PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Tuesday, 19 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 17

Aku bangun awal pagi. Aku tergesa-gesa ke tandas kerana perut aku buat hal. Aduh sakitnya... ingin ku segera melepaskan hajat yang terpendam. Agak lama juga aku di dalamnya namun setelah semuanya selesa leganya tidak terkata. Masa aku nak keluar tandas tiba-tiba aku nampak sesuatu di ruang dapur. Aku terkejut kerana memang keajaiban sungguh. Seorang gadis yang cantik manis sedang memegang sebiji telur ayam. Barangkali dia sedang berfikir bagaimanakah cara terbaik untuk dia memecahkan telur itu dan dimasukkan ke dalam mangkuk. Mungkin dia nak goreng telur dadar agaknya.
Sungguh aku yakin bahawasanya dia tak nampak aku yang sedang memerhatikannya dari jarak kurang enam meter sahaja. Tiba-tiba mata aku melihat aksi slow motion pula semasa dia ‘flip hair’ fuyooo lawanya, kata hatiku sekadar memuji. Aku terpegun dan aku mendapati di lehernya ada benda pelik. Warna hitam. Wah! Tahi lalat ke? Cun! Bila aku tenung dalam-dalam aku tengok bukan sebiji telur yang dia pecahkan tapi dah banyak telur dipecahkan yang tidak sempat dimasukkan ke dalam mangkuk. Sah! Memang sah dia ni tak reti langsung nak goreng telur! Aku tak boleh biarkan kerana itu adalah satu pembaziran.
“Kau buat apa tu?!” pertanyaan aku membentak padanya.
Telur di tangannya terlepas lalu pecah di lantai. Aku marah dan dia menjerit sambil tutup mata. Ya Allah! Aku bertuala sahaja rupanya. Selalu aku pakai baju sekali. Aduh! Malunya aku.
Cepat-cepat aku lari masuk dalam bilik dapatkan baju. Mengapa boleh jadi macam ni dan si perempuan tu bangun sebelum Subuh tu kenapa? Awal sangat dia bangun begitu mencurigakan aku lepas tu pecahkan telur ayam! Memang dia tu tak reti masak! Cakap aje tak reti masak dan aku boleh ajarkan kalau dia nak asalkan dia tak berkelahi dengan aku lagi sudahlah... aku boleh maafkan dia tetapi kalau dia cari pasal lagi aku pun boleh aje ikut memasal.
Usai itu aku terus ke dapur semula namun dia sudah tak ada di situ. Tapi aku tak puas hati dekat dia. Dia memang tak reti nak hargai barang-barang yang ada di dapur ni. Tahu membazir sahaja. Aku terus berpatah semula dan aku yakin dia masuk dalam bilik. Aku ketuk pintu biliknya.
“Wei perempuan! Apa pasal kau pecahkan telur aku hah?!” Eh?! Pelik-pelik! Aku kena ulang semula untuk membetulkan ayat aku tu. “Apa pasal kau pecahkan telur ayam hah?” dia senyap sahaja.
Aku dah ketuk kuat pintu biliknya tapi dia menyepi sahaja. Aku yakin dia dah malu kerana tak reti nak goreng telur ayam.
Tiba-tiba bahu aku dicuit dari belakang. Aku dah mula berdebar-debar siapa pula yang cuit bahu aku ni? Nazmey ke? Lambat-lambat aku menoleh terasa merinding bulu roma aku ni. Sebaik sahaja aku menoleh, ‘Pang!’ aku ditampar.
“Kenapa kau tampar aku?”
Aku fikir dia ada di dalam biliknya tadi tapi rupa-rupanya dia ada di belakang aku. Macam Chipsmore pula. Tapi aku dah tak puas hati. Dia tampar aku sesuka hatinya. Apa hak dia nak tampar aku? Selama ini belum pernah ada seorang wanita pun yang berani tampar aku. Sungguh memalukan.
“Siapa suruh kau intai aku?!”
“Hei! Kau ingat muka kau tu cantik sangat ke nak diintai-intai? Daripada aku intai kau baik aku intai Mak Munah si janda sebelah ni. Lebih mengancam dari kau tu.”
“Mak Munah gemuk yang dah tua tu ke? Anak dia sebaya kau dan aku? Berangan cantik macam ratu cantik yang kau puji tu boleh masuk pertandingan miss world kononnyalah. Ah! Lupakan je. Aku tahu kau takkan pandang wanita macam tu. Aku tau kau ni lelaki miang! Kau intai aku sebab kau nak cuci mata kau tu kan?” berjuta-juta telahan dibuatnya . Aku dah tak tahu apa lagi yang perlu aku balas kerana tangan aku masih mengusap pipi kiriku setelah ditampar oleh tangan kanannya.
“Cukup Ika! Cukup!”
Dia mengecilkan anak matanya.
“Pertama kali aku dengan kau sebut nama aku di depan aku! Dan aku larang kau sebut nama aku lagi! Faham?!” bentaknya dalam arahan.
“Apa kau fikir nama kau tu bagus sangat ke? Lebih baik kau tukar aje nama kau tu jadi Murai Becok! Kalau mampu kau tukar jantina kau sekali! Kau tak layak jadi perempuan! Masak pun tak tau!” tempelak aku padanya. Biar dia tahu rasa. Dia ingat aku ni nak duduk diam sahaja selepas apa yang dia buat hari-hari yang lalu?
Sedang aku dan dia berkelahi, azan Subuh berkumandang lantas lidah aku terus terkunci menjawab azan dalam hari dari terus membalas ucapannya itu. Bila dia bersuara aku terus letakkan jari telunjukku pada bibirku sebagai isyarat supaya dia juga menghormati azan yang sedang berkumandang itu. Aku tak kisah kalau dia tak nak respect dekat aku pun tapi tolonglah hormat kalimah suci yang sedang dilaungkan oleh bilal di surau yang berdekatan flat ni. Mujurlah dia mengerti.
Akhirnya pertengkaran itu terhenti begitu sahaja selepas dia tarik muka. Sebaik sahaja azan selesai aku terus bertanya, “Kau tak solat ke?”
Period-lah!” balasnya marah-marah.

