Kadang-kadang aku terfikir jugak, elok ke tinggal dengan budak perempuan ni? Bahaya macam ni, dia dengan aku bukan muhrim. Dia dengan Nazmey barulah muhrimnya tak batal wuduk. Aku ni? Semua benda batal! Argh!
Sekarang ni pula Nazmey tak ada. Tidak manis dipandang orang seandainya aku berada di dalam rumah ini berdua sahaja. Jika apa-apa terjadi bagaimana? Aku juga yang susah. Aku tak nak jiran sebelah cakap yang bukan-bukan. Tapi macam mana tuan rumah ni boleh lepaskan perempuan ni tinggal dekat sini? Tuan rumah ni tak letakkan syarat ke? Eh? Adalah! Perempuan tidak dibenarkan menyewa di sini. Memang satu kesalahan dan aku mungkin akan dihalau pergi termasuk Nazmey juga. Habislah aku kali ni.
Aku tengok jam di dinding. Sudah pukul sepuluh pagi. Aku tinggalkan meja komputer. Sebenarnya aku sedang taip cerita. He he he... aku nak cuba buat novel cinta walaupun aku tak ada pengalaman bercinta. Suka-suka aje... mana tahu ada rezeki kan? Okey abaikan seketika sekarang ni aku nak pergi gegar bilik aku yang telah dijajah oleh perempuan tu.
“Assalamualaikum... Perempuan oh perempuan... tak nak bangun ke? Takkan tidur balik kut lepas simbah air masin dekat badan aku?” ucap aku sambil ketuk pintu bilik kuat-kuat.
“Hoi! Diamlah! Aku tengah buat kerja ni!” marahnya dari dalam.
“Amboi cantiknya bahasa main hoi hoi aje... marilah sini aku ada benda nak cakap dekat kau ni,” aku memujuk harap dia termakan pujuk.
“Aku tak ada masa nak bercakap dengan kaulah!” bentaknya dari dalam memang tak makan pujuk. Dia nak makan dedak ayam kut?
“Cepatlah...” aku merayu. Kononyalah...
‘Gedegang!’ ambil!
Asyik memberontak sahaja minah sorang ni! Geram aku! Pecah juga pintu ni! Aku sabarkan diri aku sendiri kerana tak ada sesiapa yang boleh sabarkan aku ketika ini melainkan diri aku sendiri walaupun Syaitan duk hasut supaya aku pecahkan pintu tu.
Dia ni betul-betul buat aku naik angin satu badan. Puting beliung bakal melanda sekejap lagi ni. Nampak gayanya aku kena keluar tenangkan fikiran aku. Pergi Midvalley ke? Times Square ke? Ah! Semua tempat tu membosankan aku. Apa kata aku pi track? Lagi gila aku mana layak masuk litar lumba. Habis tu dekat mana aku nak bawa diri ni? Lepak dekat selalulah sambil pandang air.
“Perempuan oh perempuan! Kau jaga rumah ni elok-elok ya, kalau kau nak keluar jangan lupa kunci pintu. Ingat pesan aku ni, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,”
“Ada aku kisah ke? Kalau hilang pun barang-barang kau! Bukan barang-barang aku!”
“Aku ni risaukan aje duduk rumah sorang-sorang,”
“Jangan bising boleh tak? Blah cepat sikit bosan aku dengar suara kau memekak macam angsa lapar!”
Aku terus gigit jari.
“Aih... angsa lapar dia cakap dekat aku?” desisku perlahan.
Sebelum apa-apa baik aku keluar dulu. Memang tak elok aku duduk di rumah ni dengan dia. Nazmey pula dah keluar pukul lapan tadi jumpa awek dia lah tu. Aku juga tak ada awek, hurm... tak ada siapa yang nak, harap muka saja handsome tapi orang tak pandang dekat mamat kilang macam aku ni, orang pandang kerja yang high class aje. Siapalah aku ni pipi tak mancung hidung tersorong-sorong. Hurm... aku ni entahlah tak tahu nak kata apa lagi kata salah, tak kata salah, kalau sudah kata tak berhenti-henti mulut aku ni dari bercakap. Aduhai sampai semua benda tidak kena sehingga pipi aku pula boleh jadi mancung, bagaimana ni? Hurm... aku mengeluh lagi sambil membetulkan peribahasa itu di dalam hati. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Aku masuk dalam bilik, aku shutdown not shut up komputer dan aku tutup segala suis yang ada dalam bilik aku tu. Aku capai telefon bimbit Nokia XpressMusic aku dan masukkan ke dalam poket seluar. Aku sikat rambut kemas-kemas selepas sapu gel rambut Gatsby di atas kepala aku. Eh? Memang pakai dekat rambut di kepala pun. Apa laa...
Malas aku nak melalut lagi. Lagi lama aku duduk dalam rumah ni lagi sakit hati aku. Aku siapkan diri kemas lalu aku capai helmet yang baru aku beli semalam. Aku belum lekatkan lagi dengan sticker Power Ranggers. Aku rasa nak tukar dengan sticker Doraemon pulak.
Tapi masa aku nak bawa motor aku keluar dari rumah selepas pintu masuk utama aku dah buka, aku rasa ada benda tak kena. Aku memang sakit hati aku dan aku nak jerit kuat-kuat.
“Siapa bocorkan tayar depan motor RXZ aku!!” aku terpekik.
“Itik gembo-gembo, ayam kedet-kedet bila tembo ehh itik mati ayam mati!!” melatak Makcik Munah yang sedang lalu di hadapan pintu aku sampai telur ayam yang dipegangnya terlepas dari tangan. Terkejut beruk agaknya dia mendengar jeritan aku. Bukannya aku sengaja buat dia terkejut. Dia lalu di koridor tu tak beri salam, nasib dialah.
“Kau ni kenapa Hakim?! Buat terperanjat aku? Pagi-pag dah kena histeria!” marah Makcik Munah bercekak pinggang setelah mengenangkan telur ayam yang baru dibelinya itu jatuh.
“Minta maaflah Makcik Munah, saya test vocal aje nak masuk audition Mentor musim depan,” aku memberi alasan yang tidak munasabah.
“Kau nak masuk auditon Mentor? Mamat kilang nak masuk audition oih...” perlinya pada aku.
“Makcik Munah jangan nak perli saya Makcik Munah... macamlah saya tak tahu yang anak Makcik Munah si Fadil tu dah berkali-kali pergi audition tak pernah lepas. Ini percubaan pertama saya tau,” apa aku melalut ni. Dengan orang tua pun aku berkira.
Tapi dengan Makcik Munah ni lain sikit. Aku kena hati-hati.
“Aku tak kisah, sekarang ni siapa nak bayar ganti rugi telur lima biji ni yang dah pecah?”
“Tak apa Makcik Munah, saya ganti,” aku terus celuk poket aku dan meraba duit kertas di dalam seluar jeans aku maka aku mengelurkan wang lalu aku hulurkan padanya.
“Kau ni perli aku... mana boleh dapat lima biji telur ayam dengan harga seringgit? Kau ingat ni zaman datuk nenek moyang dulu ke yang boleh dapat terus dari reban ayam? Sekarang ni barang-barang semua dah naik harga tau. Telur ayam ni pun mahal juga,” Makcik Munah menjegil biji mata enggan menerima duit itu. Aku mengetap kuat bibir aku sambil mengumam geram.
“Makcik Munah cantik hari ni... walaupun Makcik Munah ni janda anak lima, badan Makcik Munah tetap langsing dan menawan,” aku membodek.
“Oh ye ke?” Makcik Munah terus goyang-goyangkan badannya yang dikatakan ramping olehku biarpun badannya gempal. Ha ha ha...
“Ye Makcik Munah, saya tak tipu... ni kalau masuk pertandingan ratu cantik kategori wanita 50 tahun ke atas ni memang tak boleh menang,”
“Apa?” Makcik Munah macam nak marah sahaja sambil merenung tajam ke arah aku. Dia sempat bermain-main dengan rambutnya tadi. Lipstik yang tebal dipakainya itu diketap-ketap pada bibir.
“Tapi kalau masuk kategori bawah 30 tahun pasti menang Makcik Munah, sebab wajah Makcik Munah langsung tak nampak berkedut. Apa rahsianya Makcik Munah?” aku membodek lagi dan lagi. Dia dah cair. Hah! Padan muka! Ingat dia tu cantik sangat ke? Janda tak sedar diri sungguh. Asyik kahwin cerai aje. Aku rasa dia ni pakai bomoh ni. Ish! Tak baik aku serkap jarang macam tu.
“Tak apalah kalau macam tu terima kasih tapi jangan panggil Makcik lagi tau,”
“Kenapa?”
“Panggil Kak Munah aje dah cukup,”
Aduhai! Gatal sungguh orang tua ni. Ada hati suruh aku panggil dia kakak? Anak dia pun sebaya aku. Geli gelemang tengkuk aku ni. Merinding bulu roma. Tapi aku dah tak sanggup tengok dia melatah panjang-pangjang maka aku terpaksa panggil macam tu.
“Yelah Kak Munah, habis tu macam mana dengan telur yang pecah tu?”
“Tak apa, Kak Munah beli yang baru, kau simpan sahajalah duit kau tu ya,” kata Makcik Munah dengan hati berbunga-bunga mekar dan harum.
Memang tak patut aku buat macam tu tapi selagi dia lama-lama di depan pintu rumah aku ni macam mana? Sekiranya perempuan tu keluar dari bilik dan Makcik Munah nampak dia, bagaimana? Barangkali akan kecoh satu flat ni nanti dan itulah yang aku takutkan. Mulut Makcik Munah ni memang laju aje. Maklumlah pengurusi dalam mesyuarat tingkap. Pot pet pot pet memang kerjanya.
Siapalah aku ni pipi tak mancung hidung tersorong-sorong. Hurm... aku ni entahlah tak tahu nak kata apa lagi kata salah, tak kata salah, kalau sudah kata tak berhenti-henti mulut aku ni dari bercakap. Aduhai sampai semua benda tidak kena sehingga pipi aku pula boleh jadi mancung, bagaimana ni? Hurm... aku mengeluh lagi sambil membetulkan peribahasa itu di dalam hati. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
ReplyDeleteAku masuk dalam bilik, aku shutdown not shut up komputer ~
sakit perut sy bace ayat ni..haha...lawak betul :)
mak cik munah sengal..hahah perasan~
ReplyDelete