Bercinta tanpa hati kerana terikat dengan satu kontrak yang terpaksa ditandatangan oleh Azamil Hakim telah membuatkan dirinya dihantui rasa serba salah. Dia diminta bercinta dan kemudian disuruh mengecewakan sekeping hati seorang perempuan itu. Dalam masa yang sama hatinya terpaut pada teman serumahnya meskipun seringkali bertengkar dan tidak pernah mengetahui punca sebenar mereka terus menerus berkeadaan begitu. Rupa-rupanya Azamil Hakim bukan berhadapan dengan satu kontrak tetapi dua. Dari mana wujudnya kontrak yang lagi satu itu?
Nisa Zulaikha seorang gadis liar yang tidak suka dikongkong selalu menyakiti hati Azamil Hakim. Tidak kira siang atau malam, pagi atau pun petang memang gadis ini akan mencari masalah untuk bercakaran dengan Azamil Hakim yang merupakan seorang pekerja kilang itu sedang berusaha mengusir Nisa Zulaikha keluar dari rumah sewa berkenaan. Kehadiran Nisa Zulaikha yang turut menyewa bilik di dalam rumah yang sama membuatkan Azamil Hakim tidak berpuas hati pada abang Nisa Zulaikha iaitu Nazmey Adam yang membenarkan Nisa Zulaikha tinggal di situ.
Azamil Hakim tersepit di antara dua kontrak cinta duka yang membawanya terus ke alam mimpi ngeri. Bagaimana bentuk dua kontrak itu? Dan siapakah perempuan malang itu yang mesti Azamil Hakim kecewakan? Sukar untuk Azamil Hakim mengerti ketika berada di antara dua hati sedangkan dirinya hanyalah pekerja kilang sahaja yang seringkali dianggap seorang lelaki yang 'poyo'.
Mampukah Azamil Hakim menukar cinta yang terpaksa itu kepada cinta setulus jiwa? Perkahwinan dengan perempuan itu secara paksa membuatkan dirinya bertambah tertekan dan hanya perlu menurut tanpa membantah. Akhirnya Azamil Hakim mendapat tahu tujuan sebenar Nisa Zulaikha yang selalu menyakiti hatinya lantas sekaligus membuatkan dinding hatinya tercalar.