***

Terbayang-bayang di minda tatkala pipiku telah ditampar oleh perempuan tak guna tu pada pagi tadi. Memang aku intai dia tapi bukannya sengaja. Aku tak tahan sebab dia pecahkan telur ayam. Tak reti memasak atau apa sahaja jangan sombong sangat untuk bertanya. Tanya ajelah dan ini tak, masih nak egois. Aku sebagai lelaki yang patut ego bukannya dia. Tapi lain pula jadinya. Bilalah agaknya dia nak keluar dari rumah sewa aku tu? Aku dah bingung memikirkannya. Masa awal-awal pagi aku bertekak dengan Nisa Zulaikha itu, Nazmey memang tak ada dekat rumah. Dia keluar malam tadi terus tak balik-balik.
Aku cuba call dia tapi tak berjawab. Aku SMS pun tak berbalas. Aku kaishan tengok dia tu kecewa sangat agaknya sampai fikirannya pun terganggu. Sekarang ni tempat kerja lain pula ceritanya. Aku sekarang dihadapkan ke muka pengadilan. Wajah Encik Razak menyinga di hadapan mata aku. Aku tak faham kenapa dia buat wajah macam tu. Dia panggil aku masuk pejabatnya dan aku masuk ajelah kerana dia sekarang ada urusan dengan aku tapi aku memang tak suka kontrak tu namun sudah terpaksa maka aku turutkan juga.
“Kau ni nak main-mainkan aku ke apa Kim?”
Encik Razak sudah hilang kesopanan. Selama ni dia berbahasa saya dan awak tapi hari ini jadi kau dan aku. Tak apa aku mana-mana pun boleh tak kisah sangat dengan panggilan tu. Kalau dia nak aku maki dia pun boleh aje tapi itupun kalau dia nak.
“Saya tak mainkan sesiapa pun.”
“Ada orang beritahu aku yang kau tolak pelawaan dia ajak kau tengok wayang.”
“Siapa yang buat cerita ni?”
“Kau nak mengaku ke tak nak?”
“Memang. Tapi itu sebelum saya tandantangan kontrak tu lagi.”
“Dan semalam tu?”
“Apa dia?” tanyaku semula.
“Dia nak tolong kau tapi kau tak nak.” Ujar Encik Razak yang masih bercekak pinggang.
Aku dah mula rasakan keadaan ini semakin parah. Aku wajib menjaga hati Emy. Aku kena menurut apa yang Emy nak. Aduhai nasib aku malang. Kenapa aku bodoh sangat turunkan tandantangan kontrak tu.
“Boleh tak saya nak batalkan kontrak tu?” balasku.
“Boleh dengan syarat awak saya heret ke mahkamah.”
“Boleh ke?”
“Kenapa tak boleh? Selagi wujudnya perjanjian hitam putih ni kau akan dapat susah. Tak ada siapa lgi yang boleh tolong aku melainkan kau Kim. Emy tu syok gila dekat kau sampai aku pun dia tak pandang.” Beritahu Encik Razak yang menaruh harapan pada Emy namun Emy telah mengecewakannya. Encik Razak telah menceritakan segala-galanya pada aku petang semalam sebelum aku pulang ke rumah.
“Kenapa bos tak tackle dia betul-betul. Saya ni tak suka dia bos macam mana saya nak bercinta dengan dia.”
