PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Saturday 16 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 6

Aku kena panggil! Pangil! Panggil! Panggil! Bosan! Siapa panggil aku tu? Emosional aku jadinya tengah syok buat kerja cari rezeki yang halal. Melihat wajah Emy baru aku teringat hal semalam. Patutlah Encik Razak nak jumpa aku. Matilah kalau macam ni kerana aku belum lagi berfikir mengenainya. Otak aku kusut memikirkan hal Nisa Zulaikha yang menjadi keutamaan untuk aku mengusirnya dari rumah itu. Aku benci dia! Nanti aku cerita kerana sekarang ni aku kena berjumpa dengan Encik Razak yang dangkal mengerti keadaan aku tu terlebih dahulu.
“Cepat sikit!” suruh Emy.
“Aku tahulah! Kau tak payahlah nak bising-bising dekat telinga aku ni. Memekaklah! Suara kau lagi kuat dari bunyi mesin tau tak?” aku membebel dekat Emy yang banyak songeh.
Aku melangkah laju meninggalkan tempat duduk aku tu menuju ke pejabat Encik Razak. Apa aku nak jawab ni sekiranya dia bertanyakan hal semalam? Aku belum berfikir mengenainya lagi.
Berdirinya aku di hadapan pintu dan dengan resahnya aku terus mengetuk pintu pejabatnya. Usai itu aku diberi arahan untuk masuk.
“Assalamualaikum bos...” lirih nadaku.
“Waalaikumussalam, sila duduk di kerusi ya,” ucap Encik Razak. Aku tahulah aku akan duduk di kerusi. Takkan mungkin benda yang sama akan berulang kembali. Aku tengok wajah Encik Razak ni berseri-seri senyum dan ceria sahaja.
“Ada apa Encik Razak panggil saya ni?”
“Seperti biasa saya kalau panggil kamu mesti ada perkara yang nak dibincangkan. Ini adalah urusan kerja awak Azamil Hakim. Perkara ni pasti akan menggembirakan awak,” katanya sambil membetulkan kot.
Terus hati aku ingin tahu. Memang perkara gembira amat aku nanti-nantikan. Jangan biarkan aku tertunggu-tunggu sesungguhnya penantian itu adalah satu penyeksaan. Kebiasaan novelis akan bercerita di dalam novel. Mungkin aku tidak lama lagi akan menjadi novelis juga. Siapa tahu suatu hari nanti? Kerana sekarang ni aku sedang merangka kisah hidup aku. Aku nak jadikan novel. Seperti yang aku katakan sebelum ni, hidup aku bukan novel tapi novel akan mengisahkan hidup aku. Jadi dalam diam-diam aku pun nak menulis juga. He he he... jangan fikir mamat kilang seperti aku ni tak tahu menulis? Memang minat aku dan akan aku pastikan Nisa Zulaikha pemegang watak jahat yang akan aku seksakan di dalam cerita itu!
‘Danggg’
“Yeah! Satu dua tiga Do Re Mi, apa nak nak jadi, eh? Ada bom ke? Kilang meletup? Bos!!” apa aku melalut ni? Jantung aku berdetak kencang. Aku panik dan menggelabah. Bila aku fikir-fikir balik aku dengar tu bunyi meja ditepuk kuat hingga menghasilkan bunyi yang mampu mengugurkan jantung dan segala isi perut aku.
“Kau berangan ke?” kasar sungguh pertanyaan itu.
Aku menggelabah melihat Encik Razak angkat kening macam Ziana Zain. Tolonglah... aku bukan sengaja mengelamun tadi. Mana aku nak tahu kan tiba-tiba aje jadi macam tu.
“Sorry bos...” lantas Encik Razak menggeleng.
“Saya ni panggil awak nak beri something dekat awak sebagai pekerja kesayangan saya,”
“Kesayangan?”
Encik Razak mengangguk. Biar betul? Kesayangan ke? Nak bagi rasuahlah ni... barangkali ya. Aku takut sungguh dengan kemungkinan kerana kemungkinan itu membuatkan aku terus berada dalam debaran. Kalau aku kena serangan jantung secara tiba-tiba bagaimana? Telantar di hospital? Mak aku dekat kampung pasti risau. Siapa nak bagi mereka duit lagi?

***

Dagu aku ni terasa bagai menanggung beban berpuluh-puluh tan kerana t beratnya sehingga terpaksa ditongkatkan dengan tangan. Memang berita gembira. Memang aku dapat berita yang boleh membuat aku melompat riang seperti monyet kena belacan. Tapi aku tak nak jadi monyet dapat bunga! Buat rugi sahaja. Apa aku nak kena buat ni ya? Nak tolong ke tidak? Tapi ‘Ya’ perkataan yang telah aku katakan.
“Awak setuju?”
“Ya.” Kata aku di saat Encik Razak bertanya padaku tentang syarat-syarat wajib aku patuhi.
Aku tengok surat di tangan. Aku termenung di kafeteria. Makanan tengah hari aku tak santap lagi. Bagaimana ni? Aku benar-benar dalam dilema. Bukan dilema cinta tapi dilema untuk mendapatkan cinta. Memang siot! Semua ni sebab hutang aku dekat Encik Razak! Bayar ansuran pun bising! Tapi beri syarat macam ni pulak! Memang tak adil langsung. Kenapa harus aku yang menjadi mangsa? Encik Razak tak boleh buat aku macam ni! Pleaselah. Aku masih muda dan aku...
Argh!! Tuhan tolong aku...
“Woi! Yang kau memekak dekat sini apa hal?” Emy menyergah aku sambil duduk menghadap aku.
“Kau jangan sibuk boleh tak?”
“Aku memang suka sibuk, jangan halang aku dari terus sibuk...” balas Emy.
“Assalamualaikum... boleh beta duduk,”
“Hoi! Duduk!” Emy buat perangai gilanya dengan memarahi Fazly yang baru tiba dekat dengan aku. Aku pandang Fazly, Fazly pula pandang Emy, Emy pula pandang jarinya. Aku pandang Emy, Emy pandang Fazly, Fazly pulak pandang kasutnya. Apa ni main lari-larikan pandangan ni? Tak nak tengok muka aku ke?
“Apa hal ni?”
“Kau tu apa hal tak masuk kerja lepas jumpa dengan bos? Terus lesap lepas tu time rehat ada dekat sini,” marah Fazly.
Mereka berdua sekarang memang tak tahu apa masalah aku dan aku memang tidak dibenarkan untuk membongkarkan rahsia ini. Jika aku bocorkan maka aku akan menerima padah! Padahnya adalah aku akan dibuang kerja! Aduhai!! Kau memang teruk Encik Razak! Muka kau nampak suci tapi kau sanggup perangkap aku yang muda mentah ni. Sampai hati bos aku buat macam ni... aku sedih dan terkilan.
“Aku ada masalah kesihatan jadi aku pergi klinik pena,” beritahu aku pada mereka berdua. Aku sengaja memberi alasan kerana aku tak nak mereka banyak soal dan aku yakin Emy adalah orang yang banyak bising masa aku tak ada tadi. “Kau tak nampak ke bintik-bintik merah ni?” aku tunjukkan kesan gigitan nyamuk dalam beberapa ekor telah mengigit dan sewenang-wenangnya menghisap darah aku tanpa izin. Aku perasan ada bintik merah tu terus beri bukti.
“kau kena Denggi ke?” duga Fazly.
“Hoi! Kurang asam mulut kau ni Fazly,”
“Mulut aku pulak kurang manis... Kau kena HIV ke?” lagi buat aku sakit bila Emy mencelah macam tu.
Bertambah bengang dan tertekan. Di rumah pun aku tertekan di sini pula aku ditekan lunyai-lunyai! Ya Allah... kenapa jadi macam ni? Aku tak henti-henti merungut. Di rumah jadi maid! Di kilang jadi kuli batak pulak. Betul-betul kuli ni!
“Aku rasa macam nak demamlah!” balas aku.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku lepas mengejut.
“Allah! Busuknya! Kau tak gosok gigi ke? Mulut bau longkang!” perli Fazly memang sengaja. Dia tutup hidung manakala Emy buat muka selamba macam tak ada-apa sahaja.
“Eh... surat apa tu?” Alamak! Aku lupa nak sorokkan surat ni. Aduhai sepatutnya awal-awal lagi aku sorokkan. Sekarang dah jadi kelam kabut ni.
“Surat cinta dari awek tu ke?” soal Emy.
Aku menggeleng.
“Surat berhenti kerja?” Fazly menduga pula.
Aku masih menggeleng.
“Habis tu kalau bukan surat cinta dan bukan surat berhenti kerja... surat nikah?” Emy buat bengap!
“Gila!” kataku.
Mereka berdua menambahkan kusut otak aku ni. Emy sejak jadi supervisor tambah bengap otaknya dah jadi tiga suku dah tu. Fazly pun sama juga. Tuhan telah kirimkan aku kawan tiga suku kepadaku kerana aku juga ti... kurang sikitlah, dua suku telah menemani hari-hariku.
Aku tidak memberitahu mereka dan aku lipat surat tu lantas aku masukkan dalam poket belakang seluar jeans Levis aku tu. Aku mengeluh kasar. Aku begitu yakin bahawa mereka berdua sedang mentafsirkan sesuatu di dalam otak masing-masing. Aku malas nak layan lantas aku segera angkat kaki berlalu membawa otak yang pening.

3 comments:

  1. haishh surat ape la tu...curious betul..hehe...next plezz :)

    ReplyDelete
  2. baru baca sampai bab 6.. tapi serius!!!! best gila cerita ni.... real sangat..!! cerita khidupan seharian... lagipun,, jarang ada novel yang watak utama dia lelaki...=D

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka