PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Monday, 18 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 13

 Lazimnya apabila seseorang itu sudah tertekan mentalnya akan melakukan apa sahaja yang terlintas di dalam kotak fikiran. Begitu juga aku, rasa nak berdiri tengah jalan tu tunggu bas datang langgar. Ah! Itu kerja orang tak ada iman! Aku mana boleh jadi macam tu. Maka aku pun berserah pada Allah bagaimanakah jadinya nanti bila aku bersetuju dengan kontrak itu? Kontrak dalam cinta memang membuatkan aku jadi tidak keruan. Cinta? Apa tu cinta? Aku ni tak tahu apa-apa kerana aku ni budak mentah.
Sementah-mentah nasi yang tak masak, mentah lagi aku sebagai lelaki yang mundur dalam cinta yang disuruh pula bercinta. Mak aku dekat kampung tak suruh aku bercinta tetapi minta aku kahwin aje pada gadis idaman. Ada ke yang mengidamkan aku menjadi kekasihnya? Ingin sahaja aku tongkat langit. Aduhai... Encik Razak memang mengada-ngada sungguh.
Otak aku terus diserang oleh makanisma berbahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Virus gelabah sudah mula merebak sehingga ke relung hatiku lalu memusnah perisai jiwa sampai robek. Macam ni ke ayat yang perlu aku guna dalam novel aku nanti? Metafora ke atau hiperbola? Semua kena ada dalam sebuah novel kan? Kalau tidak semuanya akan jadi cerita biasa? Aih?! Aku dah pelik ni apa itu cerita biasa dan apa pula monolog? Aku kena buka Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat kalau ada yang terbaru mesti rujuk pada yang baru. Bagaimana dengan soal cinta? Itu adalah pangkal pencarian hidup yang bahagia namun aku merasakan bahawa aku akan berhadapan dengan kesengsaraan.
Mendapatkan cinta yang berpura-pura dari sekeping kontrak yang mesti aku persetujui. Tiada pilihan lain lagi untuk aku menidakkan semuanya. Esok adalah jawapan segala-galanya. Adakah aku patut berhenti bekerja di kilang elektronik itu sekaligus mengugurkan gelaran mamat kilang yang disandang olehku setahun yang lalu? Usia aku pula bakal menjangkau sembilan belas tahun pada bulan tiga ini nanti. Kiranya sekarang ni masih lapan belas tahun mengikut hari. Mudanya aku sudah berhadapan dengan keadaan ini. Oh! Aku pasti kecundangan.
Aku tak senang duduk. Dari satu tempat ke satu tempat aku hinggap umpama burung yang keletihan lalu terbang pula, jika letih kembali maka berhenti lagi namun hati aku masih dihambat kegelisahan. Jawapan belum aku berikan. Itulah ledakan rasa yang sukar untuk aku mengerti.
Jiwang karat akan aku pegang. Ini kerana untuk mendapatkan cinta perlu sentimental. Pengembaraan cinta palsuku akan bermula tatkala aku turunkan tandatangan nanti. Saat berganti minit, minit berganti jam. Aku lepak di hadapan taman permainan kanak-kanak seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Aku menjengah jam di tangan, sudah pukul lima setengah petang. Mentari di ufuk barat akan tenggelam, jika timbul semula dari tempat yang sama maka kiamat itu pasti.

