“Itulah cerita sebenarnya Fazly. Aku dah puas fikir macam mana caranya aku nak buat adik teman serumah aku tu keluar dari rumah tapi idea tak datang-datang. Setiap kalinya aku nampak muka dia aku rasa nak cakar-cakar aje.” Tak fasal aku mengadu pula masalah aku pada Fazly. Aku harap dia dapat membantu meredakan kekeruhan jiwa ragaku ini yang kian meruntun hiba.
Fazly angguk-angguk dan geleng-geleng dah macam layan lagu dari Ahli Fikir. Tengok muka Fazly rasa nak letakkan aje tapak kasut aku dekat muka dia. Dengar cerita aku sampai mulut melompong lalat nak masuk.
“Kau ni dengar ke tak dengar?” aku tanya dia sama ada dia menghayati ataupun tidak kisah seram sedih aku ni.
“Aku terharu kerana kesetiaan kau berada di rumah itu. Kalau aku jadi kau, lebih baik aku aje yang keluar dari rumah tu. Untuk apa kau tinggal serumah dengan adik kawan kau tu? Kalau JAIS datang macam mana? Siapa nak jawab? Tak pasal pulak kau dengan dia kahwin free. Tapi, apa kata aku pun pindah sana jugak? Aku dah bosan duduk dengan bapak aku tu...”
‘Toing!’ ambik kau! Aku tunjal kepala dia. Fazly ni dah over dose makan sambal nasi lemak agaknya. Merapu sahaja cakap dengan dia ni.
Fazly sebaya aku tu gosok kepalanya sambil mencebik buat muka kasihan. Aku geram bercakap dengan dia ni. Lebih baik aku bercakap dengan cawan di hadapan aku ni lagi tak menyakitkan hati.
“Aku gurau pun tak boleh.” Kata Fazly.
“Bukan tak boleh. Kau pun tahu aku ni suka sangat bergurau macam ni.” Aku terus calitkan sambal nasi lemak dari pinggan aku terus ke pipi dia. “Aku suka tahu.” Ucapku lagi.
“Wah! Bestlah... aku pun nak cuba juga, kau tunggu ya...” Fazly terus bangun dan berjumpa dengan kakak kafeteria tu. Aku dengar dia minta satu periuk sambal nasi lemak. Sebaik sahaja aku mendengarnya maka aku pun terus angkat kaki. Mana boleh tunggu lama-lama si Fazly tu pun otak senget juga. Nanti dia tuang sambal tu atas aku aniayalah jawabnya.
“Woi! Mana kau nak lari tu? Aku nak cuba jugak ni!” aku dengar dia terpekik. Aku menoleh ke belakang aku nampak dia bawa periuk sambal nasi lemak kejar aku. Gila punya orang. Mana boleh lengah-lengah macam. Aku kena lari!
***
Dari pagi tadi aku pening. Sekarang ni lagi pening kepala aku ni. Hari Isnin aku rasa sangat membebankan. Bebanan masalah yang aku hadapi tidak terhingga banyaknya. Tak ada seorang pun yang dapat tolong aku malah hanya menambahkan lagi sengsara di hati.
“Kim! Ikut aku kejap!” bahu aku dicuit lantas aku dipanggil oleh Emy. Apa lagi dia ni? Semalam merajuk dengan aku hari ni pangil-panggil pula. Mesti ada yang tak kena ni. Aku menduga dalam hati sambil berkerut dahi lapan belas inci.
“Ada apa ni Emy...? Aku banyak kerja tu, barang jem nanti aku jugak yang kelam kabut.”
“Ikut jelah, kan aku dah bawa orang gantikan kau tu kejap.”
“Aku tahu tapi itu kan kerja aku, kalau apa-apa hal aku jugak yang disalahkan.”
“Kau ni membebel macam makcik tua aje. Kau jangan risau aku back up.” Balas Emy.
Aku dan dia melangkah menuju ke luar kilang. Dia tarik aku duduk di kerusi. Dia berdiri di hadapan aku bagaikan diriku akan disoal siasat oleh polis selepas ini. Aku mengeluh kasar kerana tidak berpuas hati dengan cara Emy tu.
“Kenapa Emy? Ada yang tak kena ke sampai kau bawa aku bercakap dekat sini? Kalau hal peribadi aku tak nak masuk campur kerana sekarang ni waktu kerja. Jadi aku harap kau tolong faham.” Aku mengingatkan Emy tentang prinsip itu aku tu.
Emy tidak boleh memaksa aku begini dan sekiranya dia ingin membincangkan hal peribadi rasanya lebih baik dia tunggu selepas tamat waktu bekerja. Paling tidak pun tunggulah aku punch card dulu ke. Aduhai...
Dulu Emy tak macam ni. Emy tak menggelabah begini. Dia nampak cool sahaja tapi sejak akhir-akhir ini dia nampak stress serta menyembunyikan perkara dari dalam hati. Susah untuk ramalkan sekarang ni. Sebelum dia menjadi supervisor, dia begitu rapat dengan aku dan tidak m udah melenting atau lebih kasar dari sekarang ni. Dulu baik sahaja dan selalu senyum pada aku tetapi kini tidak lagi. Keadaan sudah jauh berubah.
Sewaktu aku mula-mula kerja di kilang ni dialah orang pertama yang tegur aku. Dia jugalah yang menghulurkan salam kenalan yang sangat indah. Katanya dia sudi berkawan dengan aku seandainya aku tidak kisah dengan penampilannya itu. Memang aku tidak kisah tapi kadangkala ia begitu menjengkelkan. Sungguhpun begitu hari demi hari aku dapat memahami siapa Emy sebenarnya. Hanya luarannya sahaja nampak kasar namun dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Dari awal pagi tadi aku nak tanya kau baru sekarang ni aku ada masa. Berikan aku peluang mengetahui hal yang sebenarnya. Apa yang berlaku? Aku nampak kau bergaduh dekat taman permainan kanak-kanak semalam. Aku baru nak datang dekat tapi kau dah blah macam tu aje. Siapa lelaki tu?” Emy bertanya padaku.
Emy seperti mengambil berat tentang aku sahaja. Jadi perasaan aku semalam adalah benar. Aku menduga ada orang memerhatikan aku dan ternyata orang itu adalah Emy.
“Jadi kau ada dekat sana ke semalam?”
“Sudah tentulah. Kalau aku tak ada mana mungkin aku tanya kau sekarang ni.” Balas Emy.
Apa yang perlu aku katakan? Kalau aku ceritakan hal lelaki tu bergaduh disebabkan perempuan jadi-jadian tu lalu Emy ketawa besar bagaimana? Sebab tak pernah dibuat orang bergaduh melibatkan hal tersebut. Malu pula aku nak cerita namun bukan salah aku. Semua ini salah Abang Khai yang cari pasal dengan aku. Kalau dia tak tumbuk aku semalam aku takkan balas.
“Kenapa kau nak tahu sangat?”
“Sebab aku tengok mata kau dah lebam. Bila mata kau dah lebam maka hilanglah kekacakan kau tu, ada faham?” katanya.
“Biar ajelah.”
“Kasi tahulah.”
“Tak payahlah.”
“Senang-senangkan.” Balasnya begitu pula. Senang apa benda kalau aku juga yang mendapat sakit? Aku malas nak panjang-panjangkan hal ni. Lebam biji mataku ini lama-lama nanti sembuhlah tu dan bukannya terus menjadi kudis ataupun barah.
“Kak Emy...”
“Emy aje. Tak yah panggil kakak! Kau ni nak sindir aku ni.”
“Mana ada.”
“Baru je.”
“Memang betulkan? Panggil kakaklah senang kerana saya rasa bersalah sebab macam tak hormat orang.” tiba-tiba aku bersaya-saya pulak dengan Emy. Nak tergelak aku. Sabar ajelah...
“Kau kan dah biasa lagi pun aku yang suruh kau panggil macam tu kan? Ni kenapa tiba-tiba kau nak panggil aku kakak pulak ni? Tolonglah jangan panggil aku macam tu. Terasa aku ni dah tua sangat.” Balas Emy.
Aku pun tak tahu kenapa aku mengambil alternatif tu sebagai jalan untuk aku menukar topik. Aku tidak mahu Emy terus bertanya tentang hal semalam yang langsung tak ada kena mengena dengannya. Lagipun perkara tu tidaklah terlalu mustahak berbanding hal perempuan di rumah aku tu dan juga hal kontrak dari Encik Razak ni.
Pengurus operasi dekat kilang ni memang buang tebiat agaknya hingga sanggup meletakkan aku di dalam kancah permasalahan ni. Aku tidak tahu di manakah penghujungnya nanti.
“Baiklah Emy... izinkan aku menyambung kerja aku tu.” Aku merayu.
“Ce cerita ce cerita. Aku nak tahu sangat ni. Kes berebut awek ke? Siapa awek bertuah tu menjadi rebutan dua lelaki?” Emy membuat andaian dan dia tetap ingin tahu tetapi aku tidak mahu bercerita mengenainya lagi. Aku sudah mula bosan.
“Hoi!”
“Apa hoi hoi?” Kata aku sambil menoleh.
‘Zrussss’
Erk?!
“Dapat pun. Dari tadi aku tunggu peluang nak tuangkan sambal nasi lemak ni dan akhirnya aku berjaya jugak.” Ucap Fazly dengan bangganya yang muncul tanpa disangka olehku.
Aku dah bengang. Sanggup dia simpan sambal nasi lemak tu dan terus simbah atas kepala aku. Kakak kafeteria tu tak bising ke? Aku rasa macam nak menangis aje. Aku fikir Fazly sudah batalkan niatnya nak balas dendam tapi ternyata dia begitu gigih sekali. Dengan daya usaha tanpa mengenal erti putus asa maka dia berjaya kenakan aku yang sedang keliru. Haru biru jadinya hidup aku, dapat kawan tiga suku.
sengal punye fazly...ade je tuangkan sambal nasi lemak atas kepala kim...huhu...tak matang je dia ni :)
ReplyDeletehahaha...terbaik la...mujur xpns sambal tuh..
ReplyDeletehehehe
ReplyDelete