PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Friday 15 April 2011

Kontrak Cinta Duka- Bab 1


Mamat kilang? Dua patah perkataan yang cukup sinonim bagi aku. Minah kilang? Bagi perempuanlah bukannya aku. Aku lelaki biasa digelar mamat aje. Entah dari mana wujudnya gelaran tu? Asal lelaki je mesti nak panggil mamat! Menyampah juga sedangkan nama aku cantik-cantik mak aku kasi, Azamil Hakim tapi senang-senang orang panggil aku Azamil Hakim mamat kilang! Hampes sungguh! Nak marah ni nak marah ni, jaga-jaga! Nama aku A-Z-A-M-I-L H-A-K-I-M ! hah! Siap eja lagi ni, apa cerita?
Itulah azabnya kerja jadi operator di kilang, mudah-mudah sahaja tukar gelaran tu. Aku mengumam geram sambil memasukkan papan litar dalam kotak. Ceh! Mana tidaknya malam tadi baru kena sound dekat seorang awek tu. Sombong sangat orangnya. Baru fewit sikit sahaja terus jelir lidah. Wajah dia memang terbayang-bayang di mata ni. Tengok papan litar di hadapan mata aku ni nampak muka dia. Tengok cutter pun macam muka dia. Eee! Memang lawa sungguh. Sampai aku naik motor pun nak terbabas langgar divider, mujur tak ada bas langgar aku dari belakang.
Apa hal awek tu? Rasanya dia ada lagi ke tidak dekat hadapan McDonalds tu ya petang nanti? Semalam aku nampak dia, bukan sekali dua tapi memang banyak kali jugalah aku nampak dia. Pernah satu hari tu aku berhenti di hadapannya. Memang dia buat tak nampak aku. Aku ni halimunan ke?
“Hai cik adik manis yang cun melecun, boleh abang tumpang tanya? Tanda dekat mana?” ada pula tanda aku tanya dia. Biasalah ayat nak mengorat mesti high class. Perempuan memang macam tu, tak sah kalau tak dibodek. Aku fikir dia akan cairlah dengan pujian aku tu.
“Ya encik mamat kilang, tandas tak ada dekat sini, kau ingat aku ni tempat kaunter pertanyaan ke? Banyak cantik muka kau?” Fuyoh! Selamba beb dia balas macam tu aje. Okey fine! No women no cry, no men women dry! Ha ha ha!
“Alahai sombongnya...” balas aku yang baru sahaja nak tongkat motor. Memang aku dah tongkat motor aku tu sebab nak pergi dekat dia yang sedang berdiri tepi jalan tu dekat dengan McDonalds. Tak salah nak berkenalan kan? Jadi aku pun apa lagi turun dari motor nak mendekati dia. Baru sahaja dua langkah aku maju ke hadapan tak ada angin tak ada ribut motor aku sudah terbalik! Ini yang aku paling nak marah ni! Macam mana Ah Keong ganti tongkat motor aku? Motor RXZ aku spotrim bintang baru keluar kedai minggu lepas sudah jadi macam tu! Ingin sudah bikin aku malu. Argh! Depan awek pulak tu. Cancel! Aku tak sempat tanya nama terus aku beredar dari situ. Malu siot!
Ah! Malaslah aku nak ingat balik kes yang sudah-sudah tu sekarang ni aku nak kena siapkan kerja aku tinggal sejam lagi nak balik rumah sewa aku. Aduhai lapar pulak perut aku ni. Balik nanti nak kena masak lagi. Malasnya nak masak dan susahnya jadi orang bujang. Bilalah aku nak kahwin ni? Mak aku dah bising suruh aku carikan menantu untuknya. Aku dah diberi warning supaya jangan bawa balik hantu! Ha ha ha! Ada pulak aku nak kahwin dengan hantu ke? Kalau puntianak yang dah jadi manusia selepas kena cucuk paku pun okey jugak kan? Cun! Huh!
‘ngingggggggggggggggggggggggggggg’ panjang aje bunyi penggera masa tu. Yes! Masa sudah tamat. Cepat sungguh satu jam berlalu. Masa untuk punch card! Aku cepat-cepat angkat punggung.
“Hakim!!” ada orang panggil aku.
Tidak semena-mena langkah aku dimatikan. Ini yang aku malas ni! Tomboy ni sibuk pulak. Apa kena dengan dia ni buat muka macam singa nak beranak aje?! Fedup sungguh. Aku tenung dia dalam-dalam. Bukan aku nak berkira tapi waktu kerja aku dah selesai. Perut aku pun lapar. Ni tak ada menda lain mesti mintak aku kerja over-time. Sorrylah aku tak nak! Perut aku dah berkeroncong! Jam sudah pukul tujuh petang.
“Ada apa?” aku tanya dengan kasar sebab dia pun kasar orangnya.
“Kerja over-time malam ni?” please-lah dia suruh aku kerja over-time dan memang aku dah agak dah.
“Aku dah kerja dua belas jam! Kau nak aku mengadu dekat pejabat buruh ke?” aku marah supervisor aku sendiri.
“Kau tolong ganti Nash, dia tak datang kerja overdose telan pil tidur kecewa dengan awek. Aku kadang-kadang frust dengan sikap dia tu. Aku nak mengadu dekat boslah sebab dia tu selalu ponteng kerja. Silap-silap dia akan dibuang kerja. Kau nasihatkan dia tu,”
“Emy! Please-lah... aku tak nak ganti sesiapa. Malam ni aku ada date dengan mak janda anak satu. So kau sajalah yang ganti dia,” balas aku selamba.
“Banyak kau mak janda anak satulah apalah. Kau jangan nak bagi alasan. Kalau kau kerja lebih masa kau akan dapat banyak duit, senang kau nak kirim duit dekat kampung bertimbun-timbun,” pandailah dia nak memujuk aku. Kalau dah dua belas jam kerja sudah masuk empat jam OT! Dia ni tak faham bahasa ke? Aku bukan robot!
Emy paut bahu aku lalu dia berbisik dekat telinga aku. Dia ni macam ada something aje nak beritahu aku yang best-best ke?
“Aku tahu kau sebenarnya tak sabar nak usha awek di hadapan McD tu kan?” Eh?! Macam mana budak tomboy ni tahu aku memang duk usha awek tu? Awek dia ke? Ha ha ha! Kena lempang jugak aku ni nanti.
“Habis tu kenapa?”
“Tak mudah kau nak dapatkan dia sebab dah berpuluh-puluh lelaki cuba nak dapatkan dia, semua terkandas sahaja. Awek tu macam ada ghost,
“Ghost? Wei zaman sekarang ni mana ada ghost ghost semua tu,”
Ha ha ah, maksud aku awek tu macam ada perisai yang sangat kuat. Dia tak makan pujuk dan tak makan ayat-ayat manis,”
“Kau pernah ayat dia ke?”
‘Pang!’ dengan selamba sahaja Emy tampar pipi aku.
“Apa hal kau tampar aku,” aku menggosok pipi. Mujur tampar manja-manja aje. Nasib baik pipi aku ni kebal. Kalau berdarah memang aku saman si Emy ni!
“Suka-suka je,” katanya.
“Kau marah aku memang betullah kan?” aku duk kasi angin lagi hati dia. Biar dia panas sahaja. Aku ni dah tak tahan nak makan ni. Sungguh! Emy ni betul-betul buang masa aku.
“Kau nak OT ke tak nak?”
“Apa kena mengena dengan yang kau cuba sampaikan dengan OT tu?” aku keliru.
“Kalau kau OT aku akan tolong kau dapatkan awek tu untuk kau,”
“Kau nak tolong pinangkan ke? Wah! Cayalah... wa respect sama lu,” balas aku selamba.
“Yalah kau ni bukan pandai mana pun, SPM pun tak lepas! Mujur kilang ni terima budak bengap macam kau ni tau tak?”
Aku dah naik angin dia babitkan hal SPM aku pulak. Aku tahulah SPM aku teruk! Tapi tak semestinya aku dah tak boleh sambung belajar lagi. Banyak tempat-tempat belajar aliran kemahiran menawarkan khusus-khusus yang sungguh ajaib untuk aku sertai. Jangan ingat aku terlampau bodoh! Kau  memang silap Emy! Aku bercakap sendiri dalam hati aku yang sudah sedia panas.
Aku tenung dia dalam-dalam. Aku nak marah ni! Aku nak marah ni! Jaga-jaga Emy!
“Sabar... kalau kau gelojoh kau takkan dapat awek tu. Awek tu lawa kan? Memang cun habis. Tapi kalau kau melepas aku yakin kau takkan lena tidur malam. Kemungkinan kau juga akan jadi macam Nash terbungkam kecewa,” Emy berbasa-basi dengan aku. Minta aku OT sehingga sanggup ucap itu dan ini agar aku termakan. Dia silap! Jawapan aku tetap TIDAK!
“Tak! Aku tak nak! Maksud aku, aku tak nak OT malam ni,” balas aku kerana aku tak hairan pun dengan awek tu. Bukan perempuan tu sorang aje awek yang ada dekat Kuala Lumpur ni! Ramai lagi awek lain yang lebih cantik dari dia. Tak dapat dia pun tak apalah. Dapat janda kaya pun kira okey jugak kerana bukannya aku tak ada rupa. He he he... tapi keputusan SPM tak meletup! Uwaa!
Aku tetap membantah aku malas nak layan. Aku nak kena cepat-cepat punch card. Aku nak balik! Jadi aku mesti tetapkan pendirian aku. Sekali aku kata tidak, maka tidaklah! Jangan paksa aku sebab aku memang tak suka dipaksa. Jangan main-main dengan aku yang mampu beraksi ngeri di jalan raya kalau dah tension tahap melampau.
[Sambungan] Tingglkan Komen Di Sini :) [KLIK]

6 comments:

  1. oooooooooooooooooooo... nice storiline la! heh..

    suka! :)

    ReplyDelete
  2. awek kebal ayat manis.. like... haha.. dapat ke mamat kilang tu nanti...

    ReplyDelete
  3. Inche Love : TQ very much

    zura : u too

    Amira : maybe

    Tinta Biru : sweetttt

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka