PENGUMUMAN - SIRI ENOVEL INI TELAH BERTUKAR TAJUK DARI AKU MAMAT KILANG KEPADA KONTRAK CINTA DUKA DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. SEKIAN HARAP MAKLUM :-)


Jumlah Pengunjung

Monday, 1 August 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 29

Seminggu kemudian…
Dia nak larang aku keluar rumah? Tak apa, aku boleh duduk dalam rumah ni tapi dengan satu syarat, dia mesti lakukan apa yang aku mahu! Termasuk sediakan aku minuman! Mungkin agak berat untuk dia mengikut kehendak aku tetapi sebagai seorang isteri dia wajib patuh. Tapi… adakah dia berasa dia tu isteri aku? Atau masih perasan anak dara? Argh! Dia memang dara! Aku masih teruna. Macam mana ni? Malam ni aku kena dekati dia.
Eh, apa kena dengan aku ni? Rasa lain macam sahaja. Aku tengok dia lenggang lenggok jalan control ayu. Jeling-jeling manja ke arah aku yang duduk di sofa. Iklan paha gebu ke? Ah! Aku langsung tak ghairah!
“Tepi sikit! Aku nak tengok tv ni!” Marah aku padanya. Gedik pulak dia malam ni. Aku pun tak tahu kenapa nampak bertambah lawa dia malam ni. No! tak tak! Dia perempuan yang begitu menyakitkan aku. Mana boleh aku puji dia lebih-lebih.
“Ikut suka hati akulah.” Lawannya. Kalau depan orang tua dia bukan main berabang-abang dekat aku. Memang puitis masak cili api! Geram sungguh.
“Kau mari sini!”
“Ouch!! Apa ni main tarik-tarik orang!”
“Aku bukan nak tengok paha berkudis kau tu! Kau nak apa tayang paha kau depan aku? Pleaselah aku tak ada selera.”
“Excuse me!” Katanya yang dah terduduk atas riba aku. Cepat-cepat aku lepaskan dia. Dia bangun semula. Dia yang hanya memakai baju labuh dan begitu seksi memang tak kena dengan angin aku. Adakah malam ni merupakan malam jumaat?! Rasanya bukan. Argh! Kang!!! Aku gigit baru tau. “Perlu ke aku tayang body aku depan kau? Kau tak selera tu kau punya pasal. Kau kan tak ada nafsu dekat perempuan.” Aie! Apa dia ni main tuduh-tuduh.
“Kau mesti nak cakap aku ni gay, kan?”
“Kau fikir macam tu ke?” Balasnya mencerlung mata sambil berpeluk tubuh.
“Jadi kau fikir pun macam tu? Ok, kalau betul aku gay memang baguslah kan. Cepat sikit aku blah dari sini. Boleh aku skandal dengan abang kau tu! Dia pun hensem gak, kan?” Balasku selamba.
“Gila! Aku bunuh kau!!” Nisa Zulaikha terus cekik leher aku. Aku tak kasar dengan dia tapi aku  terus mendakap tubuhnya.
Aku dakap dia erat-erat. Kerana kau isteriku, bukan kau yang ku pilih tetapi kau yang aku cuba. Kau yang aku ingin tahu. Kau juga yang aku ingin mengerti kerana ayah kau mengatakan aku gilakan harta kekayaan ini. Bukan itu Nisa…
“Lepas!!! Apa ni romen tengkuk aku!” Dia tak suka aku buat macam tu.
“Okey. Aku pun tak ingin.” Aku lepaskan dia. Nisa Zulaikha terus terdiam. Dia tunduk serba salah. Apa yang bermain di dalam fikirannya sekarang ni?
“Aku nak minta maaf.” Katanya. Senang-senang minta maaf. Dah cekik aku baru nak mintak maaf. “Tapi aku tak rela apa yang kau buat tadi!” sambungnya lagi.
“Tak haram pun!” balasku terus melangkah mendapatkan kunci kereta.
“Kau nak ke mana tu?”
“Tak perlulah kau tanya ke mana aku nak pergi. Kau duduk dalam rumah ni sorang-sorang. AKu nak cari balak dekat luar. Aku kan gay…”
“Azamil Hakim!!” Jeritnya sekuat hati. Aku boo layan. AKu tetap bergurau tapi gurauan aku sungguh keterlaluan. Dia yang menuduh aku seperti mendoakan suaminya menjadi seperti itu. Oh tidak! Aku tak mungkin jadi macam tu. Please la… walau apa pun ucapannya aku anggap sahaja seperti angin yang lalu di halwa pendengaran kemudian menghilang.
Dia tarik tangan aku. Langkah aku terhenti. Dia membulat biji mata.
“Kau nak jumpa dia kan?!”
“Siapa?” Aku angkat kening.
“Jangan buat tak tahu.” Katanya lagi.
Dia cemburu ke? Ha ha ha… yang pastinya aku tak pergi jumpa dia. Aku tak akan jumpa dia. Aku tahu dia ingat aku suka perempuan tu.
“Emy dah balik sini. Aku tahu kau nak jumpa dia kan?” Kalau betul aku nak jumpa dengan Emy, kenapa pulak dia nak sibuk-sibuk? Cemburulah tu!
“Apa kena mengena dengan kau pulak? Kau tak suka aku kan? Kau kahwin dengan aku pun sebab semua tu memang disengajakan. Aku tahu kau kenakan aku. Tapi tak apa aku pasrah. Aku boleh terima kau jadi isteri aku.”
“Hei! Tolong sikit. Kau ingat aku ada masa ke nak kenakan kau? Buat apa aku kahwin dengan kau kalau bukan kerana terpaksa. Kau kena ingat. Kau dan aku ada kontrak.”
“Tapi antara aku dan kau hanya setakat kontrak sahaja. So, tolong patuhi apa yang termantut dalam perjanjian kita tu. So aku nak keluar dan dengan siapa aku nak keluar itu bukan urusan kau.”
“Tapi aku ni isteri kau.”
“Tahu pulak kau bercakap tentang hal suami dan isteri. Kau belek buku dan baca. Tak pun kau kan minat baca novel kan? Aku nampak berlambak novel kau dalam bilik tu. So kau pilihlah judul yang berkaitan dengan rumah tangga. Baca dengan penuh penghayatan. Apa yang aku perhatikan, buku hubungan intim suami isterti pun ada dekat atas tilam tadi. Agak-agaklah kalau kau nak goda aku pun. Tu style lama la main tayang-tayang paha…”
“Kau selongkar bilik aku ke?! Aku bunuh kau!!!” Dia kejar aku. Aku lari terus masuk dalam kereta. “Buka!! Buka pintu ni! Hakim!!! Buka!”
“Kau tak malu ke keluar rumah dengan keadaan sexy macam tu? Kalau jiran tengok aku gak dapat dosa! Pergi masuk!!!” Pekik aku dari dalam kereta lantas aku terus hidupkan enjin dan pergi. Biar dia rasa.
***
Memang tiga hari ini aku tertekan. Tinggal di rumah baru. Tinggal bersama dengan dia pulak tu. Malam tadi aku keluar tak balik-balik. Biar dia tahu rasa. Dia fikir aku ni apa? Sesenang nak tuduh aku yang bukan-bukan. Aku kalau merajuk memang boleh tumbang pokok kelapa. Galah pun boleh patah.
Dia tak fikir ke yang ayah dia tu buat aku jadi macam pesalah besar? Cakap aku ni macam-macam. Dasar mulut jahat! Eh, tapi aku tak perlu risau hal mulut jahat tu sebabnya aku pun boleh belajar jadi mulut jahat jugak.
Perlahan-lahan aku buka nak masuk dalam rumah. Eh, terkunci dari dalam. Macam mana aku nak masuk ni? AKu lupa ambil kunci rumah malam tadi.
Tiba-tiba aku terima satu pesanan. Aku terus tengok peti pesanan dalam telefon bimbit aku ni.
Tak payah masuk dalam rumah, kalau nak jumpa datang office sekarang!
Aku terus toleh kiri dan kanan. Dia lihat aku ke? Ngam-ngam pulak mesej sampai ketika aku di muka pintu rumah banglo ni.
“Ceh! Datang office konon!  Malaslah aku nak pergi office kau dengan aku yang tak mandi ni.” Omel ku sendiri.
Perlu ke aku jumpa dia. Tapi hari ni hari apa? Isnin!! Tidak!!! Hari isnin aku mula kerja dekat office dia. Siot! Kenapa aku boleh tak ingat ni?
“Hakim!!” Aku dengar orang panggil nama aku.
Aku terus menoleh.
“Emy?!”
Aku melangkah mendekati dia. Sampai JB dia balik. Aku lupa, Emy dengan Nisa Zulaikha kan kawan baik. Tapi dah putus. Jadi kawan jahat pulak! Hampes!
Emy keluar dari perut kereta Produa Viva kelabu. Dia duduk diluar pagar. Macam mana sampai sini dia cari aku?
“Dompet kau. Tertinggal!”
Eh, ye lah dompet aku. Aku tertinggal dompet dekat rumah dia malam tadi. Malu gila aku dengan orang tua dia. Tersipu-sipu. Terpaksa buat alasan tidur situ. Nasib baik ayah Emy spoting, Dan ayah dia tak tahu lagi aku dah kahwin. Emy balik cuti katanya.
“Ika ada?” Tanya Emy.
“Dia ada dekat office.”
“Kau beritahu dia pasal aku ke?”
“No. aku tak cakap apa-apa pun. Esok kau balik KL kan?”
“Aku lupa nak beritahu kau. Aku nak cari kerja dekat sini. Biarlah aku bekerja dalam negeri aku sendiri. Aku dah bosan dekat KL tu.”
Eleh! Jangan nak mereka ceritalah Emy… aku tahu kau balik JB ni sebab nak dekat dengan aku. Aku cuba lupakan perkara lama tu. Aku nak anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku antara aku dan Emy. AKu tahu perasaan Emy terluka bila dia tahu aku dah kahwin dengan Nisa Zulaikha. Tapi dia belum tahu aku terpaksa. Bukan perempuan saja biasa dipaksa kahwin, orang lelaki pun ada juga. Akulah orangnya!
“Jadi kau tak kerja dekat kilang tu lagi ke? Macam mana dengan Encik Razak. Kau tak terima lamaran dia ke?”
“Boleh tak kau jangan sebut nama dia? Dia bukannya seorang bos yang baik!” Wajah Emy dah berona merah. Spesis drakula perempuan pertama dekat Malaysia ni kalau dia mengamuk depan aku.
“Apa yang berlaku.”
“Tak apalah. Aku gerak dulu.”
“Okey, kau cerita dekat aku bila kau dah bersedia..” Emy ni tak sampai sebulan pun dia jauh dengan aku tapi keadaan hatinya begitu parah. Aku tahu dia rindu dekat aku. Aku cuba berikan sayang tapi aku ni kan suami orang, tunggulah habis kontrak ni nanti aku cuba berikan cinta dekat perempuan macam Emy ni.
“Bye.” Emy mengangguk.
“Bye.” Aku mengeluh berat setelah Emy menghilang dari pandangan.
Susahnya hidup aku sebagai seorang lelaki yang terpaksa. Terpaksa berhadapan dengan sikap prejudis orang kenamaan. Macam-macam perasaan timbul. Mereka seringkali sarkastik terhadap aku. Aku yang bertambah kurus ni ada mereka hairan ke? Mereka asyik bimbangkan anak dia je. Aku ni sebagai menantunya dianggap hantu! Hantu nak bantai harta mereka! Tolonglah! Aku lelaki, dan kalau aku dah jadi suami, takkan aku nak biarkan isteri aku makan pasir! Nak tak nak aku kena cari kerja juga kalau tak nak bagi dia makan pasir. Makan besi boleh aniaya aku! Sekali isteri terbenci terajang aku mahu sampai Scontland aku tercampak nanti. Tulang besi urat dawai…



p/s : dah lama tak update cerita ni, maaf busy dengan life :) Maafkan saya juga jika entry kali ni tak berapa memuaskan dah lama tertinggal bas cerita ni. Nak kena ingat balik kisah Azamil Hakim dengan Nisa Zulaikha. Erm sila komen sikit....

Thursday, 21 July 2011

Monday, 23 May 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 28

Setelah perjalanan beratus kilometer itu bermula, kini akhirnya kami selamat tiba di Hentian Larkin Johor Bahru. Di situ kami dijemput oleh seseorang yang sedia menunggu. Dalam masa yang sama aku telah dihubungi oleh Nazmey.
“Aku dah sampai JB. Dia ada dekat sebelah ni. Kau nak bercakap dengan dia ke?” Beritahuku pada abang iparku.
“Kalau aku nak bercakap dengan dia dah pasti aku telefon dia aje.” Balas Nazmey dihujung talian. Nazmey hanya ingin tahu sama ada aku telah tiba atau pun tidak. Petang yang masih panas. Sepanas hatiku yang membara ini.
Aduh lemah semangat aku mengenangkan mimpi ngeri ini. Sudah sampai ke Johor Bahru rupanya ni. Rasa bagaikan sebuah permainan hidup. Kalau berjaya maka aku akan terlepas dari ikatan yang tak disengajakan ini.
            Panggilan telefon dimatikan dan aku memasukkan telefon bimbitku itu ke dalam kocek seluar jeansku. Aku dan Nisa Zulaikha duduk di bahagian belakang. Seronok sungguh sekiranya aku ada pemandu peribadi. Dapat naik kereta mewah. Kereta BMW 5 Series lagi. Aku berbangga seketika dapat isteri terbenci macam Nisa Zulaikha ni.
Nisa Zulaikha memandang aku. Dia menguntum senyuman yang paling manis persis madu yang tidak terjual di mana-mana. Dia sudah mula berlakon dari tadi lagi. Pandai sungguh dia ni yang bagaikan pemenang award aktres terbaik!
“Abang... boleh tak saya nak tanya abang satu perkara. Dari tadi saya nak tanya abang...” Katanya dengan lirih nadanya.
“Apa dia sayang...” Aku membalasnya walaupun terasa nak termuntah. Aku terpaksa tahan sahaja rasa itu. Sungguh meloyakan anak tekak.
“Epal tanpa warna tu apa? Masa abang bercakap dengan kawan abang tu?” Siaran ulangan bermula lagi.
“Siapa kawan abang tu? Kalau Emy tu bukan kawan abang tapi kekasih lama abang.” Aku sengaja menyakiti hatinya. “Ouch!” Paha aku dicubit.
“Seriuslah bang.” Dia ingin tahu. Degil! Aku tahu dia memang suka over acting.
Nisa Zulaikha masih menyimpan pertanyaan itu sejak pagi tadi lagi sehingga sekarang baru dia nak tanya. Awal-awal tak nak tanya dan sekarang menyusahkan orang pulak. Memang dia ni jenis perempuan yang suke menyusahkan hidup orang lain. Terutama sekali hidup aku! Emosinya aku saat ni tapi aku kawal aje.
“Bertuah Tuan Hakim dapat berkahwin dengan Puan Nisa. Sebelum ni dah ramai lelaki masuk meminang semuanya ditolak oleh Puan Nisa. Apa yang special sangat sampai Puan Nisa berkenan dengan Tuan Hakim?”
Wow! Pemandu kereta memanggil aku ‘tuan’? Hebat! Aku suka! Aku suka! Pertama kali aku dengar panggilan yang cukup membanggakan itu menjengah cuping telingaku.
“Pak Hassan ni... kenapa tanya macam tu? Kalau dah Tuan Hakim ni jadi suami saya sudah tentulah dia adalah hero pujaan hati. Perkenalan secara tak sengaja dekat Giant Hypermarket. Di situlah cinta kami berputik.” Nisa Zulaikha menjawabnya untuk aku.
“Setahu saya kan, Puan Nisa tak nak kahwin muda tetapi kenapa tiba-tiba sahaja berkahwin?” Pak Hassan seperti menghidu sesuatu keanehan. Aku mula cuak takut perkara ni terbongkar. Memang ayah Nisa Zulaikha mahukan hal ini dirahsiahkan.
“Pak Hassan ni jangan tanya macam tu. Perasaan boleh berubah tetapi tidak pada hati. Hati saya terbuka untuk berumahtangga supaya ada orang jaga saya.” Beritahu Nisa Zulaikha lagi.
“Oh ye ke? Minta maaflah ye puan kalau pertanyaan saya tadi tu salah. Tuan Hakim kerja apa dekat Kuala Lumpur tu?” Aku di soal lagi. Pak Hassan boleh dikategorikan sebagai seorang yang busy body jugak. Aish!
Tergagap-gagap aku nak menjawabnya. Tentang perkerjaan aku tidak diingatkan oleh Nisa Zulaikha supaya dirahsiakan. Aku tidak tahu sama ada aku perlu jujur atau pun tidak. Rasanya biarlah aku mengaku bahawa aku pekerja kilang sahaja.
“Saya kerja di ki...”
“Suami saya kerja sebagai penolong pengarah dekat syarikat ayahnya di Kuala Lumpur tu.” Nisa Zilaikha mencelah. Aku menarik nafas lega tapi penolong pengarah?! Besar gila jawatan tu dalam usia aku semuda ini. Memang tak logik! Tak masuk akal!
“Ye ke? Bertuah sungguh sebab dapat kahwin dengan orang yang berada juga ya.” Beritahu Pak Hassan. “Nak balik terus ke atau nak berhenti dekat mana-mana dulu?” Tanya Pak Hassan yang mati-mati percayakan kata-kata Nisa Zulaikha yang pandai berbohong! Geram pulak aku dengan insna yang tak jujur dan aku pula bersubahat. Teruknya aku.
“Kopitiam.” Beritahu Nisa Zulaikha.
“Baiklah.” Pak Hassan patuh.
Aku hampir sesak nafas rupanya lakonan ini sangat susah. Aku dah kenal siapa ayahnya tu tetapi ayah Nisa Zulaikha belum kenal seratus peratus siapa aku. Dia ke Kuala Lumpur secara terpaksa demi mewalikan Nisa Zulaika dalam pernikahan terpaksa ini. Dato` Hisyam tidak mahu perkara tersebut diketahui umum.

***

Berhadapan mertua. Segan? Malu? Semua itu sudah wajib kerana aku adalah manusia yang normal. Semua itu pasti. Terpaksa tebalkan muka ini sebanyak empat belas inci. Menerima pertanyaan yang bertalu-talu. Mana satu aku nak kena jawab dulu? Asal usul atau kerja? Soal keturunan pula, bagaimana? Sudah pasti aku keturunan yang baik-baik kerana tak ada seorang pun ahli keluarga aku pernah masuk penjara.
“Kenapa diam?” aku diperhatikan dari jarak tiga meter. Duduk di atas sofa kuning emas yang selesa memang membuatkan aku terhayal namun aku dikejutkan dengan pertanyaan itu.
“Tak ada apa-apa Dato`... maksud saya papa.”
Rumah yang besar dan mewah. Nisa Zulaikha benar-benar anak orang kaya. Namun kekayaan ini bukan milikku. Aku tidak inginkan semua ini kerana kehidupanku terlalu naif. Nisa Zulaikha sudah berpesan padaku lagi semasa di kopitiam. Dia menyuruh aku mencerita kisah cinta yang romantis. Jangan pernah menceritakan kedukaan. Ceh! Aku memang terasa duka. Kontrak cinta duka telah mula terlakar!
“Kau sayangkan anak aku ke?”
“Pasti.”
“Tapi kenapa tidak dengan cara yang baik?”
“Nasib malang.”
“Kau  yang sengaja menciptakan, kan?”
“Takdir tuhan yang telah menentukan.” Balas aku pada ayah mertuaku itu. Hanya aku dan dia di ruang tamu. Nisa Zulaikha di dapur bersama ibu mertuaku.
“Sungguh memalukan. Actually aku tak suka bermenantukan kau.” Dia fikir aku mahu? Kenapa agak keras ucapan Dato` Hisyam ni? Dia anti padaku ke? Ternyata dia bencikan aku.
Ya! Aku tahu semua ini terpaksa. Kau nak jaga status keluarga kau sahaja. Betul kan? Ah! Aku tak nak melawan cakapnya. Aku tidak mahu bertahan di sini. Cuma tunggu enam bulan sahaja. Semua ini akan tamat.
“Tapi saya sayangkan Ika.”
“Sayang boleh dibeli Hakim.”
“Saya tahu, tapi kena yang tulus dan jujur.”
“Kau tak jujur.” Katanya.
Nampaknya aku menerima penentangan hebat. Semua ini baru sahaja bermula. Aku fikir Dato` Hisyam sukakan aku ternyata itu semua karut. Mana mungkin mereka menerima kehadiran aku dengan cara begini.
Ayah Nisa Zulaikha ingat aku ni tergila-gilakan anaknya. Mungkin juga hartanya. Tidak! Aku tak gila semua tu dan aku tak kebuluran harta dunia ni yang bersifat sementara. Kenapa harus aku berada di tempat ni?
“Dato... saya tak kisah apa yang Dato` nak cakap. Yang pastinya Ika sudah menjadi isteri saya.” Balasku dengan beraninya tanpa ada rasa takut yang menghambat jiwaku. Barangkali aku mesti menjadi lelaki yang kuat.
“Isteri kerana harta. Kau tahu kenapa aku mewalikan dia?”
Sudah pasti aku tahu. Demi menutup aib.
“Tahu. Demi menutup malu.” Kataku.
“Tidak! Kau silap.” Dia mengatakan aku tersilap. Kenapa? Kenapa mertua aku ni kelihatan begitu membenci aku? Berpenyakitkah dia?
Aku merasakan ada yang tidak kena. Terus terang aku katakan di dalam hatiku sendiri bahawa aku akan terus bernasib malang jika aku tidak mempertahankan hak aku. Hak sebagai suami. Namun aku tidak sanggup disalahkan begini.
Aku diam.
“Demi Ika!” Katanya berkerut dahi lalu mengusap misainya yang tebal.Dato` Hisyam menanggalkan kaca matanya lalu diletakkan di atas meja. Majalah dibelek tanpa mempedulikan aku di hadapannya.
Demi ika? Apa maksudnya? Bukankah demi menutup malu? Malu kerana mereka anak orang senang? Mereka orang kenamaan? Dato` Hisyam mempersendakan aku dengan mudah. Jangan kau ingat aku sanggup berpura-pura begini? Ternyata kau lebih menyeksaan aku berbanding anakmu sendiri. Aku memarahi Dato` Hisyam dalam hatiku dan aku juga memaki hamun diriku sendiri kerana terlalu bodoh mentafsir hal ini.
Setelah itu Datin Rida muncul membawa air di atas dulang manakala Nisa Zulaikha membawa potongan kek. Mereka meletakkan di atas meja lalu duduk di atas sofa. Nisa Zulaikha duduk di sebelah aku sambil memaut lenganku.
“Jemput minum bang.” Pelawa Nisa Zulaikha.
Aku terus keliru. Keliru dengan sikap Dato` Hisyam dan juga dengan Nisa Zulaikha. Nampaknya mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Bagaimana pula dengan Datin Rida? Adakah dia juga begitu? Barangkali Datin Rida tidak tahu keadaan sebenarnya tapi mustahil.

Thursday, 19 May 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 27

Rehat dan Rawat! R&R! Emosinya aku. Memang dari dalam bas tadi aku dan dia tak bercakap. Dia buat halnya sahaja dan aku pulak buat hal aku aje. Aku nak beli air di situ dia pergi beli air di gerai sana pulak. Aku makan Twisties, dia makan Cadbury duduk di kerusi tapi berpaling wajah. Seorang pandang ke utara seorang pandang ke selatan. Aku pandang ke utara sebabnya aku adalah orang utara tapi arwah ayah aku orang Negeri Sembilan!
Aku meraba gelas di atas meja untuk mengambil minuman tiba-tiba tanganku ditepis membuatkan gelas yang aku pegang itu hampir tertolak. Jika terkasar lagi maka pasti air akan tertumpah.
“Tu air aku yang punya!” Marahnya.
“Mana aku tau. Aku tak perasan pun!”
Aku terus mengambil minuman aku tu lalu menyedutnya sampai habis. Usai itu aku terus bangun dengan keadaan cemas sekali. Dia lihat aku dan sesekali dia menjeling. Best sangat ke jeling-jeling tu? Aku karate jugak dia ni! Argh!
“Kau nak ke mana tu?” Soalnya berkerut dahi.
“Kau nak ikut ke?” Tanyaku kembali sambil mengangkat kening.
“Ke mana?”
“Tandas lelaki. Marilah kalau kau pun teringin nak masuk sekali.”
“Gila!” Katanya lalu mengerling tajam. Padan muka!
Aku terus melangkah menunju ke tandas lelaki. Selepas segalanya selesai aku ingin kembali semula. Aku nampak ada orang lelaki sedang bercakap dengan Nisa Zulaikha. Aduhai! Siapa pula tu yang sibuk bercakap dengan isteri terbenci aku tu? Nak kena ni! Aku terkocoh-kocoh. Eh! Kejap! Cemburu ke aku? Tak!! Aku tak cemburu! Bercakaplah! Bercakaplah sesuka hati kau. Aku tak sayang kau! Aku tak sayang kau...
“Minta maaf.” Aku meminta maaf pada seseorang kerana aku terlanggarnya. Aku lagut memerhatikan Nisa Zulaikha bercakap dengan seseorang dari jarak jauh.
“Hakim... awak buat apa dekat sini? Tak sangka saya dapat jumpa awak. Saya rindu dekat awak tau...” Eh? Siapa dia ni? Rambut pendek badan kurus pakai baju labuh sedikit dipadankan dengan seluar jeans dan berkasut tapi masih agak nampak payudara, tomboy ke? Tapi suara lain garau semacam aje? Aku meneka dalam hati.
 Dia kenal aku ke? Aku langsung tak cam wajahnya kerana dia sedang berkaca mata hitam. Tapi aku tak pernah nampak dia sebelum ni. Aku cuba mengingatinya semula adakah ia sejarah silamku atau di zaman kanak-kanakku dia telah  muncul sebagai wira penyelamat dunia? Oh tak mungkin.
“Kenapa? Awak terkejut ke?” Dia bertanya.
“Memang aku terkejut. Kau ni lelaki ke perempuan? Lembut semacam aje. Kau tomboy ke?”
“Takdelah. Saya bukan tomboy. Sampai hati awak tak kenal saya.” Katanya dalam nada merajuk. Suaranya kasar semacam sahaja.
“Habis tu siapa?”
“Saya... dengarlah suara ni, awak tak kenal ke?” Dia sudah mula kepitkan suara.
Argh! Fobia!! Aku terkejut.
“Tidak!!” aku hendak melarikan diri tapi tangan aku ditarik.
“Janganlah awak takut. Saya takkan kacau awak lagi. Kita berkawan okey?” Kata Natasya dengan senyum manis terukir di bibir. Geli gelemang leherku.
“Apa? Berkawan? Betul ke nak berkawan? Tapi aku tak sudi berkawan dengan kau nanti kau goda aku. Mak aku pesan aku tak boleh berkawan dengan orang tak elok nanti jadi tak elok.” Balas aku yang menggelebah. Hairan dan terkejut melihat penampilan baru dan terkini si Natasya ni.
Natasya menguntum senyuman lagi.
Perasaan meluat dan marah aku padanya muncul lagi setelah kes aku ditumbuk di taman permainan itu menjelma dalam ingatan lantas aku mengambil kesempatan itu untuk bertanya padanya akan hal sebenar.
“Kau kenal Abang Khai?” Tanyaku inginkan kepastian dalam tema menguji.
“Kenal. Kenapa?” Soalnya kembali.
“Kau buat pengakuan dekat dia bahawasanya yang aku ni merupakan balak kau apa hal?” Aku mengajukan pertanyaan ini kerana aku tak puas hati.
“Sebab aku nak mengelak dari dia. Aku tak suka dia.” Katanya.
“Dia tu mati-mati ingat kau tu perempuan! Dia tergila-gilakan kau sampai aku ditumbuknya. Nasib baik lebam biji mata aku ni dah hilang tau.”
“Dia sempat jadi suami aku tiga minggu aje.” Ucap Natasya membuatkan aku tercengang.  “Aku berjaya goda dia tapi dia dah pun mati kena langgar dengan kereta. Sejak hari tu aku terus insaf. Aku dah bertaubat tak nak hidup bergelumang dosa lagi. Aku cuba the best. Aku dapat sokongan ustaz. Ni aku nak balik kampung. Aku harap family aku dapat terima aku semula.” Beritahunya lagi.
Aku pun pelik tiba-tiba aje dia boleh berubah walaupun tidak seratus peratus. Memang susah hendak berubah tapi memerlukan masa dan harus bersungguh-sungguh. Tekad dan nekad mesti seriring.
Di saat ini aku tumpang bangga dengan pencapaian cemerlangnya dalam menukar imej perempuan kepada imej lelakinya semula walaupun pinggangnya masih ramping namun dapat ditutup dengan baju labuhnya.
“Abang Khai dah mati?” Aku terkejut kerana tak aku sangka rupa-rupanya lelaki itu sudah meninggal dunia. Patutlah dia tidak mencari aku mahupun Emy. Aku mengucap panjang mendengar berita kematian itu. Aku mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Apa-apa pun aku sedia memaafkan segalanya.
Natasya mengangguk. Aku sokong dua ratus peratus usahanya untuk berubah menjadi lelaki semula dan meneruskan hidup sebagai lelaki normal tapi aku harus tanya padanya sesuatu.
“Kau dah potong ke?”
“Gila! Aku takkan potong! Kalau aku potong aku tak boleh berpatah balik lagi. Mujurlah aku tak sampai ke tahap tu. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku masih dapat berfikir lagi. Alhamdulillah...” ucap Natasya.
“Kau nak balik ke mana sebenarnya ni?”
“Aku nak balik ke Johor.”
“Dengan siapa?”
“Sendiri. Aku naik kereta.”
“Johor ke? Boleh aku tumpang kau?” pinta aku.
“Aku sungguh berbesar hati. Kau naik bas Ekpres SANI tu kan?”
“Jadi kau awal-awal lagi dah nampak aku ke?” aku bertanya padanya semula kerana aku juga hairan dia menduga pasti. Barangkali dia tiba lebih awal di sini maka aku agak lambat dan sudah pasti dia tahu aku datang dengan siapa.
“Aku nampak kau dengan perempuan dekat sana tu. Siapa dia?”
“Dia...”
“Awek kau?”
Aku mengangguk sahaja.
“Kalau macam tu kau boleh naik kereta aku dan bawa awek kau sekali.” Ucapnya mempelawa aku pula. Takkan mungkin aku akan naik kereta Natasya ni. Aku sengaja berbasa-basi. Aku tak boleh biarkan Nisa Zulaikha sendirian kerana dia tanggungjawab aku. Dan aku dah berjanji pada Nazmey untuk tengok-tengokkan si Nisa Zulaikha ni.

***

“Laparnya...” Aku mengadu lapar di sebelah Nisa Zulaikha. Perut aku bernyanyi-nyanyi dengan lunak dan merdu. Aku menggosok perut aku sendiri.
Nisa Zulaikha memandang ke luar. Dia tak menoleh ke arah aku yang setia berada di sebelahnya. Perjalanan diteruskan lagi dan aku sahaja yang belum makan tengah hari di saat orang lain makan. Menyesal juga tapi semuanya kerana ego.
“Jangan bising boleh tak?” Nisa Zulaikha menoleh ke arahku. Dia menyuruh aku senyap lantas dia mengeluarkan Ipod Nano lalu dipasang pada telinganya. Dia mendengar Mp3 dari dengar rungutan aku yang sedang kelaparan.
Aku terus tarik headphone yang dipakainya.
“Apa ni main tarik-tarik?”
“Aku nak tanya kau ni.”
“Apa dia?”
“Tadi kau bercakap dengan lelaki mana?”
“Suka hati akulah nak bercakap dengan sesiapa pun. Apa kau peduli.”
“Okey aku tak peduli.” Aku diam lagi.
“Hei dengar sini. Masa dekat rumah papa aku nanti aku nak kau pura-pura sayang aku. Aku pun akan pura-pura sayang kau. Kau kena buat-buat mesra dengan aku. Jika sekali kau bertengkar dengan aku di hadapan papa dan mama aku maka akan aku jatuhkan hukuman dekat kau. Ingat perjanjian kita tu. Kau jangan pernah membantah cakap aku! Faham?!” dia mengingatkan aku tentang hal yang sama berulang kali. Aku tahulah apa yang perlu aku lakukan. Dia tak payah nak ingatkan aku seratus kali.
Dia fikir aku tak geli ke nak berlakon sayang-sayang dekat dia. Menjengkelkan sungguh. Lebih baik aku sayangkan haiwan dari sayangkan perempuan seperti dia ni.
“Kau dengar tak?”
“Dengar.” Balas aku.
Namun saat yang tidak aku duga. Aku tak menyangka aku terhidu gas beracun sungguh mencengkam kalbu dan menyengat rongga hidungku ini. Kalau dibiarkan boleh berdarah.
“Kau kentut ke?” tanya aku serentak dengan Nisa Zulaikha. Dia dan aku mengajukan soalan yang sama.
“Bukan aku!” balas aku serentak juga.
Kalau sudah naik bas. Keadaan beginilah yang aku kurang suka. Ada juga yang mengeluarkan sisa-sisa beracun di tempat awam. Sungguh tidak ada keperihatinan langsung. Aku dan Nisa Zulaikha menuduh antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengaku dan yang pastinya bukan aku yang kentut.
Aku dan Nisa Zulaikha menoleh ke sebelah kiri maka terlihatlah wajah perempuan gemuk sedang malu-malu merah pipinya. Aduh boleh tahan comelnya pipi si perempuan ini berlesung pipit lagi. Waduh-waduh....
‘Puttt..!’ Meleret nada tanpa muzik, alunan suara tanpa melodi yang terindah bagi perempuan itu. Bunyinya ketika ini sungguh kuat pula. Jika tadi tidak mengeluarkan sebarang bunyi tetapi tidak kali ini.
“Maaf semua... saya tak sengaja. Saya sakit perut.” Beritahu perempuan gemuk itu lalu memekup mukanya menahan malu yang teramat sangat. Perh! Selamba aje dia lepaskannya. Agak kurang sopan perempuan itu. Aku dan Nisa Zulaikha saling berpandangan.
“Lain kali jangan tuduh aku!” Aku memarahi Nisa Zulaikha. Dia juga berucap perkara yang sama. Salah faham antara aku dan dia seringkali terjadi.

Saturday, 30 April 2011

Kontrak Cinta Duka - Bab 26

“Sudah! Kamu berdua ni nak main tarik-tarik rambut ke?” Aku melarang pergaduhan perang mulut itu. Susah menghalangi mereka namun aku kena leraikan juga.
“Sampai hati kau buat aku macam ni Hakim!”
“Siapa buat kau? Kau sendiri tolak cinta aku. Kau sendiri tak nak dekat aku! Kau tak ingat ke malam tu aku meluahkan semuanya pada kau tapi kau reject aku seperti papan litar yang dah rosak! Aku sedih tahu tak aku sedih gila-gila dengan tindakan kau menampar aku. Kau ingat pipi aku ni tempat persinggahan tapak tangan kau ke?” Aku meluahkan apa yang tersirat di dalam hatiku pada malam yang lalu itu. Malam di saat aku dan Nisa Zulaikha dicekup. Sebelum dari itu aku berjumpa dengan Emy. Aku dihantar oleh Encik Razak berlagak polos tu.
Ketika ini Emy sedang merayu-rayu agar tidak ditinggalkan. Sedihnya aku tengok Emy. Maafkan aku Emy, bukan niat aku untuk melukakan hati kau dan sebenarnya aku tak mencintaimu. Aduhai, apa yang perlu aku lakukan? Aku dah rasa lain macam aje ni.
Aku tak sangka Emy telah jatuh cinta padaku tapi kan pada malam tu dia marah aku. Aku dah puas mengadu pada Encik Razak bahawa aku tak mahu teruskan namun Encik Razak meminta aku cuba lagi. Bagaimana aku nak mencuba? Emy sekarang sudah benar-benar kecewa dengan aku. Kira sudah berjayalah tu. Kan?
“Sebabnya aku tak percayakan kau.” Ujarnya yang tidak dapat menerima kenyataan itu. Kenyataan bahawa aku tidak dapat mencintai Emy.
Nisa Zulaikha bercekak pinggang melihat aku dan Emy pula berperang mulut. Jika awal-awal tadi mereka berdua hampir tarik-tarik rambut kali ini muka aku pasti menunggu masa untuk ditumbuk oleh Nisa Zulaikha.
“Kalau kau tak percaya kenapa kau datang sini?”
“Sudah!! Kalau macam tu kau tak payah kerja dekat kilang tu lagi!” Nisa Zulaikha mencelah dengan garangnya.
“Hei Ika gedik! Aku tahulah kau yang perangkap Hakim ni jadi suami kau! Kau ingat aku tak tahu ke apa tujuan kau.” Emy bengang sambil tuding jari depan muka isteri terbenci aku.
“Kau jangan nak masuk campur okey!” balas Nisa Zulaikha.
Keadaan bertukar kalut. Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka hendak bergusti agaknya. Perlukah aku menyediakan gelanggang untuk mereka lalu mengumpah pengadil untuk mengadili pertandingan itu?
Aku tak faham maksud Emy itu. Aku ingin dengar sendiri namun Nisa Zulaikha tolak badan Emy. Nisa Zulaikha membenci Emy. Meraka bekas teman serumah sebelum dihalau keluar dulu. Memang aku dah tahu tapi apa puncanya? Aku nak tahu puncanya sahaja.
Pagi yang haru biru. Bas bertolak pukul sepuluh pagi ni. Kalau aku dan Nisa Zulaikha lambat maka aku dan dia akan ketinggalan bas. Aku memandang kedua-duanya dengan silih berganti. Nisa Zulaikha tidak mahu mengalah dan Emy juga begitu. Mereka berebut hatiku ke? Wah! Laris! Aku jejaka terhangat nampaknya.
Aku menoleh pada Nazmey yang menggeleng tidak mahu masuk campur. Nazmey masih menunggu di kereta Perodua Kancil kelabunya itu.
“Nazmey! Kau tak nak tolong ke?”
“Aku tak campur urusan rumahtangga orang.”
“Aku kan adik ipar kau!” Pekik aku.
Sekilas aku menoleh ke arah pintu rumah. Aku terlihat Mak Munah melambai-lambaikan tangannya menyindir aku. Siot! Kau juga yang terlepas! Aku tak mungkin berkahwin dengan janda tua tu. Aku dah berkahwin! Berkahwin! Berkahwin dengan... perempuan gedik!
“Emy, dahlah Emy. Aku dah jadi suami Ika. Kau lepaskanlah aku. Kalau kau tak suka aku kerja dekat kilang tu aku akan berhenti walaupun hati aku tak nak.”
“Berhenti je! Kau berhenti dari kerja dekat situ. Aku tak nak kau berkawan dengan perempuan tomboy ni!” Nisa Zulaikha mencelah.
Emy pula berkerut dahi sambil membetulkan cap yang dipakainya. Dia memusing cap itu ke belakang. Aku mengeluh sarat. Bertengkaran ini belum berakhir. Aku yakin ia akan berlarutan selama mana aku dengan Nisa Zulaikha masih sah menjadi suami isteri.
Nisa Zulaikha menarik tangan aku supaya menghindari Emy. Emy pula tarik tangan aku juga. Adegan tarik menarik berlaku. Masak! Masak aku! Tercabutlah tangan aku woi!
“Hoi! Sudahlah! Kau berdua ni buat aku hot! Akukah jejaka terhangat? Tolonglah jangan buat aku tertekan. Kalau aku marah aku akan jadi rakasa. Nak ke aku jadi raksasa? Kalau nak cubalah. Aku dah lama bersabar ni!” Bentakku dengan serius.
Mereka berdua terus melepaskan tanganku serentak. Barangkali mereka takut tengok wajah aku membiru pekat. Aku dah bosan dan memang aku bosan pun.
“Kau janganlah ikut perempuan tu. Kau ikut aku ye?” Emy merayu dengan berwajah sugul dan hampa.
“Aku suaminya.”
“Suami terpaksa kan? Kau tak cintakan dia kan?”
“Cinta? Ha ha ha! Memang aku tak cintakan dia pun.”
Nisa Zulaikha berkerut dahi memandang aku. Aku menjuih bibir sahaja. Biar padan dengan muka dia. Memang dua-dua aku tak cintai.
“Aku pun tak cintakan kaulah! Tak hingin!” Balas Nisa Zulaikha.
“Kau tahu ke apa itu cinta?” Aku bertanya pada isteri terbenciku itu.
Dia berpeluk tubuh. Emy pula?
“Emy?! Kau tahu tak apa itu cinta?”
“Cinta adalah kasih sayang yang memerlukan kesetiaan dan saling hormat-menghormati ni.” Ucap Emy memberikan jawapan segera dan pantas sekali.
“Salah!” Bantahku.
Emy terus berkerut dahi.
“Cinta itu macam makan buah epal!” Ringkas sahaja jawapan aku berikan setelah teringatkan definisi cinta dari Encik Razak berikan dulu. “Epal tak boleh hidup dalam peti ais tapi boleh hidup dalam hati sahaja. Ada dua warna epal, epal merah dan epal hijau. Epal mana yang best?”
“Merah!” kata Emy.
“Hijau!” jawab Nisa Zulaikha serentak dengan Emy tetapi berlainan jawapan.
“Epal tanpa warna!” Kata aku tiba-tiba.
“Tak logik!” balas Nisa Zulaikha.
“Ya tak logik!” kata Emy pula.
Aku  tahu mereka berdua tetap berbeza. Terima kasih Encik Razak kerana memberikan aku kekuatan dalam mengenali cinta seawal ini namun aku tak pernah mencintai kedua-duanya. Dulu aku ada mencubanya untuk mengorat si Nisa Zulaikha ni tetapi bila tahu perangai sebenarnya aku terus tawar hati namun dia dah jadi isteri aku pula. Tak pelik ke?
“Maka kamu berdua pun dah tahu jawapannya kan?” Balasku.
“Mana jawapannya?” Nisa Zulaikha bertanya.
“Hoi!! Dah dekat pukul sepuluh ni! Nanti lambat! Sambung nantilah bertengkak tu!” jerit Nazmey menganggu pendebatan soal cinta.
Aku menoleh ke arah Nazmey.
“Okey!” Aku terus beredar. Emy terdiam tidak membalas apa-apa. Emy menangis di situ. Aku dah lemah semangat melihat Emy menangis. Memang belum pernah aku melihat dia menangis.
“Kau jangan percayakan air matanya! Dia nak goda kau!” Nisa Zulaikha menghalang.
Memang kau tak percayakan dekat sesiapa pun tetapi air mata itu cukup membuktikan bahawa Emy memang sayangkan aku. Bagaimana ni? Hadiah yang aku berikan malam tu dia buang macam tu aje. Hadiah tu bukan aku yang belikan tetapi Encik Razak. Encik Razak belikan tudung untuknya. Encik Razak belikan pakaian perempuan untuk Emy tetapi Emy marah. Katanya menyindir dirinya sahaja. Apa aku boleh buat kerana aku dah pesan awal-awal lagi dekat Encik Razak supaya jangan megubah seseorang itu dari luaran tetapi ubahlah dari hatinya.

***

Aku duduk di belakang. Nisa Zulaikha di hadapan. Aku bosan. Mereka berdua diam dan aku pun ikut diam juga. Masing-masing tidak bercakap. Dari awal sejak memulakan perjalanan sehingga hampir tiba ke Hentian Duta pun masih belum bersuara. Aku memang tak faham. Adakah kes tadi membuatkan mereka terkedu lalu menjadi bisu?
“Si tomboy tu awek kau ke?” tanya Nazmey memecah kesepian.
“Tak.”
“Kalau tak macam mana dia boleh cari kau?” Soal Nazmey lagi.
“Aku tak tahu.”
“Dan dia tahu hal perkahwinan ni daripada siapa?”  Dan Nazmey masih bertanya lagi.
“Aku pun tak tahu” Ia adalah rahsia tak mungkin aku memberitahu sesiapa pun walaupun pada Encik Razak sendiri. Inikan pula Emy. Takkan aku nak bercerita perkara yang memalukan ini pada semua orang?
Aku dengar Nisa Zulaikha sengaja membatukkan dirinya. Ada apa-apa ke dia nak beritahu? Nazmey pula sudah membisu.
“Kau kenapa?” Aku tanya Nisa Zulaikha.
“Lucu! Kau tak nak mengaku!” di dalam kereta pun dia nak bercakaran dengan aku. Apa jenis perempuan dia ni.
“Kenapa pula aku nak mengaku pada benda yang aku tak buat.”
“Biasanya macam tulah.” Balas Nisa Zulaikha.
“Kalau kau bercakap hanya untuk sakitkan hati orang lebih baik kau tak payah cakap langsung sebab kata-kata yang kau ucapkan tu kosong! Cakap tak fikir! Tak pakai otak.” Marah aku.
Nazmey picit dahi. Pening agaknya.
“Dahlah! Dekat rumah gaduh dan dalam kereta aku pun nak gaduh. Nanti dalam bas macam mana? Tak malu ke dekat orang bila bertengkak macam ni?” Nazmey mengingatkan aku dan Nisa Zulaikha.
Aku tak terfikir soal malu. Aku memang tak ada perasaan kalau berhadapan dengan Nisa Zulaikha ni. Aku pun yakin dia juga begitu. Biarlah! Aku peduli apa kalau dituduh sebagai lelaki yang tak bermoral pun! Sudah puas aku mempertahankan moral aku tetapi sentiasa dicabuli oleh Nisa Zulaikha. Dia toreh dinding hatiku pakai pisau lipat berharga lebih kurang dua puluh sen itu.
Aku dan Nisa Zulaikha terdiam setelah Nazmey meradang. Nazmey marah-marah dan berleter macam mulut Mak Munah yang asyik jaga tepi kain aku! Dia tak tahu ke aku ni tak pakai kain kalau keluar rumah? Aku pakai seluar aje.
p/s: Sila klik button 'LIKE' sekiranya anda sukakan cerita ni :)

Babak Top 10

Berikan Bintang Kepada Cerita Kontrak Cinta Duka