***
“Assalamualaikum dik... boleh abang tumpang bertanya?”
Aku cepat-cepat menoleh. Alahai! Kenapa macam ni? Ya Allah, takdir diriku berulang-ulang ke? Nasib yang sama ke? Menegapa begini?
“Waalaikumussalam. Abang... abang masih nak tanya pasal awek abang tu ke?” aku tanya abang tu yang dapat kesan aku ada di taman permainan kanak-kanak. Aku hairan macam mana dia boleh wujud dekat sini.
“Tak... abang nak kenalkan diri. Nama abang, Khai... panggil Abang Khai, tak nak panggil abang pun tak apa, panggil Khai je pun dah cukup,” katanya pada aku lantas tanpa di suruh dia duduk sebelah aku.
“Nama saya Hakim, Azamil Hakim... hanya dikenali sebagai Hakim sahaja atau Kim,” aku berjabat tangan dengannya.
Abang Khai menguntum senyuman pahit pada aku. Aku rasa dia ada perkara nak bincang dengan aku ni. Kalau tidak, masakan dia dapat temui aku dekat sini? Dia pakai GPS ke sampai boleh detect aku ada dekat mana-mana?
“Ok Hakim... abang datang jumpa dengan kau ni  kerana abang nak settle-kan satu perkara penting.” Lain macam sahaja bunyinya. Aku sudah berkerut dahi.
“Apa dia bang? Kalau bab bertumbuk saya memang surrender awal-awal bang sebabnya mak saya pesan dekat saya supaya jangan berkelahi di tempat orang. Kalau abang rasa nak berkelahi jugamaka abang datanglah ke kampung saya. Barangkali mak saya tak kisah kalau dekat tempat sendiri,” balas aku cuak.
Abang Khai mengerling mata.
Aku muncungkan mulut.
Dia mengeluh kasar.
Aku pula diam.
Aku tengok dia ni macam gengster pun ada. Macam penyagak pasar malam yang kutip cukai aje dengan jaket jeans dan seluar jeans biru. Kasut pula jenama Doctor Martin. Bila aku perhati betul-betul dia ni budak bawah tanah ke? Atau lebih dikenali underground. Muka dia serius sahaja sekarang ni. Hati aku dah menggelabah sebabnya aku takut kena tumbuk tanpa sebab.
“Kau ni balak Natasya ke?”
Erk?! Terkedu aku mendengarnya.
“Bang... siapa Natasya tu?”
Abang Khai terus paut kolar baju aku. Aku tersentak. Kenapa macam ni. Aku dah pelik ni. Abang Khai ni macam fanatik gila dekat Natasya tu. Aku sedikit pun tak hairan dengan perempuan jadi-jadian tu.
“Kau jangan buat-buat tak kenal! Kau tu perantau buat cara perantau! Aku dah berbelas tahun tinggal sini tak pernah usik awek orang tau! Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal yang Natasya tu awek kau!” bentaknya pada aku.
“Abang ni apa hal main kasar dengan saya? Saya tak ada aweklah bang... lepaskan kolar baju saya ni nanti besar pula tak best nak pakai,” aku meminta Abang Khai lepaskan tapi dia enggan. Dia bangun sambil masih memaut kolar baju aku. Tangan kanannya macam get ready aje nak tumbuk aku. Aku tak boleh biarkan. Aku malas nak buat hal dengan orang dekat sini. Tapi Abang Khai ni seperti mencabar aku.
“Kau ni memang kurang ajar!”
‘Dush!’ sebijik! Aku kena tumbuk akhirnya biru mata hitamku.
“Abang apa ni main tumbuk-tumbuk orang! Abang nak saya saman abang ke? Nak saya report polis?” aku ugut dia pula. Pedih mata aku lepas kena tumbuk. Apa hal mamat ni main kasar sampai macam tu sekali? Dia ingat muka aku ni batang pisang ke nak ditumbuk-tumbuk sesuka hati. Muka aku ni muka komersil! Boleh jadi model kalaua ku mahu! Tapi aku tak memilih jalan tu untuk berjaya.
“Jadi kau nak ugut aku lah ye? Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku bila dia buang bunga mawar yang aku hadiahkan padanya tu ke dalam Tasik Titiwangsa? Kau tahu tak? Jiwa aku meruntun hiba? Kau tak akan faham apa yang aku rasa sekarang ni? Kalau dia tu awek kau kenapa kau lari? Kenapa kau tak terangkan pada aku bahawa dia tu awek kau?” aku yang tadinya cuka tiba-tiba jadi sedih kerana Abang Khai menangis-nangis sambil berucap. Air matanya berjuraian gugur ke bumi.
Semakin lama aku semakin tidak mengerti.
“Habis kenapa abang tumbuk saya? Abang tak patut tumbuk saya kerana saya tak tahu apa-apa pun! Dia tu bukan awek saya! Dia tu perempuan jadi-jadian!” aku memberitahunya. Dia terus membulatkan biji mata.
“Apa?”
“Abang ingat dia tu perempuan asli ke yang abang nak mengorat dia tu?”
“Tapi suara dan tubuh badan dia perempuan,” Abang Khai sudah mula keliru.
“Itulah abang tapi sekejap! Sebelum saya terangkan pada abang dengan lebih mendalam, tolong izinkan saya tumbuk abang balik sebagai balasan abang tumbuk saya tadi, boleh?”
Abang Khai berfikir sejenak.
“Okey boleh, tapi jangan kuat sangat tadi abang tumbuk perlahan aje,” katanya.
Ooo! Perlahan ye? Nanti kau.
“Boleh abang lepaskan kolar baju saya ni sekejap,” pinta aku. Maka dia pun lepaskan. “Boleh saya bangun?” tanyaku lagi dan dia mengangguk.
Aku terus bangun lalu berdiri di hadapannya. Aku memang angin dengan sikap orang macam ni. Sudah lama aku simpan perasaan amarah aku ni. Aku kumpulkan segalanya menjadi satu.
Abang Khai pula yang cuak bila lihat aku berkuda-kuda pula siap ingin lakukan satu tindakan drastik. Tanpa berlengah lagi aku terus membalasnya. Satu tumbukan padu aku lepaskan ke wajahnya dan satu lagi aku tendang pada (sensored) dan akhirnya dia senak terbongkok di situ. Tanpa menunggu waktu yang lama dia terjelepok sambil mengerang kesakitan.
“Rasakan bang! Saya pantang dengan orang yang terburu-buru macam abang ni! Kalau orang lain tak apa lagi ni lelaki yang tergila-gilakan perempuan jadi-jadian,” aku marah dia.
Abang Khai menyeringai kesakitan.
“Aku mana tahu!” sempat lagi dia nak melawan.
“Saya dah tertengok kad pengenalannya hari tu masa dia sengaja langgar saya. Masa  tas tangannya terbuka! Nama betul dia Nazzam Bin Toin!” marah aku lagi memberitahunya lantas aku terus beredar dengan kadar segera. Aku muak! Aku bosan dan aku benci!
Aku tinggalkan Abang Khai terkulat-kulat kesakitan. Biar dia tahu rasa. Dia tumbuk aku sekali aku balas dia dua kali. Baru best! Ingat muka aku ni muka tembok ke? Tolonglah. Aku lelaki yang berprotokol! Marah sungguh aku dengan cara Abang Khai tu. Dia tu tak kenal aku maka sesuka hati dia aje tumbuk aku. Tapi entah kenapa aku merasakan gerak-geri aku tadi seperti diperhatikan. Mata aku meliar memandang sekeliling sambil memakai helmet tapi tidak ku kenal pasti kerana terlalu ramai orang di situ. Ah! Abaikan sahaja.

4 comments:

  1. adui,, abg khai ni..tak periksa dulu ke sape natasya tu? tetibe je hakim dpt penumbuk..huhu

    ReplyDelete
  2. adoilah...nazzam bin toin..bakpe la nme bapak kau cmtuh natasya ku hahaha..

    ReplyDelete
  3. dia malu nama betul dia camtu kut

    ReplyDelete
  4. Nazzam bin toin?? name belakng tu cm nme arak la puluk...

    ReplyDelete

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka