“Bukan yang ni! Aku kata yang lain.”
“Tapi kau tunjuk yang ni kan? Cepatlah! Jangan buat perangai macam budak kecik! Aku ni nak tolong kau je.”
“Tolong memilih tali leher untuk aku? Aku boleh pilih sendiri, kenapa kau sibuk-sibuk nak carikan tali leher untuk aku?”
“Aku tak suka kau pilih warna merah jambu!” Marahnya mencerlung biji mata
Aku tarik balik tali leher merah jambu tu dari tangan dia. Aku tenung dia dalam-dalam. Kemudian aku juih bibir padanya. Aku tahu apa yang dia fikirkan sekarang ni.
“Kau kan anggap aku lelaki yang tak normal, so aku suka warna merah jambu. Apa yang kau nak buat sekarang?”
“Kau nak orang dalam pejabat cakap aku kahwin dengan gay? Macam tu?”
“Gila kau ni! Sesenang letak isu. Kau yang nak kan? Kau yang kata dekat aku malam tadi kan? Ni yang aku nak marah ni.”
“Kalau kau marah maknanya betul kan?”
Nisa Zulaikha merenung tajam sambil berpeluk tubuh. Tentang warna merah jambu tu memang aku sengajakan. Aku suka warna biru air laut tu. Warna yang Nampak tenang. Tapi aku tak pilih warna tu. Aku sekadar nak tengok Nisa Zulaikha ni macam mana. Geram aku dekat dia memang tak pernah habis.
Aku terus meletakkan semua tali leher tu dekat tempat asalnya. Eh, tempat asal tali leher ni di kilanglah kut. Nak kena letak sana ke? Ha ha ha… kalau kilangnya di Paris, boleh pergi sana kut. Perh! Layan ajelah si minah ni!
“Kenapa kau letak balik? Tadi beria-ia nak yang tu.”
“Suka hati akulah nak yang mana pun. Dahlah, aku rimaslah kau ni asyik nak control aku je. Kau memang minat jadi BM ek?”
“Apa tu BM? Bahasa Melayu?”
“Big Mama!”
“Aku tak ada anak!!” jeritnya dalam butik pakaian. Dia hempuk belakang aku dengan menggunakan tas tangannya. Aduh sakit juga minah ni bantai aku dengan tas tangan tu.
“Dahlah! Malu orang tengok.”
“Kau pun lelaki jenis yang tak tahu malu. Ada aku kisah?” Balasnya selamba sambil tarik telinga aku. Biadab sungguh dia ni main tarik telinga suami depan orang ramai. Sah-sah orang fikir dia ni Queen Control. Bahaya kalau dibiarkan.
“Apa ni main tarik telinga orang ni! Lepaslah!” Aku meminta dia lepaskan.
“Aku tak kira! Ni tali leher yang aku pilih! Kau kena pakai juga tali leher ni masa masuk office. Aku bayar. Kau nak kerja ke tak nak kerja ni? Kalau setakat gaji kau kerja kilang tu memang kau takkan hidup senang.”
Kalau bab pekerjaan aku agak senstitif. Aku terus membantu. Aku yang menyeringai kesakitan itu terus merenung tajam ke dalam mata Nisa Zulaikha.
“Bila kaya, hidup boleh berfoya-foya? Ada duit boleh kawal semua orang? Boleh beli maruah lelaki seperti aku? Macam tu ke? Dengan adanya banyak duit, boleh hina orang lain sesuka hati dan memandang rendah terhadap kelebihan orang lain? Itu maksud kau hidup senang? Senang berkata-kata dan cakap mudah itu dan ini? Sudahlah Nisa! Sampai bila pun kau takkan berubah bila hidup dalam mahligai ciptaan manusia tu. Aku tahu kau tak biasa hidup susah dan hidup kau sebelum ni dah banyak menyusahkan diri kau sendiri. Kau jangan fikir aku tak tahu tujuan kau kahwin dengan aku!” Bentak aku lantas aku melaju pergi. Aku meninggalkan dia terpinga-pinga di situ.
Aku dapat rasakan bahawa aku benar-benar bodoh. Bodoh membiarkan hati dan perasaan aku dibuli begitu sahaja. Di saat aku melangkah, tiba-tiba tangan aku ditarik. Aku menoleh dan aku terpandang wajah yang sayu dan sedih.
“Maafkan aku.” Itulah ungkapan yang dilahirkan oleh Nisa Zulaikha. Air matanya takkan dapat memujuk aku. Aku tahu dia perempuan egois, air mata sekadar sandiwaranya saja.
“Dahlah Ika! Aku sanggup bersabar berhadapan dengan kau sehinggalah habis kontrak perkahwinan kita. Bila semua tu selesai nanti, aku dengan kau tak nak ada apa-apa hubungan lagi.” Aku menyusun semula langkah aku. Aku dah bosan dengan semua ini. Hari-hari asyik bertengkar sahaja. Aku dengan dia selalu bercanggahan pendapat. Tiada keserasian dan masing-masing tak nak mengalah.
Aku ni siapa? Aku ni kan suami dia. Siapa yang lebih berhak membuat keputusan. Aku kan? Kenapa setiap kali aku suarakan pendapat aku dia tak nak terima? Selalu saja membantah. Dia tak tahu peranan seorang isteri, aoa yang dia tahu nak marah dan nak aku ikut telunjuk dia. Memang itulah syarat di dalam perjanjian yang aku sendiri setuju. Bodohnya aku!
Rasa macam nak balik Kedah sahaja. Tak nak duduk JB ni lagi kerana menyakitkan hati. Kalau mak aku tahu aku dah kahwin, mati aku. Apa aku nak jawab dekat keluarga aku tu? Adik-adik aku macam mana? Siapa nak tanggung mereka kalau aku balik kampong dan cari kerja di sana. Tak boleh jadi macam ni.
Apa aku nak buat ni? Aku dah terikat perjanjian. Adik aku masih bersekolah lagi. Payahlah macam ni! Tuhan… tolonglah aku…
“Hakim…” Suara yang pernah aku dengar menyebut namaku.
“Kau lagi!”
“Maafkan aku. Tolonglah. Aku takkan cakap kau gay.”
“Kalau kau nak cakap aku gay pun terpulang, itu hak kau dan aku tak ada kuasa untuk menahan lidah kau dari berucap perkara yang bukan-bukan.” Aku berpaling wajah dan Nisa Zulaikha memotong langkahku. Dia menyekat perjalanan aku. Aku merengus geram tapi dia buat muka sedih pulak.
Tangan aku diramasnya. Aku dapat rasakan jari-jemairnya dingin dan terketar-ketar. Takut ke? Takut aku tinggalkan dia macam tu aje? Kalau aku tinggalkan dia, dia boleh sue aku dekat mahkamah kan? Boleh tuntut ganti rugi serta sebagainya.
“Aku tak ada kekayaan untuk diberikan pada kau. Aku tak ada semua tu untuk kau miliki selain daripada kau menggunakan aku untuk mendapatkan kekayaan ayah kau. Tak apa Ika, kalau itu yang kau nak, aku boleh tolong kau. Mulai dari ini anggap sahajalah rancangan kau berjaya.” Ucapkau pasrah.
Nisa Zulaikha terus terdiam. Dia tidak berkata apa-apa selain dari tersedu-sedan disitu. Menangis? Masih berlakon? Aku dah tahu semuanya. Jangan nak mereka cerita lagi atau memutarbelitkan fakta. Aku takkan terima dengan mudah melainkan aku menyiasatnya.
***
Sebuah taman bunga memghiasai permandangan mata aku. Di sudut itu aku memerhatikan kuntuman bunga yang mekar. Keharuman bunga mawar merah jelas menusuk rongga. Ku lihat sang rama-rama terbang hinggap dari sekuntum bunga ke sekuntum bunga yang lain. Andai kata aku seperti rama-ramai itu, maka aku berhak untuk memilih bunga yang mana harus ku sunting. Tapi aku dipaksa. Aku terpaksa dan aku mesti mengikut arahan. Semuanya salah aku. Salah aku mempercayainya.
Aku memerlukan waktu untuk bersendirian. Aku menarik nafas dalam-dalam. Pada waktu petang begini perasaan aku begitu hambar. Jiwa aku terasa suram.
“Hello Hakim. Aku nak jumpa dengan kau dekat Kopitiam berhampiran Zumika Maju Sdn. Bhd. Sekarang!”
Panggilan telefon dimatikan. Petang ini aku diganggu dengan panggilan yang aku tak suka. Apa dia nak? Kenapa nak jumpa aku pulak? Bosanlah aku macam ni.
Sebelum aku berundur dari taman bunga. Sempat ku beli sejambak bunga. Bunga mawar kuning. Aku nak hadiahkan dekat seseorang. Tak apalah, bunga kuningkan lambang persahabatan.
“Hakim.” Sebuah kereta memancung arah keretaku. Aku lihat Emy turun dari perut kereta dan mendekati aku. Dia mengukir senyuman.
“Kau buat apa dekat sini? Kau kata kena pergi office.”
“Sengaja aku datang sini. Kenapa? Macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini?”
“Kebetulan aku lalu dekat sini.” Emy mencuit perlahan bahu aku. Aku pandang Emy lama.
“Bunga tu untuk siapa?”
Aku terus berikan bunga mawar kuning tu pada Emy.
“Untuk kau.”
“Aku?”
Aku terus mengangguk dan aku masih lagi memerhati Emy dalam-dalam. Aku terlihat keganjilan yang berlaku.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?”
“Sejak bila kau pandai pakai baju kurung ni?”
Emy tersengih-sengih.
“Sejak aku balik kampunglah.”
“Ha ha ha… alasan tak boleh blah. Depan keluarga kau aku tengok kau macam biasa je. Mesti ada apa-apa ni? Lebih baik kau cakap? Siapa yang suruh kau ubah jadi macam ni?”
“Tak ada sesiapa yang suruh aku ubah. Aku dah rasa diri aku patut berubah. Semakin lama usia aku semakin meningkat.”
“Kau terasa diri kau terlalu tua dari aku kan? Tak apa, kalau kau nak rasa cepat tua aku kena panggil kau kakak. Kak Emy… ha ha ha!” Aku gelak lagi.
“Lantaklah. Fazly kirim salam. Dia tanya kenapa dia telefon kau orang india yang jawab?”
“Sah-sah dia salah save nombor baru aku tu.”
“Tak baik betul kau ni, dekat aku kau bagi nombor yang betul. Dekat Fazly kau main-main pulak. Dia tanya bila kau nak balik KL?”
“Nanti aku mesej dia. Kau tak rindukan Encik Razak ke?”
‘Dush!’ Dada aku didebiknya.
“Lor.”
“Apa ni?! Kan aku dah cakap jangan sebut nama dia lagi.”
“Kalau kau buat muka macam tu aku lihat kau jauh lebih muda dari aku. Macam kanak-kanak rebina.” Candaku.
Dia dan aku ketawa bersama sehingga aku jadi lupa bahawa aku patut berjumpa seseorang. Entah kenapa aku seperti malas ingin menemuinya.
Sekiranya anda suka cerita ini, sila klik butang "Like" bagi membantu saya mempromosikan karya. Terima Kasih.
Sekiranya anda suka cerita ini, sila klik butang "Like" bagi membantu saya mempromosikan karya. Terima Kasih.