“Kau pergi mana malam tadi? Balik mabuk-mabuk lepas tu nak bawa masuk jantan dalam rumah ni? Kau tahu tak perbuatan kau tu salah? Salah di sisi Agama Islam? Kau ni tak tahu apa-apa ke? Kalau kau tak tahu maka aku nak kasi tahu,”
Dia diam. Aku tak boleh diam sebab dia bawa balik dosa dekat rumah ni. Kalau aku tak tegur aku juga menumpang dosanya. Salah ke aku untuk menegur apa yang tak baik? Walaupun aku cukup sedar bahawa aku ni bukanlah baik sangat tetapi sebagai seorang yang beragama Islam aku wajib menegur kesilapan itu.
“Yang kau sibuk ni kenapa wahai Ustaz Azamil Hakim?” Nisa Zulaikha tanya aku balik sambil menuang air teh panas-panas suam ke dalam gelas. Sesuka hati dia aje minum air yang aku bancuh. Dia tu perempuan tak boleh buat sendiri ke? Tiba-tiba dapat title ustaz tak bertauliah diberikan pada aku. Hurm...
“Aku kena pesan dekat kau ni sebab aku nampak kau ni pelik benar. Kau tu perempuan... orang perempuan kenalah jaga martabat kau sebagai seorang perempuan. Senang-senang kau bagi lelaki peluk kau malam tadi. Kau ingat aku tak nampak? Dan kau fikir Tuhan tak lihat perbuatan kau tu?” aku memberi tazkirah percuma untuknya tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Amu wajib menegur tapi aku tak tahu betul ataupun tidak cara aku menegurnya? Aku dah panas dekat dia ni tapi apa boleh buat kalau dia keras kepala aku tak boleh buat apa-apa melainkan balas dendam!
Dia merenung tajam ke arah aku. Dia mendengus kasar seperti hendak lempang aku dari jarak dua ratus sentimeter. Panjang benar tangan dia nak lempang aku dari jarak begitu. Aku dapat rasakan dia ni tak boleh kena tegur, pasti melenting.
“Oh ye ke? Terima kasih sebab tolong ingatkan aku. Kadang-kadang aku lupa. Bagus juga kau ni ya? Tapi lagi bagus kalau kau tak jaga tepi kain orang,”
“Kau sedang pakai kain ke?” aku tengok dia pakai seluar.
“Jangan loyar buruk boleh tak?” marahnya pada aku.
Aku terus menggeleng bila dia tanya macam tu sambil menceduk nasi goreng dan aku senyum meleret sahaja. Dia berkerut dahi.
“Ehem ehem,” aku sengaja batukkan diri.
“Apa?!” tanyanya kasar.
“Alangkah bagusnya kau sebagai perempuan sediakan aku dan abang kau sarapan pagi. Kenapa selalu aku?” soal aku sambil menukar topik. Nanti aku sambung balik hal tu.
“Orang lelaki tak boleh sediakan sarapan ke?” dia kemudiannya menghirup teh panas suam itu lalu tersembur begitu sahaja. “Air apa kau buat ni?! Air garam ke atau air teh?”
“Apa kau rasa?” aku bertanya.
“Masin,” balasnya.
“Kalau masin jawapannya adalah air masinlah.” Aku mengejek dan padan muka kau sebabnya dia memang layak minum air masin. Kurang ajar sangat. Memang aku buat khas untuk dia.
“Oh! Kau kenakan aku ya?” dia terus simbah aku air yang dah suam tu ke badan aku. Siot perempuan ni!
“Hoi! Kau ni apa hal?”
“Kau mungkin belum mandi lagi,” dia datang dekat sambil bawa kole di tangan. Dia terus simbah atas kepala aku. Aku yang sedang duduk itu terus lencun. Dia letak kole itu semula di atas meja dan berlalu masuk dalam bilik tinggalkan aku terpinga-pinga.
Memang dasar kurang ajar! Argh!! aku mengumam geram yang teramat dalam. Sungguh membuatkan jiwa ragaku tertekan seribu kali tan matrix.
Pagi yang malang dan bertambah malang. Aku dah kenakan dia, dia kenakan aku balik. Main kasar dia ni.
Aku pergi dekat pintu bilik dia.
“Hei perempuan! Aku tahu kau yang bocorkan tayar motor aku semalam! Kenapa kau khianat aku sampai macam tu sekali? Apa salah aku dekat kau sampai kau beria-ria sangat menyakitit hati aku? Kalau begini sikap kau memang tak ada lelaki yang nak dekat kau tu! Garang macam singa lepas tu pula sikap tak matanng.” Sini aku padanya.
‘Gedegang!’ pintu ditendang dari dalam. Aku tahu dia sakit hati.
“Itu sahaja ke kau mampu buat? Nak pecahkan pintu ke? Pecahkan sahajalah! Aku tak peduli sebab kau tu hanya perempuan yang boleh dibawa ke hulu dan ke hilir dengan sesuka hati oleh lelaki lain. Dulu aku fikir kau perempuan yang susah untuk didekati tetapi ternyata sangkaan aku meleset sama sekali kau lebih teruk dari itu! Tak tahu hukum halal dan haram.” Kataku lagi.
‘Gedegang!’ sekali lagi pintu itu ditendang olehnya dari dalam.
“Ni apa hal bising-bising ni? Aku nak tidur pun tak boleh!” marah Nazmey yang terjengul kepala di pintu biliknya itu.
“Tak ada apa-apa Mey... aku cuma nak bangunkan adik kau ni sahaja untuk sarapan pagi... aku dah buat nasi goreng tu,” aku sengaja mereka alasan.
“Adik aku tak makan nasi pagi-pagi. Dia jaga badan.” Beritahu Nazmey.
“Nasi goreng aku buat tu istimewa sikit pagi ni sebab nak meraikan kehadiran adik kau dekat rumah ni. Sebelum ni aku tak sempat nak sediakan hidangan yang lazat untuknya. Kau pun jemputlah sarapan, jangan asyik nak membuta je,” ujarku sambil senyum.
Nazmey garu kepala dengan matanya yang masih sepet.
“Si Ika tu suka jaga badan, dia makan roti aje kalau pagi. Sudahlah Kim, aku ngantuk lagi ni nak sambung tidur. Kalau kau rasa nak bising-bising kau pergi taman kanak-kanak tu. Kau bising aje dekat sana.” Perli Nazmey pada aku.
Apa sahaja mereka ni? Hari minggu membuta di pagi hari. Sengaja bangun lambat. Aku pula akan membuta tengah hari nanti. Aku tak suka bangun lewat bila pagi. Aku bangun awal. Bangun seawal Subuh untuk tunaikan solat terlebih dahulu selepas itu aku dah tak tidur sampai tengah hari nanti.
Sebaik sahaja Nazmey kunci pintu biliknya untuk sambung tidur aku terus menggeleng lantas aku sambung lagi.
“Perempuan! Kalau kau rasa kau cara kau malam tadi tu berfaedah... kau teruskanlah sebab aku dah pesan dekat kau awal-awal lagi. Aku dah ingatkan.
***
Niza Zulaikha berkurung dalam bilik sahaja tak leluar pun. Aku pula duduk di sofa sambil layan novel. Aku suka benar cerita ni. Bilalah agaknya novel aku tu dapat disiapkan? Aku tak ada perasaan lagi sekarang ni nak menulis novel cinta. Aku minat sangatmenulis novel ni. Manalah tahu suatu hari nanti aku boleh jadi seperti Ramlee Awang Murshid ke? Tapi dia tu novelis thriller nombor satu dekat Malaysia ni. Hurm... nak jadi macam siapa ya? Baik jadi diri sendiri sahaja. Tulis novel teenlit ke? Tapi aku ni bukan penulis? Aku mamat kilang aje.
Aku belek muka surat belakang novel yang aku baca tu,
Adakah anda mempunyai bakat dalam bidang penulisan? Kalau anda mempunyai bakat, kenapa tidak dibukukan untuk tatapan pembaca? Jadi, kalau anda mempunyai manuskrip yang telah siap dan tidak tahu ke mana hendak diterbitkan. Boleh hantar ke syarikat kami untuk diterbitkan.- Iklan.
Aku baca iklan tu. Aku ada bakat ke? Kisah cintaku bagaimana untuk dituliskan di dalam manuskrip itu? Perjalanan hidup aku yang realistik ke atau sekadar imaginasi aku sendiri? Payahlah! Aku tak reti nak menilai kebolehan aku sendiri.
Tapi aku baca banyak novel juga, semua best aje. Nanti kalau aku buat manuskripnya belum tentu best dan akan diterbitkan? Ah! Berangan sungguh aku ni! Bagaimana kalau impian aku hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja? Eh? Aku menggeleng.
Aku tidak tahu dari mana aku patut bermula. Aku seorang lelaki yang sibuk degan kerjaya. Aku mana ada masa nak menulis semua tu? Tapi... bagaimana dengan minat aku ni? Perlukah aku mempersia-siakannya?
Aku tak boleh fikir perkara ni lagi tapi aku kena cipta sesuatu yang baru untu cerita aku. Aku nak jadi penulis yang rendah diri andai aku jadi novelis nanti. He he he... berangan tak sudah-sudah ingin menggapai kejora di langit. Hu hu hu...
“Aku nak keluar,” aku terus tutup novel dan memandang ke arah suara tu.
Nazmey sudah siap berpakaian kemas t-shirt Polo dipadankan dengan seluar denimnya. Hendak ke mana pula dia ni segak begitu?
“Kau nak ke mana?”
“Tengok wayang,”
“Tengok wayang ke buat wayang?”
“Dua-dua sekali aku buat, lepas tu main layang-layang sekali pun boleh juga. Kau tak payah ikutlah sebab aku tak nak ajak,”
Memang agak keterlaluan ucapannya itu. Siapa nak ikut dia? Kalau dia tak ajak pun aku takkan ikut sebab dia nak jumpa dengan awek dia. Dulu aku pernah ikut tapi aku jadi ubat nyamuk aje! Dia ni memanglah, masa depan awek dia aku ni macam tak wujud aje. Bukannya nak pelawa aku makan ke? Minum ke? Jadi model pula. Tapi awek dia cun, anak orang senang, pakai kereta mewah tapi Nazmey pakai Perodua Kancil sahaja. Padanlah dengan keadaan dia tinggal di flat ni.
No money no lepak! Itulah jawapan Nazmey. Barangkali dia dah dapat gaji nak keluar lepak berhujung minggu? Bila tengah bulan dia akan duduk rumah sahaja makan biskut kering bersama dengan aku tapi bila dia dapat gaji, aku ni tak nak dibelanjanya. Makan Pizza Hut? Jangan harap dia nak pelawa. Kedekut sungguh dia ni tapi walau bagaimanapun bil sewa rumah atau bil elektrik mahupun bil air, dia tak penah lewat untuk mejelaskannya. Memang dia ni jenis tepati masa. Aku suka style dia tapi kalau fasal malam tadi aku memang tak suka! Dia tu telinga tuli! Aku nasihat apa pun dia buat pekak aje. Dia dengan adiknya tu lebih kurang sama, kaki dan tangan suka berjoli.
padan muka si nisa tu minum air masin...haha
ReplyDeletesaye pun tak tahu sampai bile dorang ni akan berdamai...
ReplyDeleteUish.. Kalo hang x tau.. aku lagi la xtau.. hahaha....
ReplyDeletebila nak berdamai nih... nisa tu mmg senget...
ReplyDeletehaha :P
ReplyDeletegile la dorg ni...hee..
nisa2..ego betul.. haha
hiruma : sama2lah kita tak tahu :P
ReplyDeleteAmira : jangan tunggu sampai esok
Auni : dia tu memang :P
thanks sudi komen, jangan lupe datang dan komen lagi bab seterusnya ye...