“Aku bukannya suruh kau bercinta sungguh-sungguh pun. Olok-olok aje kan.” Katanya berkerut dahi lalu menghempaskan punggungnya di sofa.
“Kalau dia betul-betul jatuh cinta dekat saya bagaimana  ni pun? Tak tergamak saya nak permainkan perasaan si Emy tu. Dia tu baik bos... saya ni bukan tak nak tapi saya sendiri takut. Takut mendapat susah di masa akan datang.”
“Kau tu muda lagi masih ramai perempuan kau boleh dapat. Aku ni makin lama makin tua. Sampai sekaranga ku tak kahwin-kahwin lagi.” Encik Razak seperti menyesali kerana di masa usia mudanya tidak mencari jodoh. Sekarang sudah hampir empat puluh tahun baru nak cari jodoh dan orang yang dia suka tu pula adalah si Emy. Hairan aku bagaimana Encik Razak boleh berkenan dengan Emy yang berjiwa muda dan lasak tu?
“Bos kena mandi bunga ni.” Cadangku.
“Mandi bunga buat apa? Kau ingat aku ni ada sial ke? Kau pun percaya dengan benda karut marut macam tu ke Kim?” ucapnya,
Memang aku tak percaya dan aku pun tak pernah mandi bunga. Aku percaya pada Ilahi sahaja. Namun ikhtiar itu perlu ada asalkan tidak mensyirikan-Nya.
“Saya tak kata percaya dengan benda-benda tu bos tapi bos kena cuba juga mana tau bos ni terkena ilmu hitam ke sampai perempuan takde nak pandang bos. Manusia ni macam-macam tapi kalau pendinding bos kuat, sihir-sihir ni takkan dapat tembusi jiwa bos. Lainlah kalau bos ni memang tak minat pada perempuan.”
“Gila kau ni. Kalau aku tak minat takkan aku suruh kau kecewakan dia tu!” Encik Razak terus menerus naik angin.
“Sebab bos suruh saya kecewakan dia jadi saya cakap macam tu. Eny tu tak berdosa tapi kenapa bos nak dia kecewa sampai macam tu sekali. Kalau dia pula kecewa dengan saya selepas itu dia bunuh saya macam mana? Perempuan ni bos kalau dia kecewa sangat dahsyat. Racun pun mereka sanggup minum.” Aku sengaja menakut-nakutkan Encik Razak.
“Ye ke?”
“Habis tu yang masuk paper, masuk tv tu apa cerita bos? Semua tu kes kecewalah. Lari ikut suami orang. Lari ke lombok sebab kecewa dengan kekasih. Letupkan diri, terjun bangunan dan macam-macam lagi.” tambahan cerita ngeri olehku.
“Lelaki pun sama juga kan? Cuma aku ni tak gantungkan diri aje kerana aku masih ada agama.”
“Tahu pun... habis tu kenapa bos tarik saya masuk ke kancah kerja gila ni?”
“Seperti yang aku katakan tadi, hanya kau je yang boleh tolong aku.” Ujar Encik Razak yang memang terdesak mahukan cinta Emy kembali padanya. Aku pun dengan naif sekali tidak sampai hati nak hampakan harapan bos aku sendiri. Bos yang telah banyak tolong aku.

1 comment:

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka