PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Penulis

Rylontus seorang penulis baru yang masih mencuba untuk menghasilkan karya yang terbaik untuk tatapan bacaan pembaca sekalian. Beliau tidak mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan apatah lagi mengarapkan cerita dengan begitu baik namun Rylontus tetap berusaha untuk terus belajar bagaimana untuk  menghasilkan sesebuah karya yang bermutu. Beliau ingin berdiri dengan cara yang tersendiri bagi menghasilkan karya yang tampak berbeza. "Setiap penulis ada kelebihan masing-masing dan ia adalah satu anugerah." kata Rylontus.

Beliau seorang penulis Indie yang tidak terikat dengan mana-mana 'group', orang tengah atau sesiapa sahaja. Rylontus tidak suka mencampuri urusan orang lain. Beliau lebih suka bertindak di atas laluannya sendiri tanpa mempedulikan orang yang cuba menjatuhkannya. Meskipun beliau tahu terlalu banyak cabaran yang perlu beliau hadapi di dalam bidang ini namun beliau bersedia menerima cabaran-cabaran yang bakal mendatang kelak. Rylontus gemar membaca cerita berunsur jenaka atau komedi, maka beliau lebih senang menulis cerita berunsur komedi agar pembaca terhibur. Menghiburkan hati pembaca itulah tujuan sebenar Rylontus berada di sini.

"Jika ada yang tidak suka dengan cara saya dan dengan penulisan saya maka dia boleh abaikan sahaja  kewujudan saya tetapi tiada siapa yang dapat hentikan saya dari terus menulis." Dan katanya lagi, "Jika ada insan yang berhajat menegur saya maka tegurlah dengan cara yang berhemah dan berilmu kerana orang yang berakal tidak akan sesekali menuding jari pada kesalahan orang lain tetapi mencerminkan dahulu pada diri sendiri serta ilmu yang ada padanya dikongsi bersama agar sesebuah kelemahan dapat diperbaiki." sambungnya.

Rylontus ingin dikenali hanya sebagai Rylontus sahaja. Merahsiakan identiti sebenarnya kerana tujuan beliau wujud di alam maya ini sekadar mempromosi karya dan juga belajar bagaimana untuk menulis novel. Beliau baru sahaja terjun ke dalam bidang ini sekadar suka-suka sahaja dan tidaklah terlalu serius namun sekiranya ada rezeki, beliau juga mahu karyanya diterbitkan. Jika sebaliknya dia hanya pasrah sahaja.

Sebarang pertanyaan atau kritikan membina boleh hubungi beliau melalui emailnya hafizulhakimy@yahoo.com

Semoga Rylontus terus sukses di masa-masa akan datang, Insya`Allah.

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka