Rehat dan Rawat! R&R! Emosinya aku. Memang dari dalam bas tadi aku dan dia tak bercakap. Dia buat halnya sahaja dan aku pulak buat hal aku aje. Aku nak beli air di situ dia pergi beli air di gerai sana pulak. Aku makan Twisties, dia makan Cadbury duduk di kerusi tapi berpaling wajah. Seorang pandang ke utara seorang pandang ke selatan. Aku pandang ke utara sebabnya aku adalah orang utara tapi arwah ayah aku orang Negeri Sembilan!
Aku meraba gelas di atas meja untuk mengambil minuman tiba-tiba tanganku ditepis membuatkan gelas yang aku pegang itu hampir tertolak. Jika terkasar lagi maka pasti air akan tertumpah.
“Tu air aku yang punya!” Marahnya.
“Mana aku tau. Aku tak perasan pun!”
Aku terus mengambil minuman aku tu lalu menyedutnya sampai habis. Usai itu aku terus bangun dengan keadaan cemas sekali. Dia lihat aku dan sesekali dia menjeling. Best sangat ke jeling-jeling tu? Aku karate jugak dia ni! Argh!
“Kau nak ke mana tu?” Soalnya berkerut dahi.
“Kau nak ikut ke?” Tanyaku kembali sambil mengangkat kening.
“Ke mana?”
“Tandas lelaki. Marilah kalau kau pun teringin nak masuk sekali.”
“Gila!” Katanya lalu mengerling tajam. Padan muka!
Aku terus melangkah menunju ke tandas lelaki. Selepas segalanya selesai aku ingin kembali semula. Aku nampak ada orang lelaki sedang bercakap dengan Nisa Zulaikha. Aduhai! Siapa pula tu yang sibuk bercakap dengan isteri terbenci aku tu? Nak kena ni! Aku terkocoh-kocoh. Eh! Kejap! Cemburu ke aku? Tak!! Aku tak cemburu! Bercakaplah! Bercakaplah sesuka hati kau. Aku tak sayang kau! Aku tak sayang kau...
“Minta maaf.” Aku meminta maaf pada seseorang kerana aku terlanggarnya. Aku lagut memerhatikan Nisa Zulaikha bercakap dengan seseorang dari jarak jauh.
“Hakim... awak buat apa dekat sini? Tak sangka saya dapat jumpa awak. Saya rindu dekat awak tau...” Eh? Siapa dia ni? Rambut pendek badan kurus pakai baju labuh sedikit dipadankan dengan seluar jeans dan berkasut tapi masih agak nampak payudara, tomboy ke? Tapi suara lain garau semacam aje? Aku meneka dalam hati.
Dia kenal aku ke? Aku langsung tak cam wajahnya kerana dia sedang berkaca mata hitam. Tapi aku tak pernah nampak dia sebelum ni. Aku cuba mengingatinya semula adakah ia sejarah silamku atau di zaman kanak-kanakku dia telah muncul sebagai wira penyelamat dunia? Oh tak mungkin.
“Kenapa? Awak terkejut ke?” Dia bertanya.
“Memang aku terkejut. Kau ni lelaki ke perempuan? Lembut semacam aje. Kau tomboy ke?”
“Takdelah. Saya bukan tomboy. Sampai hati awak tak kenal saya.” Katanya dalam nada merajuk. Suaranya kasar semacam sahaja.
“Habis tu siapa?”
“Saya... dengarlah suara ni, awak tak kenal ke?” Dia sudah mula kepitkan suara.
Argh! Fobia!! Aku terkejut.
“Tidak!!” aku hendak melarikan diri tapi tangan aku ditarik.
“Janganlah awak takut. Saya takkan kacau awak lagi. Kita berkawan okey?” Kata Natasya dengan senyum manis terukir di bibir. Geli gelemang leherku.
“Apa? Berkawan? Betul ke nak berkawan? Tapi aku tak sudi berkawan dengan kau nanti kau goda aku. Mak aku pesan aku tak boleh berkawan dengan orang tak elok nanti jadi tak elok.” Balas aku yang menggelebah. Hairan dan terkejut melihat penampilan baru dan terkini si Natasya ni.
Natasya menguntum senyuman lagi.
Perasaan meluat dan marah aku padanya muncul lagi setelah kes aku ditumbuk di taman permainan itu menjelma dalam ingatan lantas aku mengambil kesempatan itu untuk bertanya padanya akan hal sebenar.
“Kau kenal Abang Khai?” Tanyaku inginkan kepastian dalam tema menguji.
“Kenal. Kenapa?” Soalnya kembali.
“Kau buat pengakuan dekat dia bahawasanya yang aku ni merupakan balak kau apa hal?” Aku mengajukan pertanyaan ini kerana aku tak puas hati.
“Sebab aku nak mengelak dari dia. Aku tak suka dia.” Katanya.
“Dia tu mati-mati ingat kau tu perempuan! Dia tergila-gilakan kau sampai aku ditumbuknya. Nasib baik lebam biji mata aku ni dah hilang tau.”
“Dia sempat jadi suami aku tiga minggu aje.” Ucap Natasya membuatkan aku tercengang. “Aku berjaya goda dia tapi dia dah pun mati kena langgar dengan kereta. Sejak hari tu aku terus insaf. Aku dah bertaubat tak nak hidup bergelumang dosa lagi. Aku cuba the best. Aku dapat sokongan ustaz. Ni aku nak balik kampung. Aku harap family aku dapat terima aku semula.” Beritahunya lagi.
Aku pun pelik tiba-tiba aje dia boleh berubah walaupun tidak seratus peratus. Memang susah hendak berubah tapi memerlukan masa dan harus bersungguh-sungguh. Tekad dan nekad mesti seriring.
Di saat ini aku tumpang bangga dengan pencapaian cemerlangnya dalam menukar imej perempuan kepada imej lelakinya semula walaupun pinggangnya masih ramping namun dapat ditutup dengan baju labuhnya.
“Abang Khai dah mati?” Aku terkejut kerana tak aku sangka rupa-rupanya lelaki itu sudah meninggal dunia. Patutlah dia tidak mencari aku mahupun Emy. Aku mengucap panjang mendengar berita kematian itu. Aku mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Apa-apa pun aku sedia memaafkan segalanya.
Natasya mengangguk. Aku sokong dua ratus peratus usahanya untuk berubah menjadi lelaki semula dan meneruskan hidup sebagai lelaki normal tapi aku harus tanya padanya sesuatu.
“Kau dah potong ke?”
“Gila! Aku takkan potong! Kalau aku potong aku tak boleh berpatah balik lagi. Mujurlah aku tak sampai ke tahap tu. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku masih dapat berfikir lagi. Alhamdulillah...” ucap Natasya.
“Kau nak balik ke mana sebenarnya ni?”
“Aku nak balik ke Johor.”
“Dengan siapa?”
“Sendiri. Aku naik kereta.”
“Johor ke? Boleh aku tumpang kau?” pinta aku.
“Aku sungguh berbesar hati. Kau naik bas Ekpres SANI tu kan?”
“Jadi kau awal-awal lagi dah nampak aku ke?” aku bertanya padanya semula kerana aku juga hairan dia menduga pasti. Barangkali dia tiba lebih awal di sini maka aku agak lambat dan sudah pasti dia tahu aku datang dengan siapa.
“Aku nampak kau dengan perempuan dekat sana tu. Siapa dia?”
“Dia...”
“Awek kau?”
Aku mengangguk sahaja.
“Kalau macam tu kau boleh naik kereta aku dan bawa awek kau sekali.” Ucapnya mempelawa aku pula. Takkan mungkin aku akan naik kereta Natasya ni. Aku sengaja berbasa-basi. Aku tak boleh biarkan Nisa Zulaikha sendirian kerana dia tanggungjawab aku. Dan aku dah berjanji pada Nazmey untuk tengok-tengokkan si Nisa Zulaikha ni.
***
“Laparnya...” Aku mengadu lapar di sebelah Nisa Zulaikha. Perut aku bernyanyi-nyanyi dengan lunak dan merdu. Aku menggosok perut aku sendiri.
Nisa Zulaikha memandang ke luar. Dia tak menoleh ke arah aku yang setia berada di sebelahnya. Perjalanan diteruskan lagi dan aku sahaja yang belum makan tengah hari di saat orang lain makan. Menyesal juga tapi semuanya kerana ego.
“Jangan bising boleh tak?” Nisa Zulaikha menoleh ke arahku. Dia menyuruh aku senyap lantas dia mengeluarkan Ipod Nano lalu dipasang pada telinganya. Dia mendengar Mp3 dari dengar rungutan aku yang sedang kelaparan.
Aku terus tarik headphone yang dipakainya.
“Apa ni main tarik-tarik?”
“Aku nak tanya kau ni.”
“Apa dia?”
“Tadi kau bercakap dengan lelaki mana?”
“Suka hati akulah nak bercakap dengan sesiapa pun. Apa kau peduli.”
“Okey aku tak peduli.” Aku diam lagi.
“Hei dengar sini. Masa dekat rumah papa aku nanti aku nak kau pura-pura sayang aku. Aku pun akan pura-pura sayang kau. Kau kena buat-buat mesra dengan aku. Jika sekali kau bertengkar dengan aku di hadapan papa dan mama aku maka akan aku jatuhkan hukuman dekat kau. Ingat perjanjian kita tu. Kau jangan pernah membantah cakap aku! Faham?!” dia mengingatkan aku tentang hal yang sama berulang kali. Aku tahulah apa yang perlu aku lakukan. Dia tak payah nak ingatkan aku seratus kali.
Dia fikir aku tak geli ke nak berlakon sayang-sayang dekat dia. Menjengkelkan sungguh. Lebih baik aku sayangkan haiwan dari sayangkan perempuan seperti dia ni.
“Kau dengar tak?”
“Dengar.” Balas aku.
Namun saat yang tidak aku duga. Aku tak menyangka aku terhidu gas beracun sungguh mencengkam kalbu dan menyengat rongga hidungku ini. Kalau dibiarkan boleh berdarah.
“Kau kentut ke?” tanya aku serentak dengan Nisa Zulaikha. Dia dan aku mengajukan soalan yang sama.
“Bukan aku!” balas aku serentak juga.
Kalau sudah naik bas. Keadaan beginilah yang aku kurang suka. Ada juga yang mengeluarkan sisa-sisa beracun di tempat awam. Sungguh tidak ada keperihatinan langsung. Aku dan Nisa Zulaikha menuduh antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengaku dan yang pastinya bukan aku yang kentut.
Aku dan Nisa Zulaikha menoleh ke sebelah kiri maka terlihatlah wajah perempuan gemuk sedang malu-malu merah pipinya. Aduh boleh tahan comelnya pipi si perempuan ini berlesung pipit lagi. Waduh-waduh....
‘Puttt..!’ Meleret nada tanpa muzik, alunan suara tanpa melodi yang terindah bagi perempuan itu. Bunyinya ketika ini sungguh kuat pula. Jika tadi tidak mengeluarkan sebarang bunyi tetapi tidak kali ini.
“Maaf semua... saya tak sengaja. Saya sakit perut.” Beritahu perempuan gemuk itu lalu memekup mukanya menahan malu yang teramat sangat. Perh! Selamba aje dia lepaskannya. Agak kurang sopan perempuan itu. Aku dan Nisa Zulaikha saling berpandangan.
“Lain kali jangan tuduh aku!” Aku memarahi Nisa Zulaikha. Dia juga berucap perkara yang sama. Salah faham antara aku dan dia seringkali terjadi.
hakiam jeles haha....
ReplyDeletenape dh lme xde entry baru?
ReplyDeletengeee~
ReplyDeletebest..smbung cpt.. :) :)
haha...lawak jek...
ReplyDelete