Best sungguh cerita yang aku sedang tengok di hadapan mata aku ni. Cerita penyiasatan memang aku sukakannya. Siri cerita di Astro itu tidak pernah aku ketinggalan mengikutinya. Aku peluk bantal rapat-rapat ada adegan suspen di situ. Aku tak boleh terlepas pandang nanti aku tak faham. Sedang syok-syok aku jadi gelabah. Ada hantu ke dalam rumah ni? Aku tengok Astro bergelap sikit. Aku tutup suis lampu seolah-olah tengok panggung. Baru seronok kan? Televisyen plasma melekat dekat dinding puas hati tengok skrin besar. Tapi tiba-tiba sahaja terpampang Celine Dion tengah melalak depan televisyen tu. Memang melampau sungguh gerangan orang yang menukar siaran.
“Hoi? Kau kenapa tukar siaran? Kau tak nampak ke aku tengah menonton ni?” marah aku padanya.
Dia buat-buat tak dengar sebab dia bercakap dengan seseorang melalui telefon. Sambil dia bercakap dia tukar lagi siaran tu. Maklumlah remote control tu ada padanya. Bila masa pula dia muncul dekat situ. Dia tukar lagi siaran masuk siaran hindustan pula selepas itu tukar lagi. Aku dah pening tengok!
Aku bangun dan terus merampas remote control itu dari tangannya. Dia selamba sahaja membiarkannya. Dia yang duduk di sofa itu buat selamba sahaja bercakap dekat telefon bersayang-sayang. Ingat aku nak cemburulah tu? Tolonglah aku sedikit pun tak ada perasaan dekat dia. Ramai lagi perempuan lain.
Aku tukar semula siarannya yang aku lihat awal-awal tadi. Nazmey pula selepas makan terus berkurung dalam bilik tak ada dah nak duduk sembang-sembang dulu. Sebelum ni okey sahaja aku dengan dia lepak dekat ruang tamu tapi adik dia ni memang kacau daun! Sengaja cari fasal dengan aku. Aku tak faham kenapa dengan dia ni? Datang bulan ke?
“Tukar siaranlah!” suruhnya setelah habis berbual dengan seseorang melalui telefon.
“Suka-suka kau sahaja.”
“Tukar!” bentaknya.
“Tak nak!” aku membantah. Nisa Zulaikha berkerut dahi mengecil matanya. Kami saling berpandangan melawan kudrat mata. Siapa menang? Aku atau dia? Sudah tentu aku yang memang. Ha ha ha!
Tapi... dia terus bangun dari sofa itu dan menuju ke hadapan televisyen itu. Cepat-cepat dia matikan suisnya. Kurang asam!
“Kau ni kenapa?”
“Suka hati akulah,” katanya.
Aku dan dia berada dalam gelap semuanya gara-gara dia hapuskan sinar dari televisyen itu. Aku terus bangun untuk menghidupkan semula televisyen itu. Tiba-tiba sahaja aku terasa ada benda hinggap ke badan aku. Aku seperti diterajang sahaja. Memang!
“Aduh!” perut aku diterajang! Memang betul-betul biadap dia ni!
Aku menggosok perut aku sendiri yang berasa senak. Kasihan pada diriku diterajang kena perut. Senak! Senak! Senak!
Argh! bertuah punya perempuan! Kau betul-betul cari pasal. Aku terus buka televisyen itu dan aku pun buka suis lampu juga. Aku cari dia. Awal-awal lagi dia dah masuk bilik. Tak apa... hari ni hari kau. Kau sakiti aku. Setelah kau sakiti hati aku sekarang ni kau sakiti tubuh aku pula ya? Memang cari nahas kau ni. Aku mengumam geram.
***
“Selamat pagi abang...”
“Pagi...”
Aku buat selamba sahaja sambil sapu jem nanas pada roti. Nisa Zulaikha mengucapkan selamat pagi pada abangnya. Aku ni dia tak nak ucapkan juga ke? Tak ingin!! Aku takkan layan dia ni walaupun dia cuba nak ucapkan selamat pagi untukku.
“Kau tak nak sarapan dulu ke Ika?” Nazmey bertanya pada Nisa Zulaikha yang tergesa-gesa mahu ke tempat kerjanya. Aku memang tak ingin menoleh. Tengok muka dia pun aku tak nak. Tapi di hadapan Nazmey aku buat-buat biasa macam tak ada apa-apa.
“Tak bang... Ika dah lambat lagi pun kalau makan roti sahaja hari-hari nanti perut kempis pulak lepas tu senak pula jadinya macam kena terajang sahaja,” haa! Dengar! Dengar tu! Dia perli aku tu. Memang kurang ajar dia ni. Telinga aku panas semacam. Benar-benar aku tahan sabar.
“Tak apalah kalau macam tu, hati-hati pergi kerja tu,” pesan Nazmey kepada adik kesayangannya. Wek!!
‘Gedegang’ bunyi pintu ditutup kuat. Memang tunjuk perasaan.
“Sorry!! tak sengaja!” bunyi suara dari luar.
Sempat lagi dia minta maaf. Aku tahu dia sengaja. Sengaja nak protes aku. Dia tu macam nak aku keluar dari rumah ni aje? Ah!
Pagi ni dah bikin kacau. Aku pandang Nazmey dalam-dalam. Aku macam nak marah dia sahaja sebab bawa adik dia duduk sini. Tapi apa hak aku? Nazmey lebih tua dari aku. Tambah pula dia banyak tolong aku. Serba tidak kena jadinya. Aku sakit hati ni.
“Kau tengok aku semacam ni kenapa?” tanya Nazmey sambil mengunyah roti usai itu diteguk nescafe panas.
“Tak ada apa-apa, cuma...”
“Apa dia?”
“Adik kau tu kerja apa?”
“Kerani aje,”
“Ooo kerani... dekat mana?”
“Semua benda kau nak tanya ni kenapa?” Nazmey menghalang pula. “Kau tanyalah dia sendiri,” katanya lagi.
“Kau sebagai abangnya takkan tak tahu kut?” balas aku.
“Aku ni malas nak bercerita tentang hal dia dekat orang lain...” Nazmey terus mengangkat punggung. “Kau kemaskan semua ni ya?” pesannya.
“Aku jugak?” balas aku dan dia mengangguk. “Sama-sama tak boleh ke?” soalku lagi lalu dia menjuih bibir. Ini lagi sorang. Dua-dua sama sahaja. Pemalas! Tahu makan sahaja! Malam tadi pun aku juga yang kena cuci pinggan. Bertuah sungguh jadi mereka tu boleh goyang kaki sahaja. Kerja dalam rumah ni asyik aku sahaja yang nak kena buat. Kadangkala aku jadi bosan juga. Nama sahaja teman serumah tapi tak ada kerjasama. Tambah lagi budak perempuan tu, baru dua hari duduk dekat sini dah melampau-lampau perangainya.
“Aku nak pergi kerja dulu, dah lambat nak masuk office ni,” kata Nazmey tergesa-gesa juga.
“Iyalah... orang tu kerja office sampai tak sempat nak kemaskan meja makan ni kan? Macamlah aku ni tak ada kerja...” aku melirih nada. Nazmey mengerling mata kemudian menjuih bibir memperli aku pula. Nasib sungguh aku ni.
“Kalau macam tu kau tinggalkan sahaja, balik kerja nanti aku kemaskan,”
“Baik tak payah, nanti pun aku juga yang kena kemaskan.”
“Jadi, lebih baik kau kemaskan sekarang.” Kata-kata Nazmey menyakitkan hati aku juga. Barangkali dia jadi sombong dengan aku kerana adiknya tinggal di sini. Amboi! Sampai hati kau Nazmey layan aku macam ni. Rasa nak terajang aje perut kau tu sebagai balas dendam. Tapi perut adiknya tu yang patut aku terajang! Susahlah... dia tu perempuan kalau lelaki bolehlah aku buat macam tu.
“Baiklah bos...”
“Masin mulut kau...”
“Kau pernah rasa ke?” balas aku.
“Gila! Maksud aku semoga kata-kata kau menjadi kenyataan. Mana tahu aku akan jadi bos selepas ni...” kata Nazmey sambil menyarungkan stoking dan kemudian membetulkan tali leher. Susah juga jadi orang pejabat ya? Nak kena pakai kemeja-T lepas tu nak kena pakai seluar denim tu dan berkasut kulit serta memakai tali leher yang amat merimaskan.
Aku juga yang nampak simple. Sarungkan baju t-shirt bersama seluar jeans Levis dah boleh pergi kerja. Tapi yang tak bestnya kerja kilang ni dibagi baju pattern sama sahaja! Ceh! Hari-hari kena pakai baju yang style macam tu. Boring sungguh!
“Alamak! Aku dah pakai kasut ni tertinggal pula telefon bimbit aku atas meja tu. Kim kau tolong hulurkan aku telefon tu kejap,” arahnya. Aku ni dah macam maid lelaki dah duduk dalam rumah ni! Suruh itu suruh ini! Baik aku berhenti kerja kilang tu terus jadi orang gaji dalam rumah ni! Argh!!
“Sekejap.”
Aku terus ambil lalu menghulurkan telefon itu kepada Nazmey. Tersenyum sinis Nazmey kepada aku. Menyampah pula aku tengok cara dia senyum sumbing tu.
“Kau memang rajin Kim. Bertuah kalau ada awek yang berkenan. Kau pandai masak, kau pandai kemas rumah. Esok-esok bila dah berbini nanti, bini kau pergi kerja, kau pulak duduk rumah, ha ha ha!” siot sungguh Nazmey perli aku. Dia terus pergi kerja. Aku berterusan mengumam geram dalam hati.
Dah jadi orang bujang memang semua kena urus sendiri! Bengap sungguh Nazmey ni! Kelulusan ijazah tapi akal letak dekat lutut!
p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)
p/s: Klik button 'LIKE' Jika suka cerita ni :)
kesian kat hakim tu..cm jd maid je kat umah tu..huhu
ReplyDeletehahaha...lawak btol..
ReplyDeletekalo hakim ni jadi suami nanti,msti jadi suami mithali punya..bole tolong2 bini kat dapur..
hehe :P
sambung3~ :)
maid hahahahha LOL bagus betul
ReplyDeleteRasa nak bagi pelempang 10 das kat Nazmey dan adik dia. Bikin hati ku menggelegak panas!
ReplyDelete