakan, kan?”
“Takdir tuhan yang telah menentukan.” Balas aku pada ayah mertuaku itu. Hanya aku dan dia di ruang tamu. Nisa Zulaikha di dapur bersama ibu mertuaku.
“Sungguh memalukan. Actually aku tak suka bermenantukan kau.” Dia fikir aku mahu? Kenapa agak keras ucapan Dato` Hisyam ni? Dia anti padaku ke? Ternyata dia bencikan aku.
Ya! Aku tahu semua ini terpaksa. Kau nak jaga status keluarga kau sahaja. Betul kan? Ah! Aku tak nak melawan cakapnya. Aku tidak mahu bertahan di sini. Cuma tunggu enam bulan sahaja. Semua ini akan tamat.
“Tapi saya sayangkan Ika.”
“Sayang boleh dibeli Hakim.”
“Saya tahu, tapi kena yang tulus dan jujur.”
“Kau tak jujur.” Katanya.
Nampaknya aku menerima penentangan hebat. Semua ini baru sahaja bermula. Aku fikir Dato` Hisyam sukakan aku ternyata itu semua karut. Mana mungkin mereka menerima kehadiran aku dengan cara begini.
Ayah Nisa Zulaikha ingat aku ni tergila-gilakan anaknya. Mungkin juga hartanya. Tidak! Aku tak gila semua tu dan aku tak kebuluran harta dunia ni yang bersifat sementara. Kenapa harus aku berada di tempat ni?
“Dato... saya tak kisah apa yang Dato` nak cakap. Yang pastinya Ika sudah menjadi isteri saya.” Balasku dengan beraninya tanpa ada rasa takut yang menghambat jiwaku. Barangkali aku mesti menjadi lelaki yang kuat.
“Isteri kerana harta. Kau tahu kenapa aku mewalikan dia?”
Sudah pasti aku tahu. Demi menutup aib.
“Tahu. Demi menutup malu.” Kataku.
“Tidak! Kau silap.” Dia mengatakan aku tersilap. Kenapa? Kenapa mertua aku ni kelihatan begitu membenci aku? Berpenyakitkah dia?
Aku merasakan ada yang tidak kena. Terus terang aku katakan di dalam hatiku sendiri bahawa aku akan terus bernasib malang jika aku tidak mempertahankan hak aku. Hak sebagai suami. Namun aku tidak sanggup disalahkan begini.
Aku diam.
“Demi Ika!” Katanya berkerut dahi lalu mengusap misainya yang tebal.Dato` Hisyam menanggalkan kaca matanya lalu diletakkan di atas meja. Majalah dibelek tanpa mempedulikan aku di hadapannya.
Demi ika? Apa maksudnya? Bukankah demi menutup malu? Malu kerana mereka anak orang senang? Mereka orang kenamaan? Dato` Hisyam mempersendakan aku dengan mudah. Jangan kau ingat aku sanggup berpura-pura begini? Ternyata kau lebih menyeksaan aku berbanding anakmu sendiri. Aku memarahi Dato` Hisyam dalam hatiku dan aku juga memaki hamun diriku sendiri kerana terlalu bodoh mentafsir hal ini.
Setelah itu Datin Rida muncul membawa air di atas dulang manakala Nisa Zulaikha membawa potongan kek. Mereka meletakkan di atas meja lalu duduk di atas sofa. Nisa Zulaikha duduk di sebelah aku sambil memaut lenganku.
“Jemput minum bang.” Pelawa Nisa Zulaikha.
Aku terus keliru. Keliru dengan sikap Dato` Hisyam dan juga dengan Nisa Zulaikha. Nampaknya mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Bagaimana pula dengan Datin Rida? Adakah dia juga begitu? Barangkali Datin Rida tidak tahu keadaan sebenarnya tapi mustahil.
dato tak suke hakim??
ReplyDeletekenape2?? i-p
ReplyDeletenape x update new n3???
ReplyDeletedah lama sgt duk tunggu